ดาวน์โหลดแอป
8.76% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 78: Jangan Ganggu Saya (2)

บท 78: Jangan Ganggu Saya (2)

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Yao terkejut dengan tindakan Jun Wu Xie yang secara tiba-tiba itu. Mata dinginnya beransur hilang. Dia tidak mempedulikan jarum-jarum itu dan sedang cuba menahan ketawanya. Gadis ini terlalu menarik, dia sudah menunjukkan taringnya!

Jun Wu Xie meletakkan jarum-jarum itu di beberapa kedudukan. Walaupun dia tidak akan membunuh lelaki itu, dia juga tidak akan melepaskan Jun Wu Yao begitu sahaja.

Jun Wu Yao merendahkan badannya, menekan ke arah jarum-jarum itu. Sebaik jarum-jarum itu mencucuk kulitnya dan tertusuk masuk ke kerongkongnya, darah merah pekat mengalir lalu membasahi tangan Jun Wu Xie. Walau bagaimanapun, mata gadis itu langsung tidak kelihatan panik.

"Memang salah saya. Tak sepatutnya saya ganggu kamu. Bagaimana kamu mahu hukum saya? Saya serahkan hal ini pada kamu." Walaupun empat batang jarum sudah mencucuk kerongkongnya dan darahnya sedang mengalir, dia masih senyum dan ekspresi wajahnya seperti merayu.

"Letak semula." Jun Wu Xie membalas dengan dingin.

Jun Wu Yao mengeluh sambil meletakkan semula jag berisi wain itu ke atas meja.

"Wu Xie, memang saya salah. Kalau kamu suka, simpanlah wain sampah ini sekadar untuk bermain-main. Tapi ingat, jangan minum. Kandungan alkohol dalam wain ini terlalu kuat dan akan menyakitkan tekak kamu. Saya akan cari yang lebih baik dan bawakan untuk kamu esok." Jun Wu Yao berkata dengan lembut sambil dia cuba memujuk gadis yang sedang marah itu. Dia langsung tidak mempedulikan luka pada kerongkongnya.

"Saya tak mahu apa-apa." kata Jun Wu Xie.

Jun Wu Yao tidak terus memaksa sebaik sedar yang gadis itu masih marah. Dia mengangkat tangannya dan membengkokkan jarinya. Objek hitam yang menghentam dahi Teratai Kecil tadi terbang kembali ke tangannya.

"Saya bergurau saja, bukannya betul-betul mahu mencederakannya. Dia roh berkontrak kamu, bagaimana saya sanggup untuk membunuhnya?" Jun Wu Yao cuba menenangkan Jun Wu Xie sambil memberikan senyuman menawan.

Little Lotus bangun perlahan-lahan sambil terhuyung-hayang. Pukulan ke dahinya itu teramat sakit sehingga dia merasakan rohnya akan hancur bila-bila masa saja! Inilah kali pertama dia mengalami rasa sakit sebegitu. Biasanya jika disakiti oleh manusia, cuma tenaga roh yang akan menerima kesannya. Roh berkontrak tidak akan berasa sakit akibat serangan manusia, namun kali ini kesakitan itu sangat melampau!

Teratai Kecil memandang Jun Wu Yao dengan gementar. Lelaki misteri ini terlalu menggerunkan!

"Kau, ke mari." Jun Wu Yao membengkokkan jarinya dan memanggil Teratai Kecil.

Teratai Kecil terkejut dan dia hanya berdiri terpaku.

"Aku gurau saja, janganlah takut sangat. Nah, ini untuk kau. Anggaplah sebagai ganti rugi." Jun Wu Xie mencampakkan satu manik berwarna hijau tua dan Teratai Kecil yang sedang menggigil itu berjaya menangkapnya.

Jun Wu Yao memandang Jun Wu Xie dengan lembut.

"Kamu masih marah?"

"Kamu ni menjengkelkan." Jun Wu Xie menjeling semula.

"Kata-kata kamu ni menyakitkan saya." balas Jun Wu Yao dengan nada yang menyedihkan dan wajah yang berkerut.

"Kalau mahu sangat rasa sakit, saya ada seratus lapan batang jarum." Jun Wu Xie memandang lelaki itu dengan dingin.

Jun Wu Yao ketawa sambil menarik dan kemudian mencium tangan Jun Wu Xie. "Kalau itu buat kamu gembira, sepuluh kali ganda sekalipun saya sanggup."

Jun Wu Xie berkerut mendengar kata-kata Jun Wu Yao. Dia pernah lihat orang yang terdesak sebelum ini tapi inilah kali pertama dia melihat seseorang yang tidak tahu malu seperti lelaki ini.

"Saya gembira asalkan kamu tak ganggu saya." balasnya. Kalau lelaki ini berani menyentuh roh berkontrak dan Nektar Jed miliknya lagi, dia sanggup menggunakan seratus lapan batang jarum itu!

"Saya tak akan ganggu kamu, tapi saya tak sanggup meninggalkan kamu." Jun Wu Yao tersenyum lemah.

Jun Wu Xie menjeling lelaki itu dan berdiri tanpa mengatakan apa-apa.

Kali ini Jun Wu Yao tidak berani menahan gadis itu dan melepaskannya.

"Kamu bau darah. Pergi sekarang." Jun Wu Xie berkerut melihat tangan lelaki itu yang berlumuran darah. Bau darah segar juga merebak ke seluruh bilik itu. Campuran bau dari darah segar, wain dan teratai membuatkan dia rasa tidak selesa. Dia perlu mandi sekarang untuk menghilangkan bau dahsyat yang menusuk hidungnya ini!


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C78
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ