Di rumah Menteri tua itu.
Lu Tingxiao duduk di sisi katil sambil memegang tangan Ning Xi. Sekumpulan doktor sedang sibuk mengambil sampel darah Ning Xi. Ia bertujuan untuk mengesan sekiranya Ning Xi ada penyakit dan luka lain atau jika dia telah disuntik dengan apa-apa dadah.
Dahi Lu Tingxiao berkerut sepanjang masa.
"Tuan Lu, sila tunggu sebentar. Kita akan tahu keputusannya dalam masa dua jam."
"Dia demam panas ni."
"Demam tu sebab luka dia dah dijangkiti kuman. Nasib baiklah Puan Lu dah keluarkan peluru tu sendiri. Kalau tak, dia boleh kehilangan kaki jika peluru tu berada terlalu lama dalam badan dia."
Hati Lu Tingxiao berasa sakit. Buah hati yang dia tatang bagai minyak yang penuh hanya tinggalkan dia untuk masa yang pendek dan dalam tempoh itu jugalah Ning Xi jadi begini. Macam mana hati dia tak sakit?!
Dua jam kemudian, keputusan ujian darah itu keluar.