Mendengar kata-kata seperti "nyawa dalam bahaya" dan "cucu", beranikah keluarga Mo berlengah lagi?
Mo Jianzhang dan Kang Shuhui bergegas pulang.
Perkataan "cucu" sahaja pun sudah cukup untuk buat mereka bergegas pulang walaupun mereka berada di Kutub Utara.
"Wanru, cucu apa yang kamu cakap ni?! Kamu ada sebut nyawa yang dalam bahaya!" tanya Kang Shuhui dengan segera.
Mo Jianzhang juga kelihatan keliru. Dia melihat jamnya dan berkata, "Wanru, cepatlah kalau kamu nak kata apa-apa. Saya kena bergegas ke unit tu semula nanti."
Kang Wanru minum setengah cawan teh sebelum berkata, "Saya ada dekat klinik hari ni. Pagi ni ada seorang gadis muda yang datang dengan adik dia untuk buat pemeriksaan kesihatan, dan laporan tu kata yang dia sedang mengandung tiga bulan. Dia nak gugurkan..."