Baixar aplicativo
59.38% Perceraian Ke-99 / Chapter 544: Hebat. Isteri Saya Memang Hebat

Capítulo 544: Hebat. Isteri Saya Memang Hebat

Editor: EndlessFantasy Translation

Kandungannya baru berusia lapan bulan tetapi Su Qianci sudah dibawa ke hospital. Dalam perjalanan ke sana, air ketubannya pecah. Su Qianci asyik teringat kata-kata Li Beixing. Sicheng masih hidup. Ya, dia pasti masih hidup!

Tetapi kenapa? Kenapa suaminya itu tidak pulang untuk bertemunya? Jika tidak mahu berjumpanya sekalipun, Li Sicheng patut melihat anak-anak mereka. Adakah lelaki itu tahu dia sudah hampir bersalin?

Air mata menuruni pipi Su Qianci dan kesakitan yang dirasakan pada bawah perutnya membuatkan dia berasa amat tidak selasa. Fikirannya kosong dan dia hanya mendengar bunyi bising di sekelilingnya. Dia tidak tahu bila dia dibawa masuk ke bilik bersalin dan tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Apabila cahaya lampu yang terang itu menyuluhnya, dia melihat wajah yang sentiasa berada di fikirannya siang dan malam.

Li Sicheng berada di hadapan matanya sambil tersenyum lembut. Matanya kelihatan dipenuhi perasaan sayang dan cinta. "Hebat. Isteri saya memang hebat."

Su Qianci tersenyum lalu air matanya mengalir perlahan. Apabila dia menghulurkan tangannya untuk menyentuh wajah itu, tiba-tiba ia terus hilang tanpa sebarang kesan. Senyuman Su Qianci terus pudar. Matanya menjadi kabur.

"Li Sicheng, kamu di mana? Saya rindukan kamu."

*****

Bukan mudah untuk bersalin secara normal bagi anak kembar. Su Qianci terpaksa bersalin melalui pembedahan Caesarean. Seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang keluar membuatkan seluruh ahli keluarga Li gembira. Bayi lelaki itu keluar beberapa minit awal, jadi dia dianggap sebagai abang. Walau bagaimanapun, disebabkan ia kelahiran pra-matang, kedua-dua bayi itu dimasukkan ke inkubator.

Kapten Li melihat bayi-bayi yang tersusun di dalam bilik incubator dan terus menemui nama Su Qianci. Dia berasa amat gembira hingga tidak mampu menutup mulutnya. Dia memikirkan nama yang patut diberikan kepada cucu-cucunya itu. Setelah lama berfikir, Kapten Li menulis: Li Jianqian, Li Jianyue.

Bagi nama panggilan mereka pula…

Su Qianci tersenyum dan memberitahu nama yang pernah dicadangkan oleh Li Sicheng walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada ia serius atau gurauan: Dasu, Ersu. Walaupun ramai yang mengatakan nama-nama itu agak teruk, ia diberikan oleh Li Sicheng sendiri. Selepas terbaring di hospital selama beberapa hari, Su Qianci kembali ke rumah lama untuk berpantang.

Lu Yihan telah menaiktarafkan dirinya daripada sahabat baik kepada tukang masak. Hampir setiap hari dia akan datang ke rumah lama dengan membawa pelbagai jenis makanan untuk Su Qianci.

Li Jinnan selalu mempunyai pelbagai perkara berkaitan kerja yang gagal difahaminya, lalu dia akan berlari ke bilik Su Qianci untuk bertanyakannya.

Su Qianci tersenyum dan menjawab soalannya. Kemudian dia memandang adik iparnya itu dan memanggil, "Jinnan."

Li Jinnan yang sedang menggigit pen mendongak dan kelihatan terkejut. "Kenapa?"

"Bila saya dah habis pantang, boleh kamu ajar saya cara berlawan?"

"Kamu nak belajar?"

"Ya, menembak juga."

"Kenapa nak belajar semua ni? Ia salah dari segi undang-undang," kata Li Jinnan dengan serius.

"Sebagai pertahanan diri supaya saya boleh melindungi diri sendiri. Selepas itu mungkin saya akan dapat melindungi anak-anak saya juga." Su Qianci tersenyum memandang Li Jinnan, kemudian menundukkan kepalanya dan berkata, "Mungkin bila dia kembali nanti, saya boleh beritahu dia dengan bangga: Lihat, tanpa kamu pun saya boleh hidup dengan baik."

Li Jinnan merenung Su Qianci seketika sebelum mengangguk lemah. "Okey, tunggu sehingga kamu habis pantang."

Setelah Li Jinnan keluar, Nenek Rong membawakan bayi-bayi itu kepada Su Qianci untuk dia menyusukannya.

Su Qianci terlalu kurus, jadi dia tiada banyak susu badan dan terpaksa mencampurkan susunya dengan susu tepung. Dia memegang Ersu sambil tersenyum melihat tangan kecil itu memegangnya sambil mulutnya menghisap susu. Kemudian mata Su Qianci tertancap kepada gambar perkahwinan mereka di atas meja sisi. Pandangannya menjadi lembut. "Lihat, tanpa kamu pun saya boleh hidup dengan baik."


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C544
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login