ดาวน์โหลดแอป
7.9% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 83: Ilusi?

บท 83: Ilusi?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Song Shuhang membawa loli itu dan membantu ibu bapanya mencari tempat untuk berehat sebelum dia terus melihat biarawan Barat yang tinggi itu.

Dia dapat merasakan saat sami Barat itu sedang membaca sutra, sebuah tenaga mental yang besar mulai naik dengan ganas seolah-olah gelombang laut yang menghempas dari pelbagai arah.

Dalam kekosongan kereta api itu, tenaga negatif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh manusia biasa sedang berlegar. Tetapi gelombang tenaga mental kuat yang dipancarkan oleh biarawan Barat yang tinggi itu menyebabkan tenaga negatif mula bertebaran. Seperti burung dan binatang ganas yang berlari keluar melalui tingkap yang pecah sambil menuju ke gerabak kereta api di hadapan.

Tiba-tiba Song Shuhang mula sedar. Adakah itu 'hantu'?

Dia belum lagi menamatkan Penubuhan Asas Bukaan Jantungnya. Oleh itu, Bukaan Matanya masih tertutup dan dia tidak dapat melihat hantu. Bagaimanapun, dalam keadaan 'kewaspadaan', dia dapat merasakan tenaga negatif yang berlegar bagaikan asap nipis.

Hantu tidak akan masuk ke dalam kereta api dan bas dalam keadaan biasa kerana tempat-tempat yang penuh dengan manusia akan mempunyai aura manusia yang terkumpul di sekeliling kawasan itu.

Aura manusia yang kuat dan padat ialah sejenis tenaga yang ekstrem. Aura ini dapat membuatkan hantu yang lemah lari dari situ. Malahan, hantu yang kuat dan berkuasa juga tidak menyukai tempat yang dilimpahi dengan aura manusia yang terlalu banyak.

Melainkan ketika bencana melanda kawasan yang penuh sesak itu... pengecualian diberikan pada situasi tersebut. Jumlah tenaga negatif seperti keganasan, kematian, putus asa dan kebencian akan terhasil dengan serta-merta. Ini semua makanan kegemaran hantu dan merupakan sumber nutrisi bagi mereka untuk berkembang. Terutamanya bagi roh orang-orang yang meninggal dunia secara mengejut seperti semasa menderita kesakitan di tempat-tempat yang dilanda bencana. Keadaan ini membolehkan hantu-hantu itu menjadi lebih kuat selepas menelan mereka.

Sesetengah hantu yang lebih kuat bahkan dapat merampas roh-roh orang yang hampir mati dan membolehkan kekuatan hantu itu meningkat dengan lebih tinggi!

"Syaitan dan raksasa, pergilah kau dari sini!" biarawan Barat itu ternyata seseorang yang mempunyai kemahiran menghalau hantu. Dia melolong saat tenaga mentalnya menjadi lebih ganas dan tenaga negatif di dalam gerabak itu keluar dengan serta-merta.

Dalam sekelip mata, penumpang yang menyumpah seranah biarawan itu kelihatan bingung selepas biarawan Barat tersebut berhenti menjerit. Gerabak itu menjadi sunyi sebentar. Kesemua serpihan kaca, tompokan darah yang memenuhi dinding dan penumpang yang ditusuk oleh kaca yang pecah itu telah hilang. Walaupun penumpang di dalam kereta api itu terjatuh, tiada seorang pun yang mempunyai luka dengan kesan titisan darah pada badan mereka.

'Adakah itu semua ilusi?' semua penumpang masih berdiri dan kelihatan bingung. Dan ya, semua adegan berdarah yang menakutkan sebentar tadi ilusi yang dicipta oleh hantu untuk membuatkan penumpang di dalam kereta api lebih takut dan bertambah takut. Kemudian ketakutan itu akan menghasilkan lebih banyak tenaga negatif dalam kekecewaan mereka.

Hantu itu cuba melarikan diri melalui pelbagai arah, tetapi biarawan Barat dengan kemahiran tinggi tidak mahu melepaskan hantu tersebut begitu sahaja.

"Tak guna!" dia menyumpah sekali lagi dan merampas biji maniknya sambil mengejar hantu-hantu itu ke arah gerabak kereta api di hadapan.

Selepas brek kecemasan telah diaktifkan, semua pintu gerabak dibuka. Sesiapapun dapat membuka pintu gerabak untuk ke bahagian gerabak yang lain dengan hanya menarik suis manual di sebelah pintu.

Biarawan Barat yang mahir itu menarik suis bebas dan mengikuti hantu-hantu yang melarikan diri ke arah gerabak hadapan kereta api.

Ia bukan satu kebetulan apabila biarawan Barat yang kuat ini telah menaiki kereta api. Dia mengejar hantu di kereta api dan cuba untuk membersihkan mereka.

Song Shuhang menyentuh poketnya yang mengandungi azimat penghalau hantu, azimat perisai dan azimat pedang.

Ketiga-tiga azimat ini disusun untuk dipakai pada badannya bagi mengawal dirinya daripada sesuatu yang tidak dijangka.

Dia hanya berharap dia tidak perlu menggunakan azimat itu. Lagipun, bilangan azimat yang dia ada sekarang ini sangat terhad. Sebelum dia bertemu dengan Mahaguru Altar, dia tidak patut mengurangkan peluangnya untuk berjaya saat melawan Mahaguru Altar dengan menggunakan mana-mana azimat itu pada masa sekarang.

'Tunggu sekejap!'

Sesuatu tiba-tiba berlaku kepada Song Shuhang.

'Hantu di dalam kereta api... adakah ia berkait dengan Mahaguru Altar?'

Kerana, Mahaguru Altar juga seorang pertapa hantu jahat! Memandangkan mereka hanya tiga stesen lagi dari 'Kedai Perubatan Yuanlong', tidak mustahil semua hantu itu milik Mahaguru Altar! Wujudkah kebetulan sebegitu?

❄❄❄ 

Pada masa ini, di dalam gerabak ketiga di belakang tempat Song Shuhang, dua orang lelaki dengan kulit yang sangat pucat sedang berpeluk dan berbisik antara satu sama lain.

"Lelaki tak guna, mengapa biarawan Kaukasia itu mengejar kita lagi? Kita sepatutnya sudah berjaya melarikan diri daripada dia! Sekarang ini dia mengekori kita dengan rapat!" seorang lelaki berkemeja putih mengetap giginya semasa bercakap.

Seorang lelaki lain yang memakai kemeja tee biasa mengurut pelipisnya dan menjawab dengan kelat. "Kita sudah tidak dapat biarkan Jeneral Hantu Ku You makan sejak akhir-akhir ini. Jika kita masih tidak dapat beri makan kepada Jeneral Hantu Ku You hari ini, kita berdua mungkin akan diproses oleh Mahaguru Altar dan dijadikan makanan untuk Jeneral Hantu Ku You!"

Saat mereka menyedari akibatnya, kedua-dua badan mereka menggigil.

Jeneral Hantu Ku You ialah hantu pemarah yang berada di dalam gerabak kereta api itu. Dikatakan Mahaguru Altar telah berusaha untuk membangkitkan jeneral hantu peringkat awal dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya selama puluhan tahun. Kekuatannya setanding dengan pertapa Tahap Kedua. Mahaguru Altar telah memeliharanya selama beberapa tahun dan ia hantu yang terkuat yang berada bersamanya kini.

Dalam keadaan biasa, hantu itu akan disimpan di lokasi dengan yin yang padat dan qi hantu. Kemudian lokasi itu digunakan untuk menghasilkan hantu yang lebih kuat. Pada masa yang sama, ia akan mengurangkan jumlah makanan yang diperlukan oleh hantu itu. Walau bagaimanapun, selepas satu tempoh masa, ia akan berada dalam keadaan lemah.

Sebab itulah setiap kali Mahaguru Altar keluar dengan hantu yang marah itu, dia perlu mencari 'makanan' untuknya di tempat yang terdekat agar ia pulih dari keadaan yang lemah.

Kedua-dua lelaki itu pengikut peringkat asas yang bertanggungjawab membawa hantu yang marah itu untuk memburu makanannya. Mereka biasanya akan mencari tempat yang menghadapi bencana atau membawanya ke tanah perkuburan untuk memberinya makan.

Semalam, ketika mereka melepaskan Jeneral Hantu Ku You untuk makan di tanah perkuburan, secara kebetulan mereka bertemu dengan seorang biarawan Barat yang mempunyai kemahiran tinggi. Kalau mereka tidak berwaspada dan melarikan diri cepat... Jeneral Hantu Ku You pasti akan menjadi lebih lemah kerana hampir dibersihkan oleh biarawan Barat itu... Mereka menjadi lebih takut walaupun hanya memikirkan kemungkinan itu.

Sekiranya Jeneral Hantu Ku You telah dibersihkan, mereka berdua akan membunuh diri. Dengan cara itu, mereka akan mati dengan lebih mudah.

Kedua lelaki itu telah berlari bersama sambil membawa Jeneral Hantu Ku You untuk melepaskan diri daripada biarawan itu sebelum menemui laluan kereta api yang panjang ini. Mereka membuat sihir ilusi hantu untuk mengelirukan pemandu kemudian menyebabkan kejadian brek kecemasan kereta api dilepaskan. Mereka buat begitu untuk mewujudkan adegan bencana bagi membolehkan Jeneral Hantu Ku You makan.

Satu masalah timbul. Mereka tidak menyangka biarawan Barat itu akan mengejar mereka hingga ke sini!

'Bagaimana kita sudah buat dia tersinggung? Tak bolehkah kau jadi lebih bertimbang rasa dan anggap kami sebagai makhluk yang hina kemudian lepaskan kami pergi?'

"Satu-satunya pilihan yang ada ialah mengambil risiko. Kita berdua mungkin akan mati!" Lelaki berkemeja putih itu bercakap sambil mengetap giginya.

Sekiranya mereka masih tidak dapat membiarkan hantu yang marah itu mengisi perutnya, Mahaguru Altar pasti akan menggunakan kaedah hukuman kejam. Mereka akan menjadi 'makanan istimewa' hantu itu. Memandangkan mereka berdua tetap akan mati, satu-satunya cara yang tinggal dengan mencuba sehabis baik.

"Kita cuba halang biarawan Kaukasia itu dan pastikan Jeneral Hantu Ku You pulih daripada keadaannya yang lemah dengan menyerap tenaga di sini. Apabila sampai waktunya nanti, dia pasti akan tewas juga!" lelaki yang seorang lagi itu juga bercakap sambil mengetap giginya.

Kemudian, kedua-duanya bangun dan berlari ke arah gerabak hadapan.

Setiap gerabak dalam kereta api itu berada dalam keadaan huru-hara. Jadi pemandangan dua orang lelaki yang berlari ke gerabak hadapan disedari oleh orang ramai.

Mereka berlari melepasi gerabak tempat Song Shuhang berada dengan pantas. Sayang sekali mereka tidak menyedari Song Shuhang yang bertopeng dengan 'tenaga mental dalam keadaan kewaspadaan' nya itu.

Mereka berdua masih lemah dan berada dalam peringkat Penubuhan Asasi Seratus Hari. Tambahan lagi, kemahiran Teknik Pertapaan Penubuhan Asas mereka berada pada kualiti yang rendah dan mereka tidak mendapat bantuan Cecair Penguat Badan. Dengan usia mereka yang terlalu tua itu, walaupun mereka berada dalam peringkat Penubuhan Asasi Seratus Hari selama beberapa tahun, mereka tidak dapat menyelesaikannya.

Untuk mengawal Jeneral Hantu Ku You, mereka telah bergantung kepada sekeping harta karun sementara yang diberikan oleh Mahaguru Altar.

Kedua-duanya berlari dengan tergesa-gesa melepasi gerabak Shuhang untuk mengejar biarawan Barat itu.

Selepas mereka berdua berlari jauh dari Song Shuhang, dia membuka matanya. 'Mereka berdua itu pertapa.'

Di samping itu, qi dan darah kedua-dua lelaki tadi melebihi had manusia biasa. Bukan itu sahaja, kedua-duanya berkaitan dengan hantu kerana tubuh mereka tercemar dengan tenaga negatif yang sama seperti hantu.

Dia tidak terfikir, hanya dengan membawa loli ini untuk jarak tambahan sejauh tiga stesen, kemalangan seperti itu berlaku.

'Patutkah aku pergi ke depan dan tengok apa yang berlaku?' Song Shuhang berfikir.

❄❄❄ 

Pada masa yang sama, biarawan Barat itu telah berjaya menangkap hantu yang marah tersebut.

Hantu itu telah menyerap tenaga negatif cukup banyak dan berjaya memulihkan kekuatannya. Pada masa ini, ia telah menggunakan sihir ilusi untuk menyelubungi tiga gerabak pertama kereta api untuk mencipta pelbagai ilusi yang menyeramkan serta mempercepatkan pengeluaran aura ketakutan dan kekecewaan dari badan manusia di situ.

Ia hanya perlu menunggu kekuatannya untuk pulih sedikit sahaja lagi. Kemudian ia dapat menggunakan ilusi untuk memaksa penumpang di dalam kereta menjadi terdesak dan memaksa sebahagian daripada mereka yang lemah untuk membunuh diri supaya ia dapat menelan roh mereka!

"Aku dah jumpa!" pada masa ini, biarawan Barat yang botak mendedahkan senyuman yang mempesonakan dengan barisan gigi putih bersinar. "Jangan lari, aku telah pelajari ilmu pertapaan membuka hijab (Bukaan Mata), dan tidak ada syaitan yang boleh bersembunyi daripada mata ini. Biar aku bersihkan kau!"

Selepas dia menghabiskan ayatnya, biarawan itu mengeluarkan Kitab Buddha dari jubahnya dan membaca isi kandungannya dengan kuat. Suara yang memekakkan bergema sepanjang gerabak kereta api itu. Setiap perkataan Mandarinnya diucapkan begitu tepat sehingga boleh menyebabkan ramai orang Cina tempatan berasa malu.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C83
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ