Baixar aplicativo
1.88% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 24: Provokasi

Capítulo 24: Provokasi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak apa. Saya akan betulkan rambut kamu nanti. Datang sini dan cium saya dahulu."

Huo Mian tahu suara yang didengarinya merupakan suara He Man dan Ning Zhiyuan.

Patutlah Ning Zhiyuan berpindah keluar dengan tergesa-gesa. Rupanya, begini keadaan sekarang…

Hujung bibirnya menggerenyet sedikit. Sambil tergelak kecil, Huo Mian menurunkan tangannya yang hampir mengetuk pintu tersebut dan berpusing untuk beredar dari situ.

Tepat pada masanya, dia melihat seorang doktor daripada Jabatan Oftalmologi berjalan menuju ke arah pintu itu. "Eh, Huo Mian. Kenapa tidak masuk sahaja alang-alang kamu sudah sampai di sini?"

"Tidak apalah. Saya ada urusan lain yang perlu dibuat."

Ketika ini, pasangan yang berada di dalam pejabat tersebut sudah mendengar perbualan ini. He Man segera melonjak bangun daripada ribaan Ning Zhiyuan dan membetulkan kolar baju dan rambutnya.

Sewaktu dia sibuk membetulkan penampilannya, Doktor Zhu, seorang doktor oftalmologi berjalan masuk. Sambil memandang sekilas pada He Man, dia memberitahu Ning Zhiyuan, "Saya terserempak dengan tunang kamu di luar."

"Oh betulkah?" balasan Ning Zhiyuan agak acuh tidak acuh.

"Kamu berdua…baik-baik sahajakah? Bukankah kamu berdua akan berkahwin?"

"Tidak."

"Biar betul…" Doktor Zhu terperanjat.

"Humph. Saya tidak nampak sebarang sebab untuk menyimpan perempuan seperti itu dalam hidup saya." Selepas berkata-kata, Ning Zhiyuan berdiri, membutangkan kot putihnya dan meninggalkan bilik tersebut.

He Man mengekorinya dengan berhati-hati.

Doktor Zhu menggelengkan kepalanya dengan sedih apabila menyaksikan perkara itu. Muda-mudi hari ini terlalu mengambil mudah perihal hubungan begini. Apalah sudah jadi pada dunia ini?

"Doktor Ning, adakah kamu benar-benar sudah…berpisah dengan Huo Mian?"

"Kamu rasa?"

"Bagusnya kalau begitu! Sekarang, orang tidak akan panggil saya 'perempuan lain' lagi. Bila kamu akan beritahu semua kakitangan di hospital yang kita berdua berpasangan?" He Man mengadu manja.

Ning Zhiyuan memandangnya acuh tidak acuh. "Kenapa terburu-buru? Bukankah lagi seronok kalau buat secara sembunyi begini?"

"Oh, kamu memang nakal! Sangat…" He Man menghulurkan tangannya dan memicit perlahan tangan Ning Zhiyuan sambil berteriak manja.

Sebagai salah seorang jururawat pembantu di Jabatan Oftalmologi, dia sudah lama meminati Ning Zhiyuan atas sebab yang kukuh. Ning Zhiyuan seorang yang kacak dan juga pintar.

Tambahan lagi, prestasi pembedahannya juga bagus. Jadi, walaupun buat masa sekarang Ning Zhiyuan merupakan seorang doktor pelatih,dia akan menjadi doktor tetap nanti. Kemudian, tarafnya dalam jabatan tersebut akan meningkat.

Sebelum ini, He Man sering mencari peluang untuk merapati Ning Zhiyuan. Namun, pada ketika itu, lelaki tersebut hanya memandang Huo Mian.

He Man hampir gila kerana cemburu apabila memerhatikan Ning Zhiyuan pergi membeli jajan larut malam untuk Huo Min. Selagi jajan tersebut sesuatu yang digemari Huo Mian, Ning Zhiyuan akan pergi membelinya walaupun dia perlu mengorbankan waktu tidurnya selepas menamatkan shif malam. Dia seorang teman lelaki yang sempurna.

Sekarang, apabila dia sendiri sudah mendapat peluang itu, He Man tidak akan sekali-kali melepaskannya.

Di dalam bilik persalinan jururawat –

Huo Mian duduk berehat, separa berbaring dengan secawan air di tangannya. Mindanya menerawang ke tempat lain.

Apabila He Man berjalan masuk dan melihat Huo Mian duduk berseorangan, dia merasakan hatinya dipenuhi kepuasan.

"Misi Huo Mian."

"Apa dia?" Huo Mian memalingkan kepalanya ke arah He Man, tanpa sebarang riak.

"Huo Mian, Doktor Ning dan saya…"

"Saya sudah tahu semuanya. Jadi, kamu mahu saya ucapkan tahniah?" Huo Main menyindir.

He Man terkaku. Dia merasakan seolah-olah Huo Mian yang dihadapannya seperti seorang yang berbeza daripada gadis lembut yang dikenalinya.

"Bukan itu maksud saya. Saya cuma mahu cakap yang saya tidak buat apa-apa kesalahan. Kalau bukan kerana saya pun, Doktor Ning tetap tidak akan teruskan hubungan bersama kamu. Dia sendiri beritahu saya dia memang terganggu apabila mengetahui bakal isterinya bukan dara."

"Oh betulkah? Daripada cara kamu bercakap, nampaknya kamu sudah tidur bersamanya, bukan? Kalau tidak, kamu tidak akan datang berceramah pada saya." Huo Mian berpusing daripada He Man, mengangkat cawan ke bibirnya dan meneguk minuman itu.

He Man yang tidak mahu mengalah, mengapi-apikannya. "Sudah tentulah saya bersih. Doktor Ning beritahu saya yang dia akan mengahwini saya."

"Jadi?" Huo Mian berdiri dan bertanya dengan nada suara dingin.

"Jadi tiada apa-apa. Saya cuma mahu katakan yang saya menang perlawanan ini, bukan? Berhentilah ganggu Doktor Ning. Kamu berdua sudah tidak bersama. Perempuan yang rasional tidak akan merayu pada lelaki tanpa rasa malu." Kata-kata He Man merupakan satu amaran.

Selepas mendengar kata-kata He Man, Huo Mian mengukir senyumannya yang paling manis pada gadis itu.

Bulu roma He Man berdiri melihatkan senyuman itu.

"Kenapa kamu tersenyum?"

"Emak saya pernah beritahu saya yang saya perlu beri mainan yang saya tidak suka kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana mereka begitu kasihan."

"Kamu…" He Man tidak mampu menuturkan sepotong ayat. Dia tidak pernah menyangka jururawat yang kelihatan lembut ini mempunyai sisi gelap begini.

"Maafkan saya, beri laluan ya. Saya ada kerja untuk dibuat." Sambil menunjukkan isyarat tangan, Huo Mian meninggalkan bilik persalinan dengan tenang.

Sebenarnya, dia tidaklah begitu sedih mengenai perpisahannya dengan Ning Zhiyuan. Namun, memandangkan Ning Zhiyuan melayannya dengan sangat baik selama beberapa tahun, Huo Mian mahu mencuba untuk membetulkan keadaan. Tetapi, melihatkan pada keadaan sekarang, dia tidak akan mencuba lagi. Merayu tanpa rasa malu? Itu langsung bukan gayanya.

Di luar bilik bersalin Jabatan Obstetrik dan Ginekologi –

"Huo Mian." Sebaik sahaja Huo Mian mahu masuk ke bilik itu untuk membantu kelahiran, dia diberhentikan oleh ketua jururawat.

"Ketua jururawat, puan memanggil saya?" Huo Mian berpusing.

"Pengarah mahu jumpa kamu di pejabatnya." Ketua jururawat itu berkata dengan nada yang jelas dan terang.

"Pengarah mahu jumpa saya?" Huo Mian terperanjat. Selebihnya, dia berasa keliru. Pengarah hospital itu dikatakan sebagai seorang lelaki yang sangat sibuk sehinggakan dia hanya muncul di hospital untuk beberapa kali sahaja dalam setahun. Tahun ini sendiri ketua jururawat itu belum berpeluang berjumpa dengannya. Mengapakah pengarah tiba-tiba meminta untuk berjumpa dengan dia? Apa yang berlaku?


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C24
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login