Baixar aplicativo
41.26% Perceraian Ke-99 / Chapter 378: Bankrap

Capítulo 378: Bankrap

Editor: EndlessFantasy Translation

Video yang dirakam oleh penyiasat peribadi Tang Zhenghao hanya menunjukkan wajah Li Sicheng dan dia langsung tidak menyebut nama Tang Mengying. Rancangan Tang Zhenghao untuk menghantar Li Sicheng ke penjara gagal, sebaliknya tuduhan balas Li Sicheng menunjukkan dia bersalah. Tang Zhenghao terus memutuskan untuk meletakkan 100% kesalahan ke atas isterinya.

Tang Zhenghao kembali ke pejabat untuk menguruskan perniagaannya sambil mencari jalan untuk membebaskan isterinya dari lokap. Akhirnya dia terpaksa membayar sejumlah wang yang sangat banyak kepada peguam Li Sicheng untuk menyuruhnya kalah dengan sengaja dalam kes itu. Puan Tang dibebaskan selepas lima hari berada dalam tahanan.

Kejadian itu memberi kesan yang sangat besar kepada syarikat Tang. Lembaga pengarah membuat mesyuarat dan meminta penjelasan daripada Tang Zhenghao. Selepas berurusan dengan lembaga pengarah, dia berhadapan dengan satu lagi masalah: walaupun pihak kastam telah bersetuju untuk menyerahkan bahan mentah yang diimport dari Jerman itu kepadanya, sebahagian daripada bahan mentah itu tidak akan diserahkan. Tang Zhenghao segera menunjukkan keikhlasannya dengan berterima kasih kepada pihak kastam dengan sopan dan mengambil bahan-bahan mentah itu.

Walau bagaimanapun, ketika itu juga, Shengfeng menghubunginya dan menyuruhnya menghantar kelompok pertama produk yang dipesan oleh mereka. Kepala Tang Zhenghao berasa sakit dan dia meminta lebih masa. Nada suara wakil Shengfeng terus berubah. "Dah lama saya buat pesanan untuk produk ini. Kamu kata kamu ada stok, sebab itulah saya buat pesanan yang sangat banyak. Sekarang kamu cakap tiada apa yang siap? Beritahu saya, apa saya nak beritahu kepada orang atasan saya?"

"Kamu tak boleh kata begitu. Ini bukan kali pertama kita bekerjasama."

"Sebab itulah saya percayakan kamu. Asalnya orang atasan saya mahu membuat pesanan ini dengan Syarikat Li. Tetapi saya serahkan ia kepada kamu kerana saya hormati kamu. Sekarang kamu beritahu saya kamu tak boleh hantar pesanan itu? Kamu masih ingat lagi apa yang tertulis dalam kontrak kita?" 

Kepala Tang Zhenghao bertambah sakit dan dia hanya mengangguk.

"Okey, saya bagi kamu dua hari lagi. Kalau kamu masih tak hantar juga, saya akan anggap ia perlanggaran kontrak."

Wajah Tang Zhenghao terus menjadi pucat. "Dua hari lagi? Mana…" Mana mungkin?

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, wakil Shengfeng itu memutuskan talian.

"Tak guna!" Kemarahan Tang Zhenghao meluap. Dia mundar-mandir sambil cuba menelefon lelaki itu kembali. Walau bagaimanapun, panggilannya tidak dijawab. Dia menghentakkkan kakinya lalu menelefon pihak kilang yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan pesanan itu. "Cepat, dapatkan lebih ramai pekerja dan suruh mereka bekerja lebih masa! Kita mesti siapkan kelompok pertama dalam masa dua hari!"

Kerugian yang mungkin berlaku akan bernilai lebih tinggi daripada seluruh syarikatnya!

Esok hari jadi Atuk dan Su Qianci berjaya menyiapkan hadiahnya pada saat-saat akhir. Li Sicheng belum pulang ke rumah, jadi dia makan seorang diri. Kemudian dia mandi sebelum duduk belajar di ruang tamu. Pada jam sembilan malam, barulah Li Sicheng tiba di rumah. Sebaik melihat suaminya, Su Qianci terus meletakkan bukunya dan bertanya, "Kamu dah makan?"

"Belum lagi."

"Okey, saya akan panaskan makanan untuk kamu."

"Okey," kata Li Sicheng sambil memandang isterinya dengan pandangan lembut. "Saya pergi mandi dulu."

"Baik."

Selesai menghidangkan makanan, Su Qianci melihat Li Sicheng menuruni tangga dengan hanya memakai tuala.

Su Qianci memegang baju tidur tebal yang dipakainya dan bertanya, "Kamu tak sejuk?"

"Tak. Marilah duduk di sini."

Su Qianci duduk berhadapan suaminya dan bertanya, "Kamu masih sibuk dengan rancangan itu?"

"Hampir siap. Sekarang saya sedang uruskan pengambilalihan Syarikat Tang."

"Pengambilalihan Syarikat Tang?" Su Qianci memandang suaminya dengan mata terbeliak. "Maksud kamu syarikat Tang Zhenghao?"

"Ya, mereka sedang bankrap."


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C378
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login