"Baiklah kalau macam tu. Saya akan suruh dia terus laporkan diri dekat kamu!" Qin Shengyue serta-merta membuat keputusan.
Ning Xi tiba-tiba menjadi risau. "Um, orang kepercayaan kamu tu…mahal ke? Kalau mahal sangat, saya tak mampu nak bayar gaji dia walaupun kamu bagi dia dekat saya! Lagipun, dia setuju ke dengan aturan ni? Tempat saya ni kecil…"
"Disebabkan saya yang buat aturan ni, kamu tak perlu bayar apa-apa. Saya dah tanda tangan kontrak selama lima tahun dengan dia dan masih ada lagi setahun. Saya akan arahkan dia ditukarkan ke tempat kamu untuk tahun yang berbaki tu. Selepas tu, saya akan biar dia buat keputusan sama ada dia nak kekal dengan kamu ataupun balik pada saya."