"Maafkan saya, Abang Yan. Saya tahu saya salah. Saya tak akan buat lagi!" Ujar Ning Xueluo. Giginya diketap kuat.
Nampaknya kejadian kali ini sudah menimbulkan perasaan bersalah di dalam diri Su Yan dan lelaki itu pasti tidak akan meragui Ning Xi dengan begitu mudah lagi.
Jadi, kenapa? Meskipun lelaki itu tidak akan percaya kata-kata orang lain, Ning Xueluo pasti akan mencari peluang untuk membuatkan lelaki itu melihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Kemudian, mereka akan tengok sama ada lelaki itu masih lagi tidak mahu percaya!
Sangat mudah untuk mencari titik kelemahan Ning Xi. Hubungannya dengan Jiang Muye sentiasa tidak jelas dan sekarang muncul pula seorang kanak-kanak di dalam hidup gadis itu. Hal ini semakin lama semakin menarik!
Tetapi, dia terpaksa bertahan untuk sementara waktu ketika ini dan tunggu sehingga perasaan bersalah Su Yan berkurangan sebelum dia mula bertindak...
...