Dalam dewan utama, semua orang menahan nafas mereka dan memandang ke arah Ji Chengxue yang bersemayam di atas takhta. Mereka semua mahu tahu bagaimana dia akan memberi respon terhadap cadangan Lian Fu. Kalau dia membenarkan Lian Fu pergi menangkap Ji Chengyu, perbuatan ini boleh dikira sebagai pembunuhan saudara.
Ji Chengxue berfikir secara mendalam. Dia bingung dan tidak mampu mengambil kata putus. Lagipun, mereka bersaudara. Sememangnya menyeksakan untuk dia membuat pilihan sebegitu.
Namun, kalau mereka biarkan Ji Chengyu di luar sana, lambat laun dia tetap akan menjadi musuh ketat. Bila dia sudah mengumpulkan kekuatan dan kuasa yang secukupnya, dia pasti akan muncul kembali. Dia tidak akan membiarkan Ji Chengxue duduk selesa di atas takhta itu dan meneruskan pemerintahannya.
"Beta perkenankan."