ดาวน์โหลดแอป
3.23% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 34: Mahaguru Ubatan dan Ganjaran

บท 34: Mahaguru Ubatan dan Ganjaran

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Mesej itu dihantar oleh Bulu Lembut yang menawarkan dirinya untuk membantu, "Tuan Sungai Utara, biar saya bantu Tuan Song dengan teknik pertubuhan asas! Walaupun saya hanya dari Alam Tahap Tiga, tidak ada masalah untuk saya mengajar dia teknik ini! Lagipun saya mahu ke Daerah Jiangnan!"

Dia ingin mengalami sendiri proses pembuatan cecair penguat badan yang dilakukan oleh Song Shuhang dengan menggunakan dapur elektrik. Dan yang lebih penting, dia ingin keluar dari rumah selama beberapa hari tanpa pengetahuan bapanya yang tiada di rumah. Inilah kali pertama dia benar-benar bebas untuk keluar dari rumah. Dia sangat tertarik dengan dunia luar sehinggakan dia asyik terfikir untuk keluar dari rumah.

Selepas Bulu Lembut menghantar mesej itu, Pedang Berang Melulu Tiga menjawab dengan pantas. "Tunggu ayah pulang ke Roh Pulau Kupu-kupu. Ayah akan keluar dalam masa sejam dan sampai ke Roh Pulau Kupu-kupu pada waktu petang."

Dari cara penulisan itu, tidak lain tidak bukan orang itu adalah Roh Kupu-kupu Yang Mulia. Melihat dari cara penulisan itu, nampaknya dia masih bergembira kerana dapat menyeksa Pedang Berang Melulu Tiga.

Bulu Lembut mengeluarkan lidahnya dan masih berada dalam talian tetapi tidak berani untuk bercakap lagi.

Pertapa Bebas Sungai Utara menghantar simbol 😁 sebagai usikan kepada Pedang Berang Melulu Tiga.

Song Shuhang juga tersenyum dan menaip beberapa perkataan selepas dia berehat. "Maaf kerana menyusahkan anda Tuan Sungai Utara, saya mahu meminta..."

Sebelum dia habis menaip, "Ding," satu mesej lain muncul dalam kumpulan itu.

Mesej itu dari Mahaguru Ubatan. Dia menghantar mesej ringkas dengan menulis dua patah perkataan, "Biarkan saya!"

Sesiapa pun pasti tidak akan memahami isi kandungan mesej ini. Pertapa Bebas Sungai Utara sendiri pun tidak dapat meneka apa yang cuba disampaikan.

Selepas beberapa ketika, Mahaguru Ubatan menjawab. "Saudaraku Sungai Utara, serahkan kepada aku untuk ajarkan semua teknik ini kepada Shuhang."

Kemudian, selepas beberapa ketika...

Mahaguru Ubatan, "Rakan mudaku Shuhang, saya telah menggunakan kuasa ajaib untuk menunjukkan proses penapisan Cecair Penguat Badan dan kemudian saya terfikirkan beberapa kemungkinan yang aneh semasa proses itu. Semua itu bermanfaat buat saya untuk membaiki resipi Cecair Penguat Badan Mudah itu. Terdapat beberapa perkara yang saya tidak dapat jelaskan dengan lebih baik di internet, jadi saya ingin melihat anda menghasilkan cecair itu sendiri dan berharap anda dapat membantu saya menyempurnakan Cecair Penguat Badan Mudah ini. Ya. Saya akan memberikan ganjaran kepada anda tidak kira sama ada percubaan saya akan berjaya atau tidak sebagai tanda terima kasih atas bantuan anda. Saya mempunyai satu set teknik pedang penyucian badan dan teknik meditasi."

Dia berhenti sejenak dan kemudian menaip sekali lagi. "Teknik pedang dan teknik meditasi saya lebih baik daripada teknik Sungai Utara."

Ini satu pujuk rayu.

"Sekiranya Mahaguru Ubatan berniat untuk mengajar Shuhang, ini cara yang terbaik!" Pertapa Bebas Sungai Utara tersenyum. "Rakanku Shuhang, bolehkah anda membalas pertanyaan Mahaguru Ubatan dengan cepat? Ada seorang guru yang akan membimbing anda dengan percuma untuk mempelajari peringkat asas dan peluang ini tidak boleh dilepaskan!"

Pertapa Bebas Sungai Utara betul-betul merasakan Song Shuhang memang sangat bernasib baik.

Bagi seorang pertapa bebas yang ingin menjadi pertapa sejati, langkah-langkah yang paling sukar untuk dilepasi ialah melalui penghasilan 'Cecair Penguat Badan' dan 'Pertubuhan Asas'.

Pertubuhan Asas sukar kerana apabila pertapa bebas memasuki dunia pertapaan, biasanya mereka akan mewarisi satu atau dua skrol teknik pertapaan yang harus mereka pelajari sendiri. Disebabkan kurangnya bimbingan pertapa sejati atau kerana teknik yang tidak lengkap, lebih mudah bagi pertapa bebas untuk melakukan kesilapan semasa peringkat pertubuhan asas. Kegagalan ini akan membazirkan masa serta usaha mereka. 

Cecair Penguat Badan juga mempunyai tahap kesukaran yang lebih kurang serupa dengan Pertubuhan Asas. Pertapa bebas perlu mencari sendiri ramuan-ramuan yang diperlukan sekiranya mereka ingin menghasilkan Cecair Penguat Badan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memperbaikinya sendiri dan Pertapa Bebas Sungai Utara yang telah kehilangan seluruh harta kekayaannya tidak mahu mengingati semula proses yang melelahkan itu.

Bagi Song Shuhang pula, pertama sekali, Bulu Lembut telah memberikan ramuan ubat-ubatan kepadanya. Kedua, terdapat seorang Mahaguru Ubatan yang ingin membimbingnya dalam peringkat pertubuhan asasnya sebagai ganjaran. Dua langkah ini merupakan langkah yang paling sukar buat seorang pertapa bebas. Shuhang telah mendapatkan kedua-dua proses itu dengan mudah.

"Terima kasih, Tuan." Song Shuhang membalas dengan nada syukur. Ahli Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan memang orang yang baik!

Dan dia menghantar simbol tanda bagus ke dalam kumpulan itu.

❄️❄️❄️

"Shuhang, alamat tempat tinggal kamu?" Mahaguru Ubatan bertanya.

Song Shuhang menjawab dengan pantas. "Pekan Kolej Jiangnan di Daerah Jiangnan. Saya kini tinggal di asrama pelajar."

Pada masa yang sama, pandangan Song Shuhang secara tidak sedar tertumpu ke arah pokok kecil di samping komputernya. Di dalamnya terdapat sebatang tangkai bagi tumbuhan melengkung yang mirip seperti naga berpintal. Satu deretan duri tumbuh di hujungnya dan ia mempunyai batang berwarna ungu kehitaman.

Ia Rumput Naga Berbisa, sejenis ramuan herba yang Mahaguru pernah tanyakan dalam kumpulan sembang grup sebelum ini.

'Adakah Mahaguru Ubatan masih memerlukan Tumbuhan Naga Berbisa ini?' Song Shuhang bertanya dalam hatinya.

"Maklumat untuk dihubungi?" Mahaguru Ubatan bertanya.

Song Shuhang segera menghantar nombor telefon bimbitnya.

Mahaguru Ubatan: "Saya akan tiba petang esok, saya akan mencari kamu!"

Tidak lama selepas itu, Mahaguru Ubatan menutup taliannya sebelum sempat Song Shuhang bercakap.

Pada mulanya, dia ingin membawa Tumbuhan Naga Berbisa itu sendiri kepada Mahaguru Ubatan. Tetapi, nampaknya Shuhang akan memberitahu kepada Mahaguru apabila dia tiba nanti.

'Petang esok?' Song Shuhang bertanya dalam hatinya. Dia ada kelas pada petang esok, betulkan?

Tak mengapa, dia masih boleh meminta kebenaran untuk bercuti pada petang esok. Lagipun, dia masih boleh mengambil cuti untuk keesokan harinya walaupun bilangan cutinya sudah banyak.

Dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Bulu Lembut, yang geram dengan kelakuan bapanya, kini muncul semula dalam talian. "Tuan Song, adakah anda pasti anda ingin menjadi pertapa bebas? Walaupun dengan bantuan ahli kumpulan ini, menjadi seorang pertapa bebas sememangnya sangat sukar."

"Pilihan itu lebih sesuai untuk saya buat masa sekarang." Song Shuhang tersenyum dan menjawab pertanyaan Bulu Lembut. "Selain itu, bila difikirkan semula, nampaknya kemalangan yang melibatkan kedua-dua pensyarah saya sehingga mereka dimasukkan ke hospital itu bukan satu kebetulan, kan?

"Wahaha, Tuan Song, apa yang Tuan katakan ini? Semua itu memang satu kebetulan! Saya tidak pernah berbohong sejak saya kecil!" Bulu Lembut menjawab dengan pantas. "Ya, saudara saya panggil. Pasti ada perkara penting yang saya perlu selesaikan. Tuan, teruskan berbual dan saya akan pergi dahulu."

Semasa Bulu Lembut mengakhiri perbualannya, dia tidak memberi Shuhang peluang untuk membalas sebelum dia menutup talian.

Shuhang mengurut dagunya dan berfikir. 'Aku yakin, itu bukan satu kebetulan. Seperti yang aku pernah cakap, tak mungkinlah ada kebetulan sebegitu di dalam dunia ini, bukan? Dua orang pensyarah yang dimasukkan ke hospital pada masa yang sama kerana kecederaan di kaki...'

Dia merasa agak bersalah terhadap Cikgu Renshui dan Profesor Smith. Patutkah dia melawat mereka dalam beberapa hari lagi sekiranya ada masa lapang?

Lagipun, disebabkan oleh kecederaan yang mereka alamilah membuatkan dia menemani Bulu Lembut untuk pergi ke kawasan Jalan Luo Xin, kemudian dia memperoleh dua kotak bahan ubat sebagai ganjaran dan akhirnya, dia mempunyai peluang untuk berhubung dengan dunia pertapaan.

Proses perbualannya bersama ahli kumpulan itu sebentar tadi membuatkan dia terasa seperti bermimpi.

Pada mulanya, dia merasakan dia perlu menjalani pelbagai jenis ujian yang diberikan oleh pertapa lama kumpulan itu untuk menjadi seorang pertapa. Proses itu hampir sama dengan pengembaraan Xuanzang ke India dalam usaha untuk mendapatkan pengalaman seperti dalam kitab suci Buddha dan melalui pelbagai keperitan sebelum dia dapat menemui kaedah untuk memanjangkan hayatnya.

Dia tidak menyangka ahli lama dalam kumpulan itu tidak memaksanya melalui pelbagai jenis ujian yang sukar, malah mereka menawarkan pelbagai jenis bantuan.

Jika ini semua hanyalah mimpi, dia benar-benar berharap mimpi ini akan berterusan.

Dalam sembang grup itu, Pertapa Bebas Sungai Utara menghantar mesej lain sebagai arahan kepada Shuhang. "Rakanku Shuhang, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan semasa pertapaan anda, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada kami dalam kumpulan ini.

Oleh kerana anda telah memilih untuk menjadi pertapa bebas, itu bermakna anda tidak akan mempunyai mentor yang akan membimbing anda dalam proses pertapaan ini. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, segeralah bertanya kepada kami terutamanya tentang ilmu pertapaan. Anda tidak perlu malu, jika tidak, sekiranya anda mengambil satu langkah yang salah, ia akan membawa kepada pelbagai kesalahan yang lain kemudian hari. Bagi kes-kes yang ringan, anda akan membuang masa yang telah digunakan untuk mempelajari pertapaan. Manakala bagi kes-kes yang lebih serius, anda mungkin akan menyebabkan berlaku bencana yang lebih besar kepada diri anda sendiri."

"Terima kasih atas peringatan Tuan." Song Shuhang mempunyai satu soalan. "Oh ya, Tuan Sungai Utara, saya ingin bertanya, bolehkah Cecair Penguat Badan dimakan oleh orang lain seperti ibu bapa dan saudara saya? Adakah terdapat pantang larang tentang hal ini dalam kumpulan kita?"

Song Shuhang bukan seorang yang pentingkan diri.

Kesan yang dia alami selepas mencuba Cecair Penguat Badan itu memang baik dan proses menguatkan badan itu akan menghilangkan banyak penyakit lain. Oleh sebab itulah dia teringatkan ayah dan ibunya kerana dia menyayangi kedua-dua ibu bapanya itu.

"Kami tidak mempunyai sebarang pantang larang dalam aspek ini. Sekiranya anda mempunyai cecair ubat yang berlebihan, sesiapa pun boleh mencubanya. Lagipun, ubat dan teknik ialah berbeza. Teknik tidak boleh didedahkan dengan mudah kepada orang luar tetapi tidak ada apa-apa sekatan untuk ubat-ubatan," jawabnya.

Pertapa Bebas Sungai Utara menyambung lagi. "Bagaimanapun, saya perlu ingatkan anda ramuan ubat di dunia ini tidaklah sebanyak seperti yang anda fikirkan. Lebih-lebih lagi, orang yang pemurah seperti Bulu Lembut itu tidak ramai dan mungkin anda tidak dapat memperoleh ramuan ubat yang lain dalam tempoh yang singkat. Dengan 32 set ramuan ubatan, walaupun anda berjaya menghasilkannya setiap kali percubaan, anda hanya boleh mendapatkan 32 set Cecair Penguat Badan. Jumlah ini tidak mencukupi untuk keperluan Pertubuhan Asas Seratus Hari anda." Pertapa Bebas menjelaskan dengan lembut.

Dia bukanlah tidak suka Shuhang terfikir untuk memberikan cecair penguat badan kepada ahli keluarganya.

Dia memang sukakan orang yang tidak pentingkan diri dan juga ingin ahli keluarganya mencuba Cecair Penguat Badan selepas mengalami kesannya sendiri. Orang yang memiliki hati yang baik, jujur serta menyayangi ibu bapanya orang yang dia anggap sebagai seorang sahabat dalam perjalanan untuk menjadi pertapa ini.

Lagipun, tidak ramai orang yang ingin bersahabat dengan manusia jahat yang sering melakukan kekejaman dalam hidupnya.


Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C34
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ