Bunga Kecil juga dipaksa kembali ke ruang pembelajaran disebabkan kuasa rohani Ling Lan menjadi tidak terkawal. Dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada tuannya.
Ruang minda Ling Lan dalam keadaan huru hara. Kuasa rohani Ling Lan bertukar menjadi lubuk pusar yang besar.
Ling Lan tidak hilang kesedarannya. Sebaik menyedari ada sesuatu yang tidak kena, dia memampatkan minda sedarnya menjadi sangat kecil dan meletakkannya di satu sudut di dalam ruang mindanya. Kemudian dia menggunakan sebahagian kecil kuasa rohani yang masih mampu dikawal dan menyelaputi minda sedar bagi melindunginya daripada dimusnahkan oleh lubuk pusar itu.
Sekalipun ruang mindanya musnah dan dia lumpuh seketika, dia masih ada peluang untuk kembali sedar asalkan bahagian minda sedarnya tidak rosak. Ling Lan akan bertarung merebut setiap peluang untuk hidup. Oleh itu, dia segera bersiap sedia untuk menghadapi situasi paling buruk sebaik menyedari keadaan sudah tidak terkawal.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!