Di dalam permainan video itu, tertera ayat: [Angin Yang Menusuk: Meminta koordinat Keagungan Dunia.]
Ning Xi menekan papan kekunci komputer ribanya dan menghantar mesej itu ke seluruh dunia.
Dunia: [Oh! Tuan Guru betul-betul muncul! Itu gambar berkumpulan angkatan tentera tu! Tuan Guru, Tuan Guru, saya nak lahirkan monyet untuk kamu!]
[Hei, kamu nak mati ke? Angin Yang menusuk dah ada isterilah!]
[Jadi? Tak boleh ke saya nak jadi gundik Tuan Guru?]
[Haha, kamu patut tengok siapa isteri Angin Yang Menusuk. Berani kamu sentuh suami Mekar Yang Gugur?]
[Isteri apa? Tuan Guru tak kahwin dengan dialah!]
...
Benar. Nama pengguna akaun permainan video Ning Xi adalah profil seorang lelaki. Dia dikenali umum sebagai pemain nombor satu yang ingin dikahwini oleh semua pemain wanita kerana markah serangannya di dalam permainan video itu paling tinggi dan dia mengetuai papan markah sepanjang tahun.