Terdapat sebanyak dua puluh calon Gred 1 dari Akademi Guru Sarjana Hongyuan dan Zhu Xi ini telah mendapat tempat ke-20 dalam kalangan mereka. Dalam erti kata lain, dialah calon yang paling lemah dari Hongyuan.
Untuk membuatnya lebih jelas lagi, jika semua calon Gred 1 dari Empat Akademi Guru Sarjana Terulung disusun dari paling kuat ke paling lemah, dia akan dapat tempat ke lapan puluh.
Calon paling kuat dari Luoqing sendiri telah dihantar terbang ke belakang, bukankah ia membunuh diri sahaja untuk seseorang selemah Zhu Xi untuk mencabar Chen Zhu?
Semua orang tidak dapat menahan diri mereka daripada menatapnya seperti sedang melihat orang bodoh. Ada juga yang telah menutup mata mereka, tidak sanggup melihat malapetaka yang bakal menimpa.
"Lupakan sahajalah, tunggu masa sahaja sebelum saya naik pun. Persoalannya adalah sama ada saya kalah sekarang ataupun nanti." Zhu Xi ketawa sedih sebelum melompat naik ke pentas perlawanan tanpa sebarang keraguan.