Ribut taufan melanda.
Udara itu mengeluarkan pekikan bernada tinggi akibat geseran. Pekikan itu hampir memecahkan gegendang telinga semua orang. Mereka serta-merta mengerutkan kening sambil menutup telinga.
Bum!
Butir-butir di atas tanah retak dan hancur.
Lengan Bu Fang yang dibalut tali hitam mengalami lonjakan mendadak pada aras tenaganya. Gas hitam menyembur keluar tanpa henti apabila Kuali Buruj Penyu Hitam meuncur dengan kelajuan yang lebih cepat daripada sebelumnya.
Kuali itu berputar dan terbang keluar, bersinar dengan cahaya yang membutakan. Suatu kilauan emas yang malap dan samar-samar dapat dilihat pada tubuh Bu Fang dari semasa ke semasa. Jubah Merahnya berkibar di bawah pengaruh angin.
Taotie Putih membuka mulutnya dengan lebar dan menghalakan putaran bola yang dipenuhi tenaga yang kuat ke arah Bu Fang. Matanya bersinar dengan niat yang utuh untuk membunuh dan membantai; makhluk ini benar-benar mahu membunuh Bu Fang!