ดาวน์โหลดแอป
3.54% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 44: Menyebabkan Kekecohan di Seluruh Bandar (2)

บท 44: Menyebabkan Kekecohan di Seluruh Bandar (2)

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Baiklah."

Yun Luofeng mengangguk. "Saya harap kamu boleh pantas sedikit. Saya nak cepat ni."

Mendengar ayat ini, wanita itu tidak berlengah dan berlari ke arah dewan dalam dengan pantas. Jika ekspresi resah itu dilihat orang yang tidak tahu apa-apa, mereka akan fikir sesuatu yang serius telah terjadi kepadanya...

Di dewan dalam, Tok Ketua Rong yang sedang berbual dengan seorang lelaki berusia pertengahan umur terganggu oleh bunyi hayunan pintu yang terbuka. Keningnya berkerut ketat dan hanya setelah melihat wanita yang menawan itu pantas mendekatinya ekspresinya menjadi tenang.

"Ya'er1, kenapa kamu menggelabah seperti ini?"

Fang Ya terus melangkah untuk berdiri di hadapan Tok Ketua Rong, "Sebentar tadi, ada seorang gadis muda datang untuk menjual cecair berubat. Oleh kerana saya tidak dapat membuat keputusan, saya datang ke sini untuk bertanya kepada Tok Ketua Rong."

"Cecair berubat? Hal seperti ini, kamu boleh buat keputusan sendiri. Kamu tidak perlu bertanyakan pendapat saya," Tok Ketua Rong menggelengkan kepalanya dan bercakap secara tidak sabar.

Jika itu orang lain dan bukan Fang Ya, dia mungkin sudah naik baran.

"Begini Tok Ketua Rong, orang tua saya membenarkan saya datang ke sini untuk belajar secara praktikal, namun, dana yang dia berikan tidaklah sebanyak mana, jadi duit saya tidak cukup untuk membeli cecair berubat ini. Sebab itulah saya tanya Tok Ketua Rong."

"Apa?"

Tuan Tua Rong berdiri, terperanjat, "Dana kamu tidak cukup untuk membeli satu dos cecair berubat? Beritahu saya dahulu, cecair berubat apakah ini? Saya ingat kamu ada beberapa juta tahil dalam tangan kamu, bukan?"

Walaupun Fang Ya datang untuk belajar, tapi paling tidak dia ialah cucu kepada orang tua itu, jadi mana mungkin orang tua itu tidak memberikannya beberapa juta tahil? Ditambah lagi dengan beberapa juta tahil yang dia dapatkan daripada Pavilion Perubatan, kenapa dia tidak mampu membeli satu dos cecair berubat?

"Tok Ketua Rong, itu satu dos Cecair Berubat Pengumpul-Roh!" suara Fang Ya tegang dengan rasa teruja. "Cecair ini dikatakan boleh membuatkan pertapa rohani di bawah tahap-tinggi bertapa dan mendapat hasil dua kali ganda dengan cuma separuh usaha! Cuba fikir, di Kerajaan Long Yuan, pertapa rohani tahap-sederhana yang paling ramai! Terutamanya di kalangan keluarga diraja dan bangsawan, siapa yang tidak mahu bertapa dengan lebih cepat? Jika kita boleh dapatkan satu dos Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini, jangan cakap kita perlu risau tidak dapat menjualnya dengan harga yang tinggi?"

Tok Ketua Rong tergamam. Nasib baik dia telah hidup lama, jadi pembawaannya tidak terburu-buru seperti Fang Ya. Oleh itu, dia menahan keterujaan dalam hatinya lalu menghulurkan tangannya ke arah Fang Ya.

"Berikan Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu ke sini. Saya perlu periksa jika benar ia ada kesan sebegini."

Fang Ya cepat-cepat meletakkan botol porselin di tangannya itu ke hadapan Tok Ketua Rong.

"Ini dia Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu."

Tangan Tok Ketua Rong menggeletar, menggenggam botol porselin di hadapannya. Dia membuka penutupnya dengan perlahan, meletakkan botol di bawah hidungnya untuk menghidu bau cecair itu. Seketika kemudian, gelombang wangian lembut yang semerbak mengejutkan mindanya dan seluruh tubuhnya menjadi sangat tenang.

"Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini memang dapat membantu pertapaan." Tok Ketua Rong menarik nafas panjang. Jangan dilihat pada ekspresi wajahnya yang tenang, batinnya sedang dalam keadaan huru-hara. "Namun, Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini ada kekurangan. Saya dapat merasakan baru tadi, kesan perubatannya terlalu kuat. Walaupun ia ada kesan mengumpul-roh, ia tidak boleh diminum, pasti akan menyebabkan kematian."

Fang Ya diam seketika, dan dia tersedar Tok Ketua Rong telah salah faham maksudnya, jadi dia terus menjelaskan dengan terburu-buru, "Tok Ketua Rong, ini bukan untuk diminum, tetapi digunakan untuk membuat mandian perubatan. Pertapa rohani yang bertapa ketika berendam di dalamnya boleh mendapat hasil tenaga pengumpul roh."

"Begitu rupanya."

Tok Ketua Rong kini faham, mindanya penuh dengan rasa teruja. "Ya'er, kita mesti beli Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini. Saya akan berikan kamu kebenaran untuk menggunakan 10 juta tahil dari Pavilion Perubatan, dan sementara itu, kamu cuba tanya gadis muda ini jika dia ada lagi Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini. Kita akan beli sebanyak mana yang dia ada!"

  1. Menambahkan 'Er' di hujung nama seseorang ialah sejenis gelaran manis/manja.

Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C44
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ