Fang Ya rasa gemuruh selepas Hu Hongda menamatkan panggilan telefon itu. "Kenapa perempuan licik tu nak jumpa kamu? Kenapa kamu setuju?!"
"Nak jumpa je. Saya nak tahu apa yang yang dia nak, bukannya ada apa-apa! Jaga diri, duduk dekat rumah dan tunggu saya balik!" Kemudian, Hu Hongda masuk ke dalam bilik tidurnya dan mula memilih pakaian.
"Boleh tak kamu jangan pergi? Tak ada faedah pun jumpa perempuan licik tu!"
"Kenapa saya nak takut dengan perempuan kecil macam tu?"
"Saya tak maksudkan kamu takut dengan dia, tapi… tapi macam mana kalau dia tu goda kamu? Dia tu perempuan murahan, nama dia dah busuk! Siapa tahu penyakit apa yang dia ada? Jangan tertipu dengan dia!"
"Saya nampak macam orang yang senang kena tipu ke? Rehat je elok-elok dekat rumah. Jangan risau." Hu Hongda mula bercakap dengan nada kasar. Dia bertekad untuk pergi.
Fang Ya mengetap bibirnya. Dia menyorok di laman belakang dan menelefon Ning Xueluo. "Xueluo"