ดาวน์โหลดแอป
33.82% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 301: Sinar Harapan (2)

บท 301: Sinar Harapan (2)

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie tidak memikirkan sangat tentang Manik Kayu Berukir itu kerana manik itu bertujuan untuk digunakan oleh roh berkontrak. Oleh itu, manik berkenaan tidak berguna bagi Jun Wu Xie.

Tetapi malam ini, manik itu memberikan reaksi yang aneh. Manik yang biasanya sejuk itu mula menjadi hangat. Jun Wu Xie meletakkan manik itu di atas tapak tangannya. Di bawah cahaya obor dan bulan, dia dapat melihat kabus yang samar-samar dan nipis keluar dari Manik Kayu Berukir itu. Kabus itu terlalu nipis sehingga kalau hampir tidak dapat dilihat jika tidak diperhatikan dengan teliti. Kabus itu tersebar ke batas herba di hadapan Jun Wu Xie, menyelubungi semuanya sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba mata Jun Wu Xie bersinar kerana dia merasakan ada peningkatan ketara dalam tenaga rohani yang mengalir masuk ke badannya.

Kalau dia boleh menggambarkan tenaga rohani yang diserap sewaktu dia bertapa menggunakan Teratai Salji ialah seluas tasik, tenaga dari tumbuhan herba biasa ini pula ibarat hanya sebanyak satu senduk sahaja. Tenaga yang diserap daripada herba yang lebih berharga pula ibarat satu baldi. Tetapi kini, aliran tenaga rohani yang diserapnya tiba-tiba mengembang sehingga menjadi seperti air sungai.

Pasilah tidak dapat dibandingkan dengan sebuah tasik, tetapi sungai itu berkali ganda lebih baik daripada senduk atau baldi!

Penemuan ini membingungkan Jun Wu Xie dan dia cepat-cepat memanggil Teratai Kecil.

Teratai Kecil yang telah dipanggil secara tergesa-gesa itu masih mamai kerana dikejutkan dari tidur. Mukanya yang lembut dan tembam nampak keliru. Dia menggosok-gosok matanya dan menguap dengan luas sambil berdiri terhuyung-hayang di atas tanah.

"Cik perlukan apa-apa dari saya?" Teratai Kecil yang masih mengantuk itu menggaru-garu kepalanya. Dia nampak seolah-olah akan tertidur sambil berdiri.

"Apa yang sedang berlaku dengan Manik Kayu Berukir ni?" Jun Wu Xie menyuakan manik itu kepada Teratai Kecil. Sebaik terlihat Manik Kayu Berukir itu, Teratai Kecil menjadi bersemangat dan tidak lagi mengantuk. Dia merenung manik itu dengan perasaan teringin lalu mengambilnya. Teratai Kecil tersenyum lebar sambil menggosok-gosok manik itu pada perutnya.

"Dah lama saya tak lihat kamu, rindunya." Teratai Kecil tersengih sehingga menampakkan gigi dan merenung Manik Kayu Berukir itu.

Kening Jun Wu Xie menggerenyet dan dia menghulurkan tangan lalu mencengkam Teratai Kecil yang menumpukan sepenuh perhatian kepada Manik Kayu Berukir itu, lalu merenung ke dalam matanya.

"Seriuslah!"

Teratai Kecil menggigil dan berdiri sambil terkebil-kebil memandang Jun Wu Xie. Dia tak faham kesalahan apa yang telah dilakukannya.

Jun Wu Xie menenangkan dirinya dan dengan sabarnya menerangkan tentang reaksi aneh Manik Kayu Berukir itu tadi. Teratai Kecil mendengar sambil terangguk-angguk. Dia cuba kelihatan bijak lalu berkata, "Itu normal. Manik Kayu Berukir itu bertujuan untuk digunakan oleh roh berkontrak jenis tumbuhan yang terbentuk dari tumbuh-tumbuhan. Tentulah jika manik ini bertindak balas terhadap roh berkontrak jenis tumbuhan, ia juga akan bertindak balas terhadap pokok-pokok dan bunga-bungaan biasa. Tetapi pokok-pokok dan bunga-bunga biasa ini tidak mempunyai tenaga rohani yang cukup serta tidak ada kesedaran. Sebab itulah pokok-pokok ini tidak dapat menggunakan kuasa Manik Kayu Berukir ini untuk bertapa. Tetapi manik ini tetap dapat membantu pokok-pokok ini tumbuh lebih pantas."

Teratai Kecil sengaja berhenti bercakap sebentar dan mengangkat Manik Kayu Berukir itu setinggi yang boleh lalu berkata, "Pada waktu siang, Manik Kayu Berukir ini akan menyerap tenaga dari dalam tanah dan di udara. Pada waktu malam pula, kalau tenaga rohani itu tidak digunakan, tenaga itu akan disebarkan. Tenaga rohani yang dikeluarkan oleh Manik Kayu Berukir ialah sesuatu paling berkhasiat yang Cik boleh berikan kepada tumbuh-tumbuhan di sini."

Setelah berkata begitu, Teratai Kecil mengerutkan hidungnya.

Membazir betul tenaga rohani sebanyak itu diberi "makan" kepada tumbuh-tumbuhan biasa ini. Ibarat mempersendakan anugerah tuhan ini dengan perkara yang membazir.

Tanpa diketahui oleh Teratai Kecil, penjelasannya yang panjang lebar itu telah memberi kesan ke atas Jun Xie. Kalau Manik Kayu Berukir ini benar-benar berfungsi seperti yang dikatakan oleh Teratai Kecil, nampaknya bukan sahaja berguna untuk roh berkontrak jenis tumbuhan, tetapi kuasanya yang unik juga dapat membantu Jun Wu Xie untuk menggunakan herba-herba di dalam Punca Awan Tersembunyi untuk membangunkan kuasa rohaninya sendiri!


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C301
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ