"Kak, jangan cakap macam itu. Saya tak salahkan Kakak dan tak ada siapa yang kata ini salah Kakak. Berhenti salahkan diri sendiri. Kita tunggu Mak sedar, okey?"
Huo Mian menutup mukanya dan mengangguk…
- Dua jam kemudian -
"Siapa keluarga terdekat pesakit?" Pintu Bilik Pembedahan terbuka.
"Saya." Huo Mian menghampiri.
"Lumbar vetebra pesakit dah rosak dan perlu guna empat paku besi. Kamu nak guna yang dalam negeri atau yang diimport?"
"Ada apa-apa perbezaan?" tanya Jing Zhixin.
"Guna yang import. Guna yang import untuk semuanya, ubat-ubatan pun."
"Baiklah. Kamu boleh bayar kos pembedahan dahulu. Bayar seratus ribu yuan dahulu dan mungkin akan ada caj tambahan lagi selepas ini." Doktor tersebut berpaling dan masuk semula ke bilik pembedahan sebaik sahaja selesai memberi penerangan.