Baixar aplicativo
12.76% Love Between Choices / Chapter 6: Bah. 6 : Hilang akal

Capítulo 6: Bah. 6 : Hilang akal

***

"Hakim, kau tak siap lagi, ke?" soal Aisyah sambil membuka pintu bilik Hakim dan menerjah masuk.

Hakim yang masih belum sempat mengancing baju kemeja terkejut lalu segera berpaling. Aisyah sempat melihat sekilas daripada susuk tubuh lelaki itu namun akibat kemaluan, dia segera menolehkan pandangannya ke arah pintu.

"Not bad," comel Aisyah dalam fikirannya.

"Sorry. Aku ingat kau dah siap," ujar Aisyah sebaik menyedari kesilapannya itu.

"It's okay," balas Hakim yang sedang mengancing bajunya. Sebaik selesai, dia menoleh ke arah Aisyah kembali sambil berkata, "Aisyah, kita breakfast dulu. Lepas tu,..." ujarnya terhenti saat melihat Aisyah ketika itu.

Hakim terpaku melihat keayuan Aisyah yang mengenakan gaun putih itu kemudian menyambung kata-katanya, "...baru kita bertolak ke Pantai Melasti tu."

Aisyah mengenakan gaun midi putih direka dengan lapisan dengan kain sulam kerawang berbunga yang labuh sehingga pergelangan kaki di lapisan atas membentuk suatu gaun maksi putih yang indah.

"Okey," balas Aisyah namun tiada reaksi dari Hakim.

Hakim melihat Aisyah dari hujung kaki hingga hujung rambut tanpa sedar Aisyah sedang bercakap dengannya. Aisyah mendekati Hakim yang hanya kaku di situ tanpa berkelip mata mahupun memberikan reaksi kepada perkara yang diperkatakannya.

"Ada yang tak kena, ke? Baju ni nampak pelik, ke, pada saya?" soal Aisyah yang merasa janggal dengan reaksi Hakim itu saat berdiri dekat wajah Hakim untuk mendapatkan respons dari gerangan Hakim itu.

Hakim tersedar dari renungan dan segera berpura-pura mengemaskan peralatan dan kameranya lalu keluar dari biliknya.

"Kau okey, ke, Hakim?" soal Aisyah sambil mengekor Hakim keluar dari bilik itu.

"Okey je. Tak ada apapun," dalih Hakim sambil mengalih pandangan dan berpura-pura memeriksa peralatan dan kameranya.

Aisyah berasa aneh dengan kelakuan Hakim itu namun tidak mengendahkannya sambil berkata, "Sebab awak kat tempat yang kita akan pergi tu selalu jadi tumpuan para pengantin. So, saya decide untuk berpakaian seperti bride."

"Cantik, tak?" soal Aisyah dengan ceria sambil berpusing-pusing seperti seolah-olah dia adalah seorang puteri.

"Cantik. Sebab tu aku naik gila kat sini," comel Hakim dalam fikirannya.

"Nasib saya pack baju ni sekali hari tu," omel Aisyah sambil berjalan keluar ke beranda untuk mendapatkan udara segar pagi itu.

Mereka berangkat untuk mendapatkan sarapan mereka dan kelak bertolak ke destinasi yang ingin dilawati mereka hari itu. Mereka tiba di pintu masuk Pantai Melasti. Mereka mula bersiar-siar di sekitar kawasan itu dan mula mendaki jalan bertingkat yang menuju ke puncak tebing itu.

Ramai pelancong yang berada itu ketika itu membuatkan Hakim hilang daripada pandangan Aisyah. Aisyah tercari-cari akan kelibat Hakim. Aisyah berjalan sendirian sambil melilau-lilau mencari Hakim namun dia mendapati dirinya semakin jauh dari keramaian pelancong dan kini berdiri sendirian di suatu pinggir tebing.

Dia melihat Pantai Melasti yang indah jauh di bawah sana serta lautan dan langit yang terbentang luas di hadapannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari sling handbagnya. Dia membuka kotak barang kemas di tangan itu. Dia dapat melihat sepasang cincin yang dibeli oleh Luqman untuk majlis akad nikah mereka seharusnya berlangsung beberapa hari yang lalu.

Dia menutup kotak itu dan mengenggam erat kotak itu lalu jatuh terduduk mencangkung di situ saat mengenangkan kenangannya bersama-sama Luqman semasa memilih cincin tersebut. Dia meletakkan kepala di lengan yang bersilang di atas lututnya lalu mula menangis teresak-esak.

"Luqman?!" panggil Aisyah dengan sayu.

"I miss you," omelnya lagi.

Dia terus menangis teresak-esak sambil tersedu-sedu memanggil nama Luqman.

"Aisyah?!" panggil suatu suara dari kejauhan.

"Luqman?" respons sebaik mendengar panggilan itu dan bangkit dari cangkungnya lalu menoleh ke gerangan yang memanggilnya.

"Hakim?" respons Aisyah sebaik melihat Hakim yang berlari sambil memanggil-manggil namanya dari kejauhan. Dia segera memasukkan kembali kotak barang kemasnya dipegang ke dalam beg tangannya.

Dia hanya merenung ke arah Hakim yang sedang berlari ke arahnya sambil mengusap wajahnya yang dibasahi air mata. Hakim kini berdiri di hadapan sambil bernafas tercunggap-cunggap lalu berkata, "Ke mana awak menghilang? Risau saya dibuatnya."

"Saya hilang jejak awak. Saya tak tahu nak cari awak kat mana. Saya berjalan seorang diri akhirnya sesat kat sini," jelas Aisyah sambil tersenyum.

"Awak tahu, tak? Berapa terkejutnya saya bila lihat awak tiba-tiba tak ada kat belakang saya?" ujar Hakim yang penuh kebimbangan di raut wajahnya.

"Sorry," ujar Aisyah lembut.

"Okeylah. Yang penting awak tak apa-apa," ujar Hakim yang lega.

"Jom kita mula tangkap gambar," ajak Hakim.

"Tempat ni pun cantik. Awak berdiri je menghadap laut tu," arah Hakim sambil mengambil beberapa langkah menjauhi Aisyah sehingga ke suatu jarak.

Aisyah berdiri di pinggir tebing itu seperti yang diarahkan oleh Hakim. Dia berdiri menghadap laut dengan lengan saling bersilang di dada. Kemudian, Hakim mengarah bercanggung bertentangan dengan laut dan menghadap cahaya matahari pagi mulai hangat.

Mereka meneruskan perjalanan mereka menuju ke puncak dan beberapa kali berhenti di tempat-tempat tumpuan fotografi. Aisyah sangat senang hati sebagai model untuk Hakim berkarya sebagai jurukamera.

Akhirnya, mereka sampai jua di puncak tebing itu. Mereka meneruskan fotografi dengan ceria dan gembira. Aisyah terlupa akan kepiluannya dan kembali kepada dirinya yang sentiasa ceria dan ramah.

Ketika Aisyah mengambil beberapa langkah semasa menggayakan suatu lagak, tiba-tiba dia tersilap langkah dan kakinya tergelincir dari batu-batu kelikir dan membuatkan hampir terjatuh namun Hakim sempat merangkum dalam dakapannya. Mata mereka saling bertentangan antara satu sama lain.

"Oh, sorry! And thanks!" ucap Aisyah sambil kembali berdiri tegak dan merapikan dirinya.

"It's okay. Okeylah, kita dah settle untuk hari ni." Hakim berkata sambil melilau-lilau melihat sekeliling. Dia merasakan suatu sensasi merasuki tubuhnya.

"Okey," balas Aisyah sambil merenung ke suatu pandangan ke lautan yang terbentang luas di hadapannya.

Hakim memberikan kamera kepada Aisyah untuk dia melihat gambar-gambar yang telah direkodkan olehnya. Mereka beransur-ansur berjalan menuruni tebing itu. Hakim hanyut dalam fikirannya saat mengenang debaran yang dirasainya sebentar tadi. Dia terus berjalan tanpa menyedari dia berjalan agak perlahan dan meninggalkannya sendirian di belakang.

Aisyah berjalan di hadapan Hakim beberapa kali menangkap gambar Hakim tanpa disedari oleh Hakim. Dia tersenyum melihat Hakim yang seperti tidak menyedari perbuatannya itu.

Mereka akhirnya tiba di tempat parkir. Mereka memulakan perjalanan pulang ke resort mereka. Hanya suara lagu-lagu di radio yang memenuhi ruang kereta mereka. Suasana kekok kembali antara mereka.

Tiba-tiba, perut Aisyah berkeroncong akibat kelaparan. Hakim menyedarinya lalu berkata sambil tersengih sinis, "Lapar?"

"Haah," balas Aisyah sambil tersenyum malu.

"Okey, kita berhenti makan dulu." Hakim berkata sambil mencuri menoleh ke arah Aisyah yang kemudiannya kembali fokus kepada pemanduannya.

"Alright. Food hunting mood." Aisyah berseloroh.

Hakim tergelak mendengarnya.

"Target, warung tepi jalan!" ujar Aisyah dengan teruja.

"Okey," balas Hakim sambil mencari kawasan sesuai untuk memberhentikan kereta sebaik kereta mereka melalui sederetan panjang warung tepi jalan.

Selepas memarkir kereta di suatu kawasan lapang tidak jauh dari deretan warung itu, mereka mulai memilih warung untuk menikmati makanan tengah hari. Mereka memilih untuk menikmati mi bakso.

"By the way, aku curious lah. Kau kerja apa? Ada kaitan dengan photography, ke?"

"Actually, aku photographer untuk event planning agency. Most of the time, wedding photoshoot." Hakim menjelaskan tentang pekerjaannya.

"O~. Patutlah kita melawat hotspot untuk wedding photoshoot," ujar Aisyah.

"A~. Kami terima banyak permintaan untuk overboard photoshoot. So, aku ditugaskan untuk melawati kawasan-kawasan sesuai." Hakim menyambung penjelasannya.

"And Indon negara ketiga bulan ni," sambungnya lagi.

"Actually, akupun baru je dengan kerja ni. Sebelum ni, aku traveling freelancer. Always stuck kat mana-mana country berbulan-bulan melawat tempat-tempat menarik." Hakim berkata lagi saat mengenangkan kehidupannya sebelum ini banyak berjelajah.

"Wow! Great," puji Aisyah.

"What about you?" soal Hakim pula.

"Biasa-biasa je. Aku receptionist kat sebuah syarikat kat KL," balas Aisyah. Tiba-tiba, dia terkenang akan pekerjaannya itulah yang telah mempertemukannya dengan Luqman buat kali pertamanya.

"O~," balas Hakim sambil menyuap lagi mi dan bebola daging ke dalam mulutnya.

Sedang enak mereka berbual tanpa sedar mereka telah menyudahkan semangkuk mi bakso. Aisyah meminta beberapa keping wang daripada Hakim lalu hilang dalam keramaian orang di kawasan itu.

"Kau pergi mana?"

"Tada," ujar Aisyah sambil menunjukkan beberapa plastik bungkusan makanan.

Terdapat sate lilit, sate udang pedas bakar dan pelbagai jenis sate bakar serta jajanan pasar (campuran kuih-muih yang beraneka jenis dari manis, masin dan savuri) seperti jaje lukis, laklak, kaliadrem, bendu dan lumpiang yang banyak di jual oleh penjaja di kota itu.

"Banyaknya," comel Hakim yang terkejut melihat jumlah makanan yang dibeli oleh Aisyah itu.

"Hihi," seloroh Aisyah yang mula mendapatkan sebatang sate lilit lalu pantas mencecap makanan itu.

Hakim hanya akur dan turut menikmati makanan-makanan itu. Hakim hanya memerhatikan Aisyah dalam diam yang sedang berselera menikmati makanan itu sambil mengamati kesibukan kawasan pinggir jalan itu. Dia tersenyum saat melihat melihat mulut Aisyah terpalit kuah dari lumpiang (sejenis kuih savuri yang mirip rojak di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada cucur sayur dan kuah kacang).

Dia mendekati Aisyah lalu memanggilnya, "Aisyah."

"Huh?" balas Aisyah sambil menoleh kepada Hakim.

Wajah mereka terasa agak dekat. Tangan Hakim segera mengelap comot di mulut Aisyah itu lalu mengalihkan pandangan ke suatu arah pada kesibukan lalu lintas di jalan raya itu.

Aisyah terus menikmati makanannya dan mengendahkan perkara itu. Akhirnya mereka kekenyangan dan beransur pulang ke vila mereka.

Hakim meminta diri untuk kembali ke biliknya untuk menyelesaikan kerjanya sementara Aisyah memutuskan untuk bersiar-siar di kawasan resort mereka itu untuk selepas berasa terlalu kenyang. Restoran tepi pantai resort itu sedang sibuk dengan pelancong dan Aisyah berjalan-jalan di sekitar restoran itu dan kawasan berhampirannya.

Selepas penat berjalan, Aisyah mendapatkan duduknya di sebuah kerusi pantai di bawah teduhan parasol. Dia menikmati bayu laut yang bertiup dengan nyaman ke wajahnya. Dia merenung kosong ke pantai itu serta laut yang terbentang luas di hadapan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C6
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login