ดาวน์โหลดแอป
6.38% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 67: Teknik Mudah Tenaga Mental

บท 67: Teknik Mudah Tenaga Mental

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Di depan Song Shuhang, seorang pak cik yang kelihatan seperti orang makan gaji sedang bergegas, mengangkat beg bimbit dalam tangan kanannya dan mencari telefon bimbit di dalam kocek dengan tangan kirinya.

Semasa mencari telefon, Song Shuhang nampak seberkas wang jatuh ke lantai, tetapi pak cik itu tidak perasan dan beredar dengan kadar yang cepat.

"Hei, pak cik!" Song Shuhang pergi ke arah wang itu dengan cepat dan mengutipnya. Nampak seperti lebih kurang seratus lima puluh keping dalam satu kumpulan.

Dia sangat suķa menolong orang lain. Dalam dunia yang bosan dan suram ini, menolong orang lain dengan sedaya upayanya merupakan kesukaan Song Shuhang.

Meskipun dia sudah didedahkan kepada 'dunia pertapaan' yang lebih mengujakan, dia masih tidak mudah melepaskan perkara yang menggembirakan seperti menolong orang lain.

Pak cik makan gaji itu memusing kepalanya dan memandang Song Shuhang dengan ragu-ragu.

"Pak cik, duit awak terjatuh!" Song Shuhang mengangkat tinggi wang itu sambil menyeru.

Dengan penuh berterima kasih, pak cik tersebut memandang Song Shuhang dan wang dalam tangannya.

Tetapi, dia terfikir tentang sesuatu yang menukarkan wajah berterima kasih kepada wajah ketakutan.

"Awak ni penipu kan?" Pak cik itu bergumam, "Saya terbaca dalam Internet selepas belajar menggunakannya: apabila seseorang menjatuhkan atau mengutip wang dan mengata ia kepunyaan awak, ia selalunya satu tipu helah. Jangan pedulikannya, tipu helah yang begitu jelas tidak akan menipu saya."

Dengan itu, pak cik itu beredar dengan cepat.

Selepas mengambil Cecair Penguat Badan, pendengaran Song Shuhang menjadi sangat bagus. Dia terdengar setiap perkataan gumaman pak cik tersebut.

"Pak cik, saya bukan penipu. Ini betul-betul wang awak yang tersilap jatuh, cuba tengok balik kocek awak!" Song Shuhang menjerit.

Tanpa dijangkakan, ekspresi pak cik itu menjadi lebih teruk. Dia bergerak dengan lebih cepat, dari berjalan cepat bertukar menjadi joging, dan cepat hilang tanpa kesan. Budak kecil, awak masih terlalu naif untuk menipu saya!

Melambaikan wang itu, Song Shuhang kaku di tengah jalan. Dia tahu dia mesti kelihatan seperti orang bodoh sekarang.

Selepas seketika, dia menyimpan wang tersebut dengan tenang.

Kalau tiada orang mahunya, dan dia mengutipnya, ia dikira sebagai kepunyaan dia, betul?

Macam tidak betul... sebab, bagaimana kalau suatu hari seorang lelaki membuang isterinya dalam kemarahan, dan semua lelaki bujang pergi mengutipnya? Dia tidak dikira sebagai kepunyaan mereka, kan?

Pukul tujuh setengah.

Masa permulaaan kelas pagi pertama.

Song Shuhang tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Dia menyusun buku teks di depannya sehingga menghalang dan menutupnya dari pandangan orang. Seterusnya, dia log masuk ke Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, dan mencari artikel <Penyelidikan Dan Perbincangan Tentang Kegunaan Asas Pengumpulan Tenaga Mental—Si Mabuk Rembulan Yang Arif>

Di dalam kelas kolej, cikgu tidak akan kisah sama ada awak menumpu perhatian atau bermain dengan telefon.

Namun, awak tidak boleh membuat seperti Tubo yang bermain telefon di dalam kelas dan menyukai siaran dan gambar cikgu di Aplikasi ShuoShuo. Cikgu-cikgu kadang-kadang menyiarkan komen dan gambar untuk melepaskan tekanan mengajar. Apakah yang awak ingin sampaikan dengan menyukai siaran mereka?

Bahawa cikgu tidak menumpukan perhatian semasa mengajar pelajar dalam kelas, tetapi sedang menyiarkan status dalam kelas?

Dengan membuat perkara yang begitu bodoh, cikgu pasti akan marah tidak kira betapa baiknya cikgu itu.

'Seperti yang dikatakan oleh Mahaguru Ubat, ia semua teknik mudah yang senang difahami.' Song Shuhang berfikir selepas membaca laporan penyelidikan Si Mabuk Rembulan Yang Arif.

Apa kata saya mengambil peluang untuk mencuba teknik mudah tenaga mental ini sekarang?

Song Shuhang merupakan jenis orang yang 'buat sahaja'.

Tenaga mental seorang pertapa digunakan untuk mengawal dan membimbing tenaga rohani luaran dan tenaga dalaman. Tetapi, tenaga mental merupakan khazanah besar yabgvakan dibazirkan jika hanya digunakan untuk membimbing dan mengawal tenaga dalaman.

Merujuk kepada kemajuan dan aplikasi tenaga mental, setiap sekta besar mempunyai teknik rahsia yang tersendiri. Beberapa teknik mental istimewa mungkin tidak boleh diduga apabila dilaksanakan, kebolehan mereka untuk membunuh mungkin lebih kuat daripada sihir dan kemahiran pertahanan tertentu. Apabila tenaga dalaman diguna habis dan tenaga mental tertinggal, teknik mental boleh menetapkan keputusan suatu pertarungan.

Artikel Si Mabuk Rembulan Yang Arif tentang penggunaan tenaga mental secara keseluruhannya mengutamakan tiga teknik mudah tenaga mental.

Ia termasuk menyebarkan tenaga mental ke persekitaran, atau menyebarkannya ke arah suatu kawasan sasaran untuk menghasilkan kesan 'pengesanan'.

Terdapat juga teknik yang digunakan untuk memastikan tenaga mental hanya diaktifkan secara separuh, membenarkan seseorang berada dalam keadaan 'kewaspadaan', yang juga ada kesan menyembunyikan kehadiran seseorang.

Sememangnya, memastikan tenaga mental sentiasa diaktifkan bukan perkara yang senang, terutamanya semasa tidur. Untuk menguasai teknik ini, seseorang itu memerlukan banyak latihan.

Akhirnya, terdapat cara untuk melepaskan semua tenaga mental pada masa yang sama untuk menyelubungi dan menekankan pihak lawan, membentuk penindasan mental. Teknik ini hanya digunakan untuk membuli orang yang lemah. Apabila awak menghadapi orang yang tenaga mentalnya lebih kuat, penindasan awak akan menjadi bahan ketawa. Pihak lawan hanya akan merasakan tiupan angin kecil di muka mereka, tiada tekanan langsung.

Pengesanan, kewaspadaan, dan penindasan merupakan teknik mudah yang diselidik oleh Si Mabuk Rembulan Yang Arif yang boleh digunakan oleh pertapa penubuhan asasi yang baru mula untuk melatih tenaga mental mereka.

Lagipun, teknik mudah tenaga mental ini sangat mudah untuk dikuasai. Sama dengan waktu seseorang mempelajari bagaimana untuk menggunakan komputer—ia juga sama mudah untuk menguasai bagaimana untuk bermain permainan komputer.

'Saya akan menggunakan masa dengan baik dan mencuba teknik ini.' Song Shuhang teruja untuk beraksi selepas habis membaca.

Di samping penindasan mental, 'pengesanan mental' dan 'kewaspadaan' tidak akan ada kesan terhadap yang lain. Meskipun dia boleh melaksanakannya di dalam kelas, tidak akan ada akibatnya.

'Buat sahaja.' Song Shuhang mengaktifkan <Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar> dengan senyap. Diri yang sebenarnya menduduk dengan kaki bersilang dalam lautan kesedarannya, mengumpulkan rohani mentalnya, dan menukarkannya ke dalam tenaga mental.

Seterusnya, Song Shuhang mengikuti arahan daripada artikel Si Mabuk Rembulan Yang Arif, dan menyebarkan tenaga mentalnya sedikit demi sedikit.

Menggunakan 'pengesanan mental' untuk kali pertama, Song Shuhang tidak dapat memfokuskan tenaga mentalnya kepada satu kawasan, tetapi hanya boleh membiarkannya tersebar sejauh mungkin di semua arah.

Di bawah sebaran tenaga mental secara maksimum, ia menyelubungi radius yang lebih kurang lima meter dalam bentuk bulatan yang tidak sekata.

Dia menutupi matanya, benda yang terkandung di dalam radius lima meter digambarkan di dalam mindanya.

Namun, dia hanya boleh mengesan benda yang mempunyai luas permukaan yang luas, sekurang-kurangnya saiz sebuah buku teks. Dia masih tidak boleh mengesan semut, lipas, dan organism kecil yang lain.

Lagipun, bentuk manusia yang dikesan ialah abstrak, seperti jika sebuah gambar ditangkap dengan kamera tiga ratus piksel (bukan sepuluh ribu), yang menghasilkan wajah yang kabur dan susah untuk dikenali.

'Adakah ini kerana tenaga mental saya masih terlalu lemah?' Song Shuhang berfikir—mungkin apabila tenaga mentalnya seratus atau seribu kali lebih kuat daripada sekarang, dia mungkin boleh melihat bentuk manusia dengan lebih jelas semasa menggunakan 'pengesanan mental'.

Apabila tenaga mentalnya lebih kuat, mungkin dia juga boleh melihat melalui benda?

Setelah dia berfikir begitu, rakan sekelas Song Shuhang dalam jarak lima meter daripadanya semua menggigil.

"Cuaca menjadi sejuk ke? Kenapa saya tiba-tiba berasa kesejukan dan niat jahat?"

"Saya berasa macam seseorang memandang saya dengan niat jahat?"

"Saya juga berasa seperti dibogelkan."

"Saya juga mempunyai perasaan yang sama, jijiknya," seorang pelajar perempuan mengetatkan kolarnya, entah kenapa perasaan malu tertimbul.

Bibir Song Shuhang bergerak-gerak, dan dia menarik balik 'teknik pengesanan mental' dengan cepat.

Ia sangat senang untuk belajar cara bermain permainan setelah belajar cara menggunakan komputer, tetapi untuk menguasai permainan, seseorang perlu menghabiskan masa dan tenaga. Song Shuhang sama pada masa ini. Belajar teknik mudah ini tidak susah, tetapi untuk menguasai mereka sepenuhnya tidak mudah.

Selepas menarik balik tenaga mentalnya, Song Shuhang berasa ia telah berkurangan. Tenaga mental yang baru dibentuk semalam masih lemah, dan dia tidak dapat mengekalkan 'teknik pengesanan mental' untuk masa yang lama.

Selepas berehat seketika, dan tenaga mentalnya hampir pulih, Song Shuhang mencuba 'kewaspadaaan'.

Teknik mudah ini lebih senang untuk ditangkap—selepas tenaga mental telah dirangsangkan dan diaktifkan, Song Shuhang boleh berasa badannya berada di dalam keadaan yang bermisteri.

Tidak kira tiupan angin yang lembut dari luar tingkap, atau tenaga yang dilepaskan oleh pelajar di sebelahnya, atau getaran di udara apabila pelajar di tepinya bercakap… Semua benda yang bersentuhan dengannya, tidak kira angin, bunyi, atau tenaga, boleh dirasai.

Namun, keadaan 'kewaspadaan' hanya dikekalkan selama kurang daripada sepuluh saat, sebab ia menyebabkan pergerakan dalam fikiran Song Shuhang; tenaga mental yang telah diaktifkan hilang.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C67
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ