Baixar aplicativo
25% Stesen Terakhir / Chapter 2: Bab 2

Capítulo 2: Bab 2

Muaz, Kamal, Nadia, Sarah dan Fahmi menuju ke stesen kereta kabel setelah mereka pergi ke taman tema tak jauh dari tempat mereka menginap. Banyak tunggangan yang telah mereka naiki seperti roller coaster dan roda ferris. Berbalik di stesen kereta kabel. Muaz membeli tiket untuk lima orang di kaunter tiket.

"Alright, aku dah beli tiket. Jom" kata Muaz kepada yang lain.

"Yey, jom naik kereta kabel" kata Nadia dengan bersemangat.

"Um, memang kita kena naik ke?" kata Fahmi dengan tidak bersemangat.

"Kau ni dah kenapa? Lain macam je muka kau" tanya Muaz.

"Um, takde pape.. aku senanye.. gayat" kata Fahmi dengan nada yang perlahan.

"Eh, besar-besar macam ni pun gayat?!" kata Sarah.

"Kau tak payahlah nak mengata dia. Biasalah tu, ada orang takut pada sesuatu. Kau pun ada kan?" kata Kamal.

"Eh, dah! Jom kita tunggu kereta kabel" kata Nadia.

"Ok, jom" kata Muaz sambil dia menuju ke kereta kabel.

Yang lain mengikut langkah Muaz ke kereta kabel.

Sambil mereka menunggu kereta kabel, Sarah keluarkan kameranya dan memulakan siaran langsung di Instagramnya.

Sarah: Hi korang, hari ni I dengan kawan-kawan I nak naik kereta kabel. *sambil merakam kawasan sekelilingnya* This is my first time riding a cable car, I'm so excited!!

Nadia sekadar tersenyum melihat gelagat Sarah.

Sarah: *menghalakan kameranya ke arah Kamal* Kamal, look at the camera and say something~~

Kamal menjadi sedikit gelabah apabila diminta untuk berbuat sedemikian.

Kamal: um, hi korang. *sambil melambai ke kamera*

Muaz: Kereta kabel kita dah sampai, jom masuk!

Mereka semua masuk ke dalam kereta kabel itu dan duduk di tempat yang disediakan. Kereta kabel mereka perlahan-lahan bergerak ke bawah.

"Wah! Kita dah gerak!" kata Nadia dengan amat teruja.

Muka Fahmi kelihatan pucat. Dia terkaku di tempat duduknya, berharap semuanya berakhir dengan segera.

Sarah kelihatan masih sibuk dengan kameranya sambil menikmati pemandangan indah di luar.

"Memang kena kita ambil waktu petang ni, tak terlalu cerah dan tak terlalu berkabus" kata Muaz dengan senyuman.

"Ya lah kan" kata Nadia, mengiakan kata-kata Muaz.

Fahmi kelihatan menggigil di tempat duduknya.

"Aik, takde aircond pun sini, asal kau menggigil?" kata Kamal, sambil mengusik Fahmi.

"Janganlah kacau dia tu, dia tu lagi ok dari kau, masih tetap nak naik kereta kabel ni, walaupun dia gayat. Lainlah dengan kau, bila dengar cerita hantu je, auto susah tidur kat asrama, tu baru dengar, belum lagi tengok cerita hantu" kata Muaz.

"Alah, tu pun tak boleh" kata Kamal.

"Korang, asal phone aku takde line?" tanya Sarah, sambil membelek telefonnya.

"Alah, benda biasalah tu, nama pun kawasan hutan, line dia memanglah main-main sedikit" kata Kamal.

"Korang, tadi rasanya takde kabus lagi kan? Asal sekarang ada kabus? Lain macam je tebal dia" kata Nadia, dengan rasa risau.

" Biasalah, tanah tinggi, kadang-kadang tetiba je kabus muncul" kata Muaz.

Secara tiba-tiba, kereta kabel mereka bergoyang dengan amat kuat sehingga menyebabkan mereka semua jatuh ke lantai.

"Apa jadi ni?!" kata Fahmi dengan panik.

Mereka semua berpaut pada mana-mana tempat yang boleh dicapai. Akhirnya, kereta kabel mereka mula bergoyang dengan lebih perlahan.

"Apa yang berlaku?" tanya Sarah.

"Tak pastilah" balas Kamal.

Kemudian, muncul satu mata besar memerhatikan mereka berlima dari luar. Jarak antara mata dengan kereta kabel mereka hanya 2 meter sahaja. Mereka terkaku seketika, melihat kembali ke mata tersebut. Kemudian mata itu menghilang di sebalik kabus.

"Mata apa tadi tu?!!" tanya Kamal.

"Kau ingat aku tahu ke!!" kata Fahmi.

"Sudah! Bertenang dulu. Mari kita fahamkan apa yang terjadi." kata Nadia.

Sarah dan Muaz mengangguk bersetuju dengan kata-kata Nadia.

Kereta kabel mereka perlahan-lahan bergerak keluar daripada kabus tebal tersebut, saat itu mereka sedar, persekitaran mereka menjadi 2 dimensi dan mereka juga turut menjadi 2 dimensi.

"Ok, now, it's quite confusing. Are this just a delusions or reality?" kata Sarah dengan rasa keliru.

Mereka semua kembali ke tempat duduk mereka. Dan mula menilai situasi mereka.

"Tadi ada mata besar, kabus tebal dan kereta kabel kita bergoyang dengan kuat. Pastu kita menjadi 2 dimensi dan persekitaran kita juga menjadi 2 dimensi" kata Nadia.

"Hanya kereta kabel kita sahaja di sini. Tiada kereta kabel di bawah atau atas kita. Hanya kereta kabel kita sahaja " kata Muaz.

"Aku tak pahamlah, apa jadi sebenarnya!" kata Fahmi.

"Sebab tu kita tengah bincang ni" kata Muaz.

"Korang, aku langsung tak nampak temple kita pergi, atau apa-apa tanda kewujudan manusia pun, yang ada pun tiang yang menyokong wayar kereta kabel kita ni." kata Kamal.

Muaz melihat ke luar untuk sementara waktu, kemudian berkata kepada mereka.

"Aku rasa hanya kita je benda hidup yang ada kat sini" kata Muaz.

"Asal pula?" tanya Nadia. Yang lain hanya menunggu penjelasan Muaz.

"Tiada burung pun terbang kat sekeliling, perasan tak?" kata Muaz.

"Eh, ya lah" kata Sarah.

"Jadi, aku rasa ni bukan dunia kita" kata Muaz dengan yakin.

"Aku rasa benda tu betul juga. Mustahil benda ni berlaku." kata Nadia.

"Tapi boleh jadi juga yang kepala kita terhantuk dengan kuat ketika kereta kabel kita bergoyang dan menyebabkan kita pengsan, dan ini hanya mimpi" kata Sarah.

"Mungkin ini hanya delusi" kata Fahmi.

"Jadi kemungkinannya ialah delusi, mimpi dan realiti, walaupun begitu, kita tidak pasti berapa lama kita akan berada dalam kereta kabel ni, jadi sesiapa ada bawa coklat atau apa-apa yang boleh dimakan?" kata Muaz.

"Aku ada bawa gula-gula pudina je, satu paket" kata Kamal sambil menunjukkan sepaket gula-gula pudina.

"Yang lain, takde bawa apa-apa ke?" kata Muaz.

"Aku ada energy bar je sikit, cukup untuk sekali makan, tapi kalau makan sikit-sikit, lama nak habis" kata Nadia.

"Itu je eh?" kata Muaz.

Mereka sekadar mengangguk.

"Baiklah. Jadi kita kena catu makanan kita. Makan sikit-sikit." kata Muaz.

Mereka sekadar mengangguk.


PENSAMENTOS DOS CRIADORES
Spy_030 Spy_030

Jadi kalau korang rasa bosan, ckp je apa yang kurang. •w•

next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C2
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login