Disebabkan barang itu sangat mahal, semua orang agak konservatif semasa membida. Mereka mula membida dari harga yang rendah dan hanya menaikkan satu atau dua juta. Semakin tinggi harga dinaikkan, julat kenaikan harga juga semakin rendah terutamanya selepas nilai pembidaan melepasi harga asal iaitu 30 juta dolar.
Kadar nilai pembidaan menjadi perlahan kerana jika nilai pembidaan melepasi harga asal, maksudnya pembida mungkin akan mengalami kerugian berbanding dengan nilai asal barang tersebut.
Walaupun harga bidaan agak mahal, pembida tidak akan mengalami kerugian yang terlalu banyak kerana barang ini mempunyai nilai yang luar biasa. Selain itu, sama ada sesuatu barang itu dapat dijual atau tidak bergantung kepada pembida yang mahu membuktikan reputasi mereka. Tiada siapa yang mahu menunjukkan mereka lemah dari segi kewangan, jadi pembidaan tetap diteruskan…
"38 juta!" CEO Sun menjerit dnegan suara yang serak.