Musim bunga tiba di Bandar Diraja dan hujan musim bunga membasahi seluruh bandar itu. Ini membuatkan suasana di bandar itu menjadi aman dan tenteram seperti sebuah bandar kuno yang terletak di atas sebuah padang yang mengagumkan dan tidak terbatas luasnya.
Tumbuhan-tumbuhan hijau tumbuh dengan subur sekali di luar Bandar Diraja dan juga di kedua-dua belah jalan utamanya. Bunga-bunga bergoyang ditiup angin dan menyebabkan debunga dan bau wanginya melayang-layang di udara.
Terdapat pelbagai jenis orang dari seluruh pelosok Empayar Bayu di atas jalan utama bandar itu. Mereka semua bergegas ke Bandar Diraja kerana di situlah pusat ekonomi, politik dan budaya bagi empayar itu.
Di langit, terdapat satu tompok hitam yang boleh dilihat dengan mata kasar dan saiznya semakin membesar. Tompok hitam yang kelihatan seperti lubang gelap itu semakin menghampiri Bandar Diraja. Kelajuannya pantas seperti kilat.