Sebenarnya, Zhuang Rongguang sangat berbakat tetapi dia malas dan takut jika dia terpaksa menjalani latihan setiap hari untuk mengasah bakatnya.
Pada awalnya, Zhuang Liaoyuan telah menyuruhnya berlatih setiap hari tetapi akhirnya, budak itu langsung tidak mahu menyentuh pistol lagi walaupun sudah puas dia memujuk.
Walau bagaimanapun hari ini, Zhuang Rongguang telah bercadang untuk bertanding dalam acara menembak. Dia kembali memegang pistol disebabkan oleh Ning Xi.
Zhuang Keer memandang mereka berdua dengan rasa tidak gembira sambil menggumam, "Saya tak nak Xiao Xi kalah. Rongguang akan kembali nakal jika dia menang."
Zhuang Liaoyuan tersenyum. "Budak tak guna tu tak bernasib baik hari ni tapi baguslah, sekurang-kurangnya dia dapat pengajaran. Sekurang-kurangnya, dia tahu apa tu bakat yang sebenar!"
Zhuang Keer tekejut dan keliru. Apa maksud ayahnya?