ดาวน์โหลดแอป
1.1% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 16: Kamu Memang Betul Anak Aku

บท 16: Kamu Memang Betul Anak Aku

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Keesokan harinya, Ning Xi terbangun oleh suara lelaki yang datang dari ruang tamu.

Apabila terdengar bunyi derapan kaki di belakangnya, Lu Tingxiao menurunkan telefon bimbitnya dan bertanya dengan nada lembut, "Saya buat kamu terbangun?"

Ning Xi merenung lelaki di depannya, matanya terbuka besar seperti loceng tembaga.

Lu Tingxiao tidak memakai baju. Jadi, apabila Ning Xi membuka pintu, perkara pertama yang dilihatnya ialah tubuh badannya. Kesannya terlalu kuat.

Ning Xi menggosok hidungnya. Syukurlah, dia tidak memalukan dirinya sendiri.

Lu Tingxiao yang tidak perasan tingkah lakunya yang aneh, mengambil bajunya dari sofa dengan tenang. Sambil membutangkan baju, dia berkata, "Ada sedikit kecemasan di tempat kerja. Saya perlu pergi dulu. Saya perlu menyusahkan kamu untuk bangunkan Si Cilik."

"Oh, baiklah!" Ning Xi mengangguk dan berpaling dengan cepat.

Namun, sewaktu dia memalingkan kepalanya, dia melihat Pikachu kecil yang lembut dan comel berdiri di depan pintu. Matanya merenung tepat ke bapanya, Lu Tingxiao. Dia kelihatan tidak berpuas hati.

"Si Cilik, ayuh, pergi tukar baju," Lu Tingxiao mengarah anaknya sambil memakai kot.

Jawapan yang diterima ialah bunyi pintu bilik yang ditutup dengan kuat.

Tanpa belas kasihan.

Lu Tingxiao, "…"

Ning Xi, "…"

Lu Tingxiao cuba memutar tombol pintu, tetapi ia terkunci. Dia memandang Ning Xi dan bertanya, "Kamu ada kunci?"

Ning Xi menggeleng kepalanya dengan kekok. "Saya ada satu, tapi kunci itu ada di dalam bilik!"

Lu Tingxiao mencubit kulit di antara keningnya dan berkata dengan amarah yang cuba dipendam, "Saya berikan kamu tiga minit. Kalau kamu masih tak keluar, kamu tidak boleh datang ke sini lagi."

Tiga minit kemudian, masih tiada bunyi atau sebarang gerakan di belakang pintu.

"Keluar sekarang! Jika kamu tunggu Ayah paksa kamu keluar, Ayah tak akan sebaik sekarang!"

Masih tiada pergerakan.

Si Cilik langsung tidak beri muka pada ayahnya.

Sebagai penonton yang menyaksikan semua ini dari tadi, Ning Xi mahu ketawa, tetapi tidak berani. "Saya perlu kerja sebentar lagi, tapi tak jadi masalah jika Si Cilik mahu bermain di sini sebentar."

Dengan wajah yang geram dan tidak gembira, Lu Tingxiao mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuat satu panggilan.

Ning Xi mengintip telefonnya dan mendapat tahu dia sedang memanggil psikiatri. Dia tergamam. Bukankah terlalu melampau untuk memanggil ahli psikiatri untuk perkara kecil seperti ini?

Ning Xi batuk lalu berkata, "Apa kata saya cuba?"

Lu Tingxiao teragak-agak sebelum mengangguk.

Ning Xi merapati pintu dan menggunakan suara lembut, berkata, "Si Cilik, Mak Cik perlu kerja sebentar lagi, jadi Mak Cik takdapat menjaga kamu. Apa kata Si Cilik balik rumah dengan ayah dulu?

Masih tiada bunyi dari dalam bilik.

"Apa kata macam ini, kita boleh bertukar nombor telefon. Supaya kita boleh selalu menghubungi satu sama lain. Kita juga boleh bersembang dalam video!"

Bunyi jejak kaki mendekati pintu.

"Jika Mak Cik lewat ke kerja nanti, pasti akan dimarah teruk oleh pengarah. Pengarah Mak Cik itu kejam. Kasihan Mak cik bukan…wu…"

Pintu itu dibuka dengan bunyi 'kachi'.

Lu Tingxiao yang sudah bersedia untuk melawan pertempuran yang panjang, terasa dirinya sedang bermimpi. Dia merenung wanita yang berdiri di sisinya dengan hairan.

Dengan hanya tiga ayat, Ning Xi telah berjaya memujuk Si Cilik untuk keluar dari bilik itu dengan sendiri.

Sekiranya dia mengenali Ning Xi sewaktu Si Cilik menguncikan dirinya di dalam loteng dulu. Seluruh ahli keluarganya, empat orang, semua butler dan orang gaji, pakar psikiatri, bahkan seorang pakar rundingan yang telah diupah sebagai usaha terakhir, telah cuba memujuknya untuk keluar dari loteng ini. Namun, selepas menghabiskan seluruh waktu petang, semuanya sia-sia. Akhirnya, mereka memecahkan pintu loteng dan budak kecil itu telah mengabaikan semua orang selama sebulan.

Ning Xi tidak tahu mengenai semua ini. Dia hanya menganggap budak ini memang patuh kepadanya walaupun sikapnya begitu. Ning Xi mengangkat Si Cilik. Melihat riak wajahnya yang sedih, dia tidak sanggup memarahinya. Sebaliknya, dia memuji budak kecil itu. "Si Cilik sangat baik. Terima kasih, sayang!"

Si Cilik kelihatan lebih gembira apabila dipuji dan menghulurkan sekeping kertas dengan senyap. Di atas kertas itu, terdapat rentetan nombor.

Ning Xi menerima nota itu. "Ah, ini nombor telefon kamu? Baiklah, Mak Cik akan simpan dan bila Mak Cik tidak sibuk, Mak Cik akan membuat panggilan kepada kamu!"

Lu Tingxiao berasa agak pelik kerana Si Cilik tidak mempunyai telefon bimbit. Jadi, nombor telefon mana yang diberikan kepada Ning Xi?

Menggunakan ketinggian sebagai kelebihannya, dia mengintip kertas itu. Itu nombor telefonnya.

Kamu memang betul anak aku!


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C16
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ