Yun Luofeng, hunuskan senjata kamu!" Hu Li berdiri tangan kosong memandang Yun Luofeng sambil bibirnya mengukir senyuman yakin. "Saya tidak akan bertarung dengan orang yang tidak bersenjata."
Yun Luofeng tidka teragak-agak dan terus mengeluarkan pedang panjang dari cincin ruangannya lalu memegangnya dengan erat.
Hu Li kelihatan terkejut melihat Yun Luofeng memegang pedang dengan tangan kiri lalu bertanya, "Kamu kidal?"
Yun Luofeng tersenyum licik. "Tangan kiri saya sahaja sudah cukup untuk mengalahkan kamu!" Suara gadis ini sangat angkuh, membuatkan Hu Li sangat marah.
Matanya yang lebar dan sepet bersinar mengejek. "Jangan salahkan saya pula kalau kamu tidak berpeluang melawan!" Selepas berkata begini, Hu Li bergerak dan meluru ke arah Yun Luofeng sepantas kilat.
"Habislah dia!" Di bawah gelanggang, An Zhihao tutup mata dengan tangan, tidak berani menyaksikan kekejaman yang bakal terjadi.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!