Ning Xi membuka pintu selepas mendengar bunyi ketukan.
Seorang pembantu rumah sedang berdiri di luar bilik sambil memegang semangkuk sup dengan berhati-hati. "Cik Ning, ini sup halia yang diminta oleh Puan Lu. Ia boleh mengelakkan demam."
"Baiklah, terima kasih. Saya akan suapkan sup ni kepada Tuan Muda Kecil bila dia dah siap mandi nanti."
"Sama-sama. Memang ini kerja saya." Pembantu rumah itu tunduk hormat sebelum beredar dari situ.
Ning Xi meletakkan sup halia itu di atas meja dan mengetuk pintu bilik air. "Lu Tingxiao, kamu berdua dah siap?"
"Dah." Jawab Lu Tingxiao dari dalam bilik air.
Lu Tingxiao mendukung Si Cilik keluar.
Badan Ban Kecil dibalut kemas dengan sehelai tuala besar dan rambutnya masih basah. Kanak-kanak itu kelihatan sangat comel dan gebu di dalam dukungan papanya.
Ning Xi serta-merta tertawan dan mendepangkan tangannya. "Lu Tingxiao, saya nak dukung dia!"