ดาวน์โหลดแอป
32.69% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 291: Topeng Kecantikan (3)

บท 291: Topeng Kecantikan (3)

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Saya suka muka saya sekarang ni. Simpan sajalah untuk yang lebih memerlukan." Qiao Chu menolak dengan sopan secara tergesa-gesa, menepis tangan Jun Wu Xie yang dihulurkan itu, jauh darinya.

Dia langsung tak mahu menyentuh "ubat" itu, lebih-lebih lagi setelah menyaksikan cara kematian Ke Cang Ju. Tidak pernah bulu romanya meremang sehingga begitu sekali. Wajah Ke Cang Ju kelihatan amat menggerunkan.

Topeng Kecantikan milik Jun Wu Xie itu bukan sahaja menakutkan Ke Cang Ju, malah akan menghantui Qiao Chu di dalam mimpi ngerinya!

Dia sedar kini yang orang tak sepatutnya menjadi obses dengan rupa paras mereka!

Hanya setelah dia berkata begitu, barulah Jun Wu Xie akhirnya menyimpan Topeng Kecantikan.

Qiao Chu mengeluh lega, tetapi…

Xie Kecil ini membuat jenaka dan mempermainkan saya? Jarang ini berlaku.

Binatang hitam itu memerhatikan Qiao Chu dengan senyap sambil membaca pemikiran Qiao Chu yang terpapar jelas di wajahnya. Binatang hitam itu benar-benar mahu memberitahu pemuda naif berkenaan yang tuannya tidak mungkin akan berjenaka. Kalau Qiao Chu berani mengangguk tadi, Jun Wu Xie akan beri dia makan Topeng Kecantikan itu!

Tidak syak lagi!

"Apa kita nak buat sekarang?" Qiao Chu berdeham dengan tergesa-gesa. Dia mahu cepat-cepat menukar topik.

"Puncak Awan Tersembunyi tidak membenarkan orang luar masuk ke dalamnya. Ke Cang Ju jarang berinteraksi dengan pengikutnya di sini tetapi dia menunjukkan mukanya setiap hari. Para pengikutnya telah melihat dia masuk ke dalam bangunan ini dan jika dia tidak muncul dalam jangka masa yang lama, mereka akan mula mengesyaki sesuatu." Hua Yao berkerut sambil dia berfikir. Dia tidak kesal dengan kematian Ke Cang Ju, tetapi menjangkakan selepas ini mereka akan menghadapi masalah.

Kemudian dia teringat kata-kata Jun Wu Xie dan berpusing untuk memandang pemuda bertubuh kecil di sisinya, seolah-olah merasakan yang Jun Wu Xie sudah merancang sesuatu.

"Ke Cang Ju belum mati." Jun Wu Xie berkata dengan perlahan.

Qiao Chu merenung Jun Wu Xie, tak mampu berkata apa-apa. Dia menuding pada mayat mengerikan di atas lantai itu dan cuba sedaya-upaya untuk berkata sesuatu, tetapi tidak mampu.

'Ini dia kata belum mati?'

'Dah jadi mayat macam ni, belum mati apanya lagi!'

Namun begitu, wajah Hua Yao menunjukkan yang dia faham. Dia berkata, "Kamu mahu saya mengambil tempat Ke Cang Ju?"

Jun Wu Xie mengangguk.

Mata Qiao Chu terbeliak, tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

"Kamu mahu Abang Hua menjadi raksasa hodoh ni? Abang Hua boleh mengubah tulangnya, tetapi dia tak boleh buat apa-apa dengan kulitnya."

"Ke Cang Ju sudah tua dan kulitnya yang sudah buruk itu bukannya sesuatu yang boleh ditiru oleh Hua Yao yang berkulit licin dan cerah ini."

"Saya ada caranya," balas Jun Wu Xie.

Qiao Chu terdiam. Dia fikir Jun Wi Xie ini hanya bijak dalam pembuatan eliksir. Kini nampaknya budak kecil ini lebih berbakat daripada apa yang dia sangkakan!

Setelah Jun Wu Xie mengesahkannya, Hua Yao tidak melihat perlunya dia berkata apa-apa lagi. Dia dapat mengagak yang Jun Wu Xie sudah memikirkan perkara ini masak-masak.

Setelah diseksa oleh Ke Cang Ju selama lebih setengah bulan, segala butiran kecil mengenai rupa paras Ke Cang Ju sudah terpahat di fikiran Hua Yao. Mudah saja baginya untuk mengubah struktur tulangnya dan menyerupai Ke Cang Ju.

Tak lama kemudian tubuh badan Hua Yao mengalami perubahan besar. Susuk tubuhnya yang kurus perlahan-lahan bertukar sewaktu tulang-tulangnya beralih kedudukan dan mengecil. Tulang di bahagian mukanya menjadi kurang tajam.

Jun Wu Xie memerhati dengan senyap dan sewaktu Hua Yao melalui proses perubahan ini. Dia amat berminat dengan proses ini. Jun Wu Xie berkemahiran dalam menukar penampilan luarannya, tetapi kemahirannya langsung tidak sama dengan perubahan sepenuhnya yang mampu dilakukan oleh Hua Yao. Seseorang itu boleh menggunakan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk membuat perubahan kecil kepada struktur tulang mereka, tetapi saiz dan bentuk badan mereka tidak boleh diubah. Hua Yao bukan sahaja boleh mengubah kedudukan tulangnya, malah dia juga boleh mengecilkan dan membesarkan saiz tulang-tulangnya.

Fenomena ini jauh melangkaui perubatan moden sekalipun.

Seluruh proses transformasi ini tidak mengambil masa yang lama. Hua Yao bertukar menjadi seseorang yang bongkok dan hodoh, tetapi kulitnya yang licin dan cerah itu langsung tidak menyerupai kulit Ke Cang Ju yang kasar dan berkedut.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C291
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ