"Semoga lelaki ni bukan –"
Lu Jingli baru sahaja ingin mengatakan yang dia berharap lelaki ini bukan Xi Shiqing. Tetapi, belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Lu Tingxiao terlebih dahulu berkata, "Xi Shiqing."
Lu Jingli tergamam. "Wah! Tak mungkin! Dia ni memang Xi Shiqing ke? Memang dia?"
Dengan mulut yang masih ternganga, Lu Jingli memandang lelaki itu menanggalkan kasutnya dan dengan sopan memberitahu pelayan yang dia ada membuat tempahan. Tidak lama kemudian, dia mengekori pelayan itu berjalan ke arah… Ning Xi…
"Hai. Cik Ning ke?"
Ning Xi baru sahaja selesai menghabiskan satu teko kecil sake. Dia berkira-kira ingin mula minum dari teko yang kedua yang terisi dengan arak yang dibancuh dengan bunga sakura, salah satu minuman istimewa restoran itu. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara menegurnya dengan lembut. Tanpa sedar, kepalanya didongakkan untuk melihat siapa gerangan orang itu.