Baixar aplicativo
2.98% PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 31: Buku Neraka

Capítulo 31: Buku Neraka

Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng berjalan ke arah peralatan tersebut tanpa was-was. Dia cepat-cepat mencapai pedang yang terisi penuh dengan niat membunuh.

Bilah Merah merupakan antara ciciran yang paling jarang dijumpai dalam Mod Neraka Hutan Maut. Ia juga merupakan pedang yang terbaik buat mana-mana Pemain Pedang di bawah Tahap 6.

[BIlah Merah] (Pangkat Perak-Rahsia, Pedang Satu-Tangan)

Tahap 3

Syarat Peralatan: Kekuatan 12

Kuasa Serangan +21

Kekuatan +5, Ketangkasan +6, Ketahanan +3

Kelasakan 30/30

Kuasa Serangannya sahaja mampu menandingi sebilah Kapak Gangsa Dwi-Tangan Tahap 5. Enam mata Ketangkasan tambahan boleh mempertingkat Kepantasan Serangan seseorang Pemain Pedang dengan banyak. Bilah Merah sememangnya sebilah senjata bernilai bagi Pemain-Pemain Pedang.

Malangnya, Shi Feng belum boleh memasangnya lagi. Pengalamannya hanya 69% pada Tahap 2. Masih besar jurangnya sebelum dia boleh mencapai Tahap 3. Lebih-lebih lagi, bukannya dia boleh memasangnya pun sekiranya telah mencapai Tahap 3. Sebabnya, Pemain Pedang hanya boleh mengaktifkan Bakat Dwi-Senjata selepas mencapai Tahap 5. Setelah itu, baru Shi Feng boleh membawa dua pedang sekaligus.

Jika sudah sampai ke Tahap 5, dia boleh menggunakan Bilah Neraka pada tangan utamanya, manakala Bilah Merah boleh dipegang pada tangan keduanya. Kuasa Serangannya pasti kebal dalam khalayak pemain-pemain Tahap 5. Shi Feng berasa hebat hanya memikirkan masa depan sebegitu.

"Abang Feng, cepat-cepat ambil barang tu! Saya tengah cemas ni!" ujar Blackie.

"Betul, Ketua Kumpulan! Mana boleh bolot seorang-seorang! Sekurang-kurangnya bagilah kita tengok barang tu!"

Habuan pada lantai hampir membutakan mata mereka. Perasaan cemas dalam hati-hati mereka telah menyebabkan mereka lupa akan kegembiraan mereka apabila sampai ke Tahap 2. Mereka semua ingin melihat ciciran daripada dua Bos Mod Neraka. Tiada pula yang sanggup meragut habuan yang ada, walaupun barangan tersebut bernilai.

Jika mereka berbuat demikian, memang mereka akan merasa hebat buat seketika, tetapi mereka akan menyesal buat selama-lamanya. Sebabnya, Shi Feng yang merupakan harta karun yang sebenar di sini. Meskipun Shi Feng mahu mengambil semua peralatan yang dijumpai, tiada sesiapa yang akan menghalangnya. Mana tidaknya, mereka sampai hingga sejauh ini juga kerana Shi Feng. Itulah sebab mereka semua hanya melihat dari tepi dan bukannya bersaing untuk membolot harta dengan gelojoh.

"Baik, baik, jangan gelojoh." Shi Feng tersenyum. Dia cepat-cepat mengumpul peralatan di lantai. Shi Feng sangat berpuas hati dengan prestasi kumpulannya.

Mereka berbeza daripada pemain-pemain yang akan berkumpul dengan Shi Feng dalam hayat lampaunya. Apabila mana-mana Bos mati, pemain-pemain tersebut akan bergegas secara serentak untuk meragut peralatan yang tercicir. Mereka akan menghilangkan diri setelah berbuat demikian, dan membiarkan Shi Feng berang tak terkata.

Tujuan mengapa Shi Feng tidak meletakkan tetapan untuk kumpulannya supaya hanya pemimpinnya boleh mengambil ciciran adalah untuk menguji niat ahli-ahlinya. Lebih baik jika dapat mengenal pasti pendusta-pendusta pada peringkat awal lagi. Memandangkan tiada sesiapa yang berbuat demikian, Shi Feng merasa sangat senang hati bersama mereka.

Dalam masa yang singkat, Shi Feng telah pun mengumpul kesemua habuan pada lantai. Jumlahnya 19 buah peralatan dan 5 Syiling Perak. Hasil sebegini boleh menandingi jumlah aset-aset sebuah Persatuan yang besar.

Shi Feng tersenyum sambil mengemaskan begnya. Dia telah menjumpai Rekaan Menjalin.

[Rekaan Menjalin Perisai Garison]

Boleh membuat sebuah Perisai Dada Berpangkat Gangsa Tahap 3 setelah mempelajari rekaan tersebut.

Bahan diperlukan: 20 bijih Tembaga, 5 bijih Gangsa, 5 Intipati Ajaib

Peralatan ini berkualiti. Selagi seseorang MT kumpulan memasangnya, memasuki Mod Biasa Hutan Maut pasti menjadi lebih mudah. Bukan sahaja ia mempunyai Perlindungan dan Kekuatan yang tinggi, ia juga meningkatkan HP maksimum sebanyak 200 mata. Ia merupakan peralatan yang sangat penting buat mana-mana MT.

Dalam hayat lampau Shi Feng, apabila peralatan ini dikeluarkan, setiap Persatuan bersaing hangat demi memilikinya. Mereka juga mengabaikan segala kos untuk memasuki Hutan Maut demi mendapatkan Rekaan Menjalin ini.

Apabila Si Hitam tertangkap senyuman teruja Shi Feng, hatinya menjadi lebih cemas.

Jika rupa boleh membunuh, Shi Feng mungkin telah membunuh beratus ataupun beribu kali sehingga kini.

"Barang-barang ini boleh tahan juga. Nah, korang tengoklah." Shi Feng tidak membuang masa lagi. Dia menunjukkan segala Atribut setiap peralatan.

Jumlahnya 15 buah peralatan. Antaranya, terdapat hanya sebuah peralatan Perak-Rahsia, iaitu Bilah Merah. Terdapat juga 5 buah Peralatan Besi-Misteri dan 9 buah Peralatan Gangsa. Peralatan Gangsa yang dicicirkan oleh Bos-Bos Mod Neraka semuanya antara yang berkualiti paling tinggi. Peralatan Gangsa yang dicicirkan oleh Elit amat jauh sekali jika dibandingkan.

Antara semua peralatan tersebut, selepas Bilah Merah, alat-alat yang paling berharga merupakan Peralatan-Peralatan Besi-Misteri. Daripada tiga Mod Hutan Maut hanya Mod Neraka mencicirkan Peralatan Besi-Misteri, manakala Biasa dan Sukar hanya mencicirkan Peralatan Gangsa.

Nasib Si Hitam sememangnya baik dari dahulu. Antara lima buah Peralatan Besi-Misteri, terdapat dua buah daripada Set Warna Gelap yang khususnya untuk Dukun. Set Warna Gelap sememangnya Peralatan Set bagi Dukun-Dukun yang di bawah Tahap 5. Terdapat sebanyak lima buah dalam Set Warna Gelap: kepala, dada, kaki, kasut, perisai tangan. Pada kali ini, yang tercicir adalah dada dan kasut. Dua peralatan ini telah menyebabkan Si Hitam tersenyum lebar.

"Abang Feng, seronoknya turun ke Neraka! Kita datang sini setiap harilah. Kalau begitu, saya boleh melengkapkan Set Warna Gelap, lepas tu kalau ada lagi orang yang memandang rendah pada kita, siaplah dia!" Si Hitam menunjuk-nunjuk Set Warna Gelap dalam tangannya.

Setelah memakai Set Warna Gelap Si Hitam merasa dirinya semakin hampir ke kepakaran. Serangan Ajaibnya meningkat ke 66. Sebatang Panah Gelap Tahap 3 boleh meragut lebih setengah HP seorang Pahlawan Pelindung Tahap 1. Jika dia boleh melengkapi Set Warna Gelap, sebatang Panah Gelap boleh membunuh seorang Pahlawan Pelindung sekali tembak.

Dia menyarungkan jubah bulu yang berwarna kelabu, digandingkan bersama but-but hitam legam yang bersinar; semua orang boleh mengenal pasti alat-alat tersebut sebahagian daripada satu set dengan hanya melihatnya.

Yang lain semua meleleh air liur apabila ternampak kilauan hitam Set Warna Gelap. Hati mereka penuh dengan kebencian dan iri hati terhadap Si Hitam.

Mereka tidak pernah menyangka memasuki Neraka begitu seronok. Mereka benar-benar berharap boleh ke sana lebih kerap kelak.

Baki Peralatan Besi-Misteri merupakan alat-alat set bagi Kesatria Pelindung, Pahlawan Pelindung, dan Elementalist. Antara yang hadir, hanya Cola merupakan Kesatria Pelindung. Justeru, Shi Feng memberi peralatan tersebut kepada Cola dan menyimpan yang lain.

Bagi Peralatan Gangsa yang tertinggal, Cola menerima sebuah pelindung dan Salji Sunyi menerima sebilah pedang lebar. Kedua-dua buah peralatan Tahap 2 mempunyai atribut yang paling hebat. Sloth Mengantuk dan Tikus Tamak juga menerima sebuah Peralatan Gangsa masing-masing.

Beberapa peralatan Shi Feng juga digantikan. Antara Peralatan Gangsanya, terdapat tiga buah yang merupakan milik Pemain Pedang. Baki lagi dua peralatan telah disimpan oleh Shi Feng.

Apabila mereka semua telah menukar peralatan, ia seolah-olah seluruh kumpulan telah diubah suai dengan menyeluruh. Setiap buah peralatan mereka hebat sehingga tidak dapat ditandingi. Hanya dengan sekali pandang, sudah boleh tahu mereka tidak hanya memiliki Peralatan Biasa. Seluruh kumpulan telah naik ke Tahap 2 juga. Pengalaman Si Hitam berada pada 98% pada Tahap 2, sedikit lagi boleh sampai Tahap 3.

Empat alat yang lain merupakan Rekaan Menjalin, Resipi Ubat, kemahiran luar biasa untuk Dukun, dan sebuah buku nota.

Kemahiran luar biasa untuk Dukun menggembirakan Si Hitam. Ia merupakan kemahiran AOE yang dipanggil [Api Neraka].

[Api Neraka]

Mengeluarkan 150% Kemusnahan Api pada kawasan 8x8 ela. Bertahan selama 5 saat.

Cooldown: 36 saat

Ia merupakan kemahiran yang teramat sangat berguna untuk melawan makhluk-makhluk pada peringkat awal permainan.

"Yang ini untuk apa?" Shi Feng melihat buku nota usang dalam tangannya. Dia tidak pernah melihat peralatan sebegitu dicicirkan daripada Mod Neraka Hutan Maut.

Dalamnya, Shi Feng menjumpai perkataan-perkataan yang tidak difahami. Namun, Shi Feng menyedari perkataan-perkataan tersebut merupakan Bahasa Kuno Bunian.

Dalam Kawasan Tuhan, mana-mana alat yang berhubung dengan bahasa Bunian tentunya bukan alat biasa. Sama seperti Cincin Graviti terdapat sebaris perkataan Bunian yang diukir padanya. Perkataan-perkataan tersebut telah membolehkan cincin tersebut memiliki kuasa-kuasa yang luar biasa.

"Nampaknya aku kena pergi ke perpustakaan."

Shi Feng merasa buku nota ini bukanlah sederhana seperti yang dapat dilihat daripada luarannya. Dalam hayat lampaunya, dia telah memasuki Mod Neraka Hutan Maut berpuluh-puluh kali. Akan tetapi, dia belum pernah menjumpai peralatan sebegini. Tiada berita mengenainya daripada Persatuan-Persatuan yang lain juga. Kebarangkalian penciciran buku nota ini hanya pada Pembunuhan Pertama amat tinggi. Jika Shi Feng hendak memahami situasinya, dia harus menterjemahkan isinya di perpustakaan.

"Abang Feng, kita nak buat apa nanti? Berlatih lagi?" Si Hitam amat bersemangat untuk mencuba kemahiran barunya.

"Boleh juga. Kita berlatih dan menjalankan Misi di Lembah Bulan Gelap. Makhluk-makhluk di sana mencicirkan bijih yang banyak juga." kata Shi Feng setelah berfikir sejenak.

Dengan Rekaan Menjalin dalam tangan, yang tinggal hanyalah bahan-bahannya. Namun, Shi Feng memerlukan banyak bahan. Kini Si Hitam memiliki Api Neraka, jadi pasti boleh membunuh Kobold dan Gnome dengan lebih cepat. Lebih-lebih lagi, Shi Feng tahu di mana lokasi yang sesuai untuk menggunakan Api Neraka.

Shi Feng memandang yang lain dan berkata, "Kalian nak ikut kami atau nak buat misi berseorangan?"

"Abang Feng, mana boleh tinggalkan kami dari berlatih? Saya telah pun membuat keputusan untuk mengikuti Abang Feng kelak." Cola tersenyum seperti dungu sambil membelai pelindung barunya.

"Abang Feng, boleh kami ikut serta juga?"

Kedua-dua Sloth Mengantuk dan Tikus Tamak merupakan pelajar sekolah menengah. Kini, mereka menundukkan kepala mereka dengan malu. Namun, mereka tidak ingin melepaskan peluang sebegini. Shi Feng merupakan pakar yang hebat. Pasti mereka sangat beruntung jika dapat mempelajari serba sedikit ilmu daripadanya.

Shi Feng berkata sambil senyum, "Sudah tentu awak semua boleh ikut serta."

Tiba-tiba, mereka berdua menunjukkan air muka teruja, kedua-dua tangan mereka menggenggam dengan keseronokan.

"Kalau tiada bantahan, kita akan ke Lembah Bulan Gelap."

Setelah mengakhiri ucapannya, Shi Feng memanggil Panel Sistem. Dia memilih Teleportasi Dungeon Kumpulan, dan beredar dari Hutan Maut.


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C31
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login