Baixar aplicativo
33.33% Putarkan masa lalu~ / Chapter 3: Bicara Hati-WANITA

Capítulo 3: Bicara Hati-WANITA

Chapter 3

"Ya Allah….Cantiknya!! Cantiknya, masyaAllah!! Ughhh, geramnya!!"Aku yang sedang melilit shawl di kepala, sempat memuji pernampilan Syafikah yang muncul di dalam pantulan cermin. Aku mengalih, melihatnya. Rasa nak cubit pipi gebunya.

Ketinggian Syafikah yang tinggi lampai, sangat cantik elegan dengan baju dress labuh yang dipakainya ketika ini, Manik dan berlabuci di bahagian pinggang serta di sekeliling manik kristal pada baju tangannya, sangat mempersonakan mata yang memandang. Malah, bayangan dari mataku, dia seolah-olah model yang berada atas di pentas.

Aku asyik, melihatnya. Warna tona baju dan tudungnya, sedondon. Macam tak sia-sialah adanya malam gala malam ini. Aku pula sangka, makan-makan biasa sebab esok dah nak balik ke tempat masing-masing.

Lagut memerhati Syafikah yang sedang bersiap, hati ini terdetik rasa sayu. Mungkin, sebab selepas ini. Masing-masing akan balik dan meneruskan kehidupan sebelum ini. Di mana yang berada di alam rumah tangga, uruskan anak-anak dan keluarga. Yang mana kerja, akan hadap balik muka majikan dari pagi sampai ke petang. Alahai….singkatnya masa yang berlalu.

"Menung apa, cik termenung. Bila nak siap?" Tegur Syafikah. Bahuku, ditepuk lembut.

Aku sengih, meleret. Hei, nasiblah aku diciptakan sebagai wanita. Kalau, aku lelakilah. Memang dari awal, aku akan pikat Syafikah untuk jadi isteri. Ceh!!

Kufur nikmat, aku ini!! Haish!!' Suara nakal, berkhayal yang bukan-bukan mula berbicara sendiri. Jarum peniti yang berada ditangan, di sisip pada tudung, agar kelihatan kemas dan rapi.

"Cantik betullah kau, malam ini." Pujiku melambung tinggi. Tak sudah-sudah memuji. Syafikah hanya tersenyum, dan ada kalanya menyegetkan bibirnya ketika dipuji olehku. Dan ada juga, dia membuat muka, ala-ala huduh di hadapanku.

"Puji, ada maknalah tu." Ulahnya, mencebik. "Tak apa, malam ini aku berlanja, jangan tak makan banyak ya nanti cik termenung." Utaranya dalam jenaka. Aku mengangkat kening. Ketawa sama.

"Yaa..ya, saya akan makan sepuasnya." Aku ketawa kecil. Senyum yang tak sudah, melihat teletahnya, yang bagi pandangan aku, dia kelihatan manja dan comel dan serba serbi sempurna. Walaupun, aku dan dia dah lama tak jumpa. Perangainya tetap sama. Jika nak diceritakan perangainya, semua sukakan dia. Cikgu-cikgu masa sekolah dulupun. Asyik memilih dia.

Hasliza, yang berkongsi sebilik dengan kami sudahpun lama beredar. Katanya, ada hal yang dia nak uruskan, sebab hotel dan makan malam diurus olehnya. Aku dan Syafikah pun tidak memaksanya untuk menunggu kami.

Lagipula, kerja aku dan Syafikah dah selesai petang tadi. Kami berdua ditugaskan mengurus acara sukaneka kanak-kanak dan dewasa. Sekarang, tugasan Hasliza pula.

"Kau tak ada dress ke?" Aju Syafikah, tika melihat menampilanku yang berseluar slack dan berkemeja kosong. Air mukanya, tidak puas hati dengan gaya pernampilanku, malam ini. Terlalu ringkas, seperti lagak nak pergi meeting ke tempat kerja. Lantas, beg bajunya dibawa ke atas katil. Tangannya, menyelongkar beg pakaian miliknya.

Aku mengeleng. "Lupa,sayang oi…Tak apa. Aku pakai macam ini pun, dah cukup bersyukur ada baju. Lagipula, nasib ada warna tudung dan warna baju hampir sedondon. "tuturku. Aku tahu, dia mencari sesuatu untuk aku.

Aku menghadap ke muka cermin. Bedak foundation yang tidak rata di muka, di sapu rata. "Dah, jom pergi. Mungkin ramai yang dah sampai." Ajakku, usai sahaja merapikan pernampilan dan wajahku di cermin, buat kali akhir. Hujung mataku, mengerling mengitai ulahnya.

Usahanya Syafikah. Mencari sesuatu untuk aku, walaupun telah banyak kali, aku cuba menghalangnya. Aku tidak mahu dia memberikan aku, persalinan miliknya. "Kau cari apa?" tanyaku, yang sudah bergerak ke muka pintu. Sekadar soalan, walaupun aku sudah tahu jawapannya. Dah tak larat, nak memujuknya supaya mengabaikan pernampilanku. Bukan ada sesiapa yang nak lihat.

"Sekejap-sekejap." Syafikah memunggah pakaiannya. Barang yang dicari, tak jumpa hingga dia terpaksa memunggah kesemua pakaiannya di atas katil.

"Yang…."panggilku, yang sudah berada di bawah dan sedang menyarung kasut. Aku tidak mahu menyusahkan dia. Tambahan pula, dia tinggi dan aku rendah. Pasti, persalinan itu akan meleret ke tanah.

Suara Syafikah, terdengar riang di dalam bilik homestay yang aku dapat dengar dengan jelas dari bawah. Aku mengeleng,dengan keluhan kecil. "Yess, aku dah jumpa pun. Cepat!! Naik!" Syafikah yang muncul di muka pintu, bersegera menuruni anak tangga lalu, menarik lenganku, mengikutinya. "Pakai ini. Mesti cantik!. Aku rasa padan dengan kau." Unjuknya pada aku.

Skirt labuh,dua lapis seperti ekor ikan duyung berwarna merah jambu. Gulp! Aku menelan air liur. Mataku, bulat tatkala melihat kain labuh yang terlalu menyerlah.

"Seriusly, kau nak aku pakai skirt labuh ini?. Tak kelakar, beb." Skirt labuh, bewarna merah jampu terang membuatkan aku mengeleng tidak mahu. Terlalu menonjol. Lagipun, tudung yang aku pakai hampir serupa, malah baju kemeja yang aku pakai juga, mempunyi warna yang setona.

Syafikah memaksa. "Please…malam ini. Takkan kau nak pakai pakaian kasual. Ini, malam akhir pertemuan reunion kita."pujuknya. Lama juga dia memujukku. Hingga aku nampak, ada rajuk di air mukanya. Aku pula yang serba salah. Yalah...Bukan selalu ada peluang seperti ini. Kemudian..aku angguk, dengan keluhan kecil.

"Aku tukar." Ujarku.

Sememangnya, ini adalah malam akhir buat reunion tahun kami. Nak buat akan datang, mungkin tak tentu lagi. Reunion kali ini, sememanya hanya nasib. Itupun, Zaidah tak dapat datang. Keluhan ini, sesekali kedengaran di bibir. Rindunya zaman sekolah.

Kain skirt labuh, di layang pada cermin. Sesuai terletak elok, walaupun nampak over. Dengan sekelip mata, pernampilanku yang sesuai pergi ke tempat kerja, dah sesuai pergi ke majlis gala. "How??" soalku sebaik turun anak tangga.

Syafikah senyum lebar sambal menepuk-nepuk tangan. "Sesuai sangat. Dah, jom!" katanya, memujiku. Wajahnya yang terlebih excited, membuatkan aku sengih kecil. Kami berdua, berjalan kearah dewan hotel yang sudah ditempah khas. Signbord yang diletak luar, memudahkan kami menuju ke destinasi ke majlis reunion.

Perasaanku saat ini, hanya dapat merasakan sedih. Aku tidak tahulah, bagaimana perasaan sahabat-sahabat yang lain. Yang aku tahu, perasaan sedih dan sebak, sukar dibuangkan dari hujung hatiku. Aku tahu, masing-masing ada kehidupan sendiri.

Dari jauh, aku melihat Hasliza melambai ke arah kami. Langkah yang diambil, kian deras.

"Woah!!" Aku hampir sahaja terlanggar seseorang. Mujur sahaja, aku cepat mengimbangkan diri. Syafikah yang hampir jatuh, sempat aku tarik ke arahku. "Nasib!" luahku, lega. Kami terselamat dari terjatuh.

"Sorry." Syafikah menunduk kepala. Aku juga turut, melakukan perkara yang sama tanpa merenung siapa yang aku langar. Bajunya?? Sama warna dengan aku?? Sedondon.. Aku terus membontoti, Syafikah yang menarik lenganku ke arah Hasliza yang sedang menunggu kehadiran kami. Langkahnya laju, membuatkan aku turut mengikutinya.

Hasliza tersengih, saat kami tiba.

"Macam-macam." Tutur Hasliza. "Aku ingat, ada yang buat drama tadi." sengih Hasliza, ketawa kecil. Syafikah, menampar tangan Hasliza. Aku angguk, sengih yang sama. Tak tahulah, kalau betul-betul terjatuh tadi. Mahunya, jadi kenangan reunion pulak.

"Dah lambat sangat. Itu yang main redah datang ke sini. Macam mana, urusan kau dah setel?" tanyaku, duduk di kerusi yang sudah tersedia nama. Meja kami, kebanyakkan yang tidak membawa teman atau tak punya pasangan. Malah, meja kami berdekatan dengan meja lelaki yang juga sama seperti kami.

Hasliza mengangguk. "Amboi,kau! Dari jauh, aku nampak kau." Dari jelingan mata Hasliza, ke arah kain yang aku pakai, aku faham maksudnya. Aku muncungkan bibir ke depan, mengarah ke arah Syafikah.

"Cantik, apa!" ulah Syafikah.

"Cantik menyala-nyala" Angguk Hasliza. Tawanya kecil.

"Alah…, kau…" cebik Syafikah, seakan fesyennya diragui. Aku hanya menongkat dagu. Aku malas nak komplen apa-apa, sebab dah terpakai pun. Mataku kini, lebih ralit pada makanan buffet yang terhidang di atas meja. Sedang, pekerja-pekerja sedang menyusun makanan yang pelbagai. Perut aku pula, mula memberi isyarat.

Laparlah, pula. Tadi, makan sikit. Mana tidaknya, daging lembu sahaja yang tinggal. Aku kurang gemar, dengan daging lembu. Berbau! Erghh..bibir bawah, digigit menunjukkan perutku mula menyanyi retak lagu rock jiwang. "Weh, keronsang kau." Syafikah menghulurkan keronsang.

"Eh, mana kau dapat?" ajuku. Tudungku, sudah jatuh ke bawah bahu.

"Dia, bagi tadi." Syafikah menunjukkan lelaki yang berada di meja sebelah. Baju sedondon, dengan aku. Dia mengangkat tangan, dan mengisyarat keronsang yang terjatuh di jalan ke lobi. Aku mengangguk lekas. Membalas isyarat ringkas darinya. Merona merah wajahku. Malu. Antara banyak-banyak warna, kenapa perlu Najmi yang sedondon baju dengan aku.

"Nasiblah, Najmi yang jumpa. Berbeza betul dia sekarang. Dulu, pemalu yang amat. Sekarang, siap angkat tangan." Bicara Syafikah, separa membisik. Aku hanya mengangguk dengan senyuman kecil.

Hasliza juga mengangguk, melihat sepintas ke arah Najmi yang sesuai aku gelarkan dia lelaki yang pemalu. Tak banyak bercakap dengan kawan perempuan yang lain, kadang-kadang suka meluangkan masa dengan kawan nerd yang lain. Dia pun antara budak nerd juga.

Kali ini, dihadapan rakan-rakan kami, dia nampak matang dan berbeza. Aku seorang sahajakah yang masih sama dan tak berubah?? Tak pasti. Yang pasti, perangai aku dari dulu hingga sekarang sama sahaja. Hah….

Perlukah…aku tukar baju sekarang?!

Bersambung..


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C3
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login