Hubungan antara ibu bapa dengan seorang anak pun sekitar 60 sahaja manakala antara pasangan suami isteri, ia sekitar 70. Lebih daripada itu merupakan tahap di mana kedua-dua pihak akan sanggup mati sesama sendiri, iaitu Rakan Hidup Mati!
Ini tahap di mana kepercayaan kedua-dua pihak ini tidak lagi ada sebarang keraguan. Mereka akan sanggup untuk mati demi kebaikan pihak satu lagi jika itu diperlukan.
Tahap ini biasanya hanya muncul pada para pelajar seorang guru sarjana 5 bintang!
Jiang Chen baru sahaja cakap mustahil untuknya mencapai 20 pun dan situasi ini telah berlaku pada saat seterusnya. Dia dapat merasakan perasaan sakit pada pipinya pada saat itu juga seakan-akan seseorang telah menamparnya tepat pada mukanya. DIa telah melihat nombor itu dengan muka tercengang.
Dia hanya telah mengajar pelajarnya untuk lima ke enam hari?
Kamu pernah lihat ada orang dapat mencapai tahap begitu tinggi dengan hanya mengajar beberapa hari?