Baixar aplicativo
11.11% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 1: Aiman Comel
LAVENDAR DUCASSE LAVENDAR DUCASSE original

LAVENDAR DUCASSE

Autor: Ksya

© WebNovel

Capítulo 1: Aiman Comel

Bab 1

"Sila pastikan anda sudah berada di tempat masing-masing. Pesawat akan berlepas sebentar lagi"

Kedengaran suara lelaki memberitahu semua penumpang kapal terbang itu untuk bersedia sebelum berlepas. Aku kekal di tempat duduk ku di sebelah tingkap. Memang bertuah. Aku bukan jenis yang gayat. Jadi jika duduk di sebelah tingkap, aku boleh cuci-cuci mata memandang ke luar, melihat awan dan pemandangan anugerah pencipta.

Aku mengeluarkan bahan keramat ku. Nak tahu apa? Haa, kamera lah. Kamera ni umpama sahabat baik aku. Ep! Jangan salah faham, aku bukan jenis yang suka selfie tau, aku jenis yang suka ambil gambar pemandangan mahupun benda-benda atau manusia, haa tu masuk sekali, yang menarik di mata aku. I am traveler. Dengar macam best kan, memang best pun. Tapi ada risikonya, ada kekurangannya. Penat tu tak payah cakap. Tapi dah memang benda yang aku suka, takkan aku nak berhenti. There are more place to go. Banyak lagi yang aku perlu terokai.

Selain itu, aku penulis blog dan peniaga online. Well, aku ada produk sendiri. That's how I got the money untuk pergi ke tempat orang. Ayah pernah tawarkan aku bekerja di syarikatnya. Syarikat hiburan. Tetapi aku menolak. Aku lebih suka keluar. Well, aku bukan nak menipu atau apa, tapi aku jenis yang bersyukur dan tak tolak rezeki. Jadi, aku adalah gunakan sikit hikmat ayah untuk promosi produk aku. Hehehe, sikit je.

Ketika aku set up kamera, tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki mendekati ku. Aku memandangnya dengan lembut. Wajahnya cerah dan teramat gebu. Ikutkan hati aku, nak je aku picit-picit wajah kanak-kanak tu. Eh! Aku lupa pulak. Anak orang ni. Segera kamera aku angkat dan mengambil gambarnya. Dia tertawa riang. Sangat comel.

"Adik, mama adik mana?", pesawat hampir berlepas, tetapi kanak-kanak itu masih berdiri. Kanak-kanak comel itu hanya tersenyum. Sungguh menambat hati. Tidak lama selepas itu, seorang wanita bertudung yang kelihatan seperti seusia dengan ku mendekati ku dengan pantas. Dia segera bergerak menuju ke arah kanak-kanak kecil itu.

"Maaflah kalau dia menggangu, anak saya ni suka merayau. Dia jenis tak takut orang", kata wanita itu. Aku tersenyum melihat kanak-kanak itu gembira melihat ibunya yang sudah berada di sampingnya.

Aku melihat wanita itu dan tersenyum.

"Takpe. Saya tak kisah pun", aku menjawab dengan jujur. Tak mungkin aku terganggu dengan kanak-kanak yang secomel itu. Tapi kan, semua kanak-kanak comel. Wanita itu duduk di sebelah ku, tetapi meninggalkan kerusi kosong di antara kami. Oh, rupanya memang tempat duduk mereka. Patutlah kanak-kanak itu datang ke situ. Pandai pulak dia cari tempat.

Wanita itu hanya tersenyum dan segera meletakkan kanak-kanak itu di sebelahnya. Di tengah-tengah antara aku dan dia. Dia segera memandang ku dengan senyuman manisnya.

"Awak nak pergi ke London untuk sambung belajar ke?", tanya wanita itu. Peliknya, wanita itu langsung tidak seperti kekok. Tak macam aku. Aku ni, orang yang aku tak kenal, haram aku nak tegur. Kalau ada pun, mungkin sebab hal mustahak saja.

"Eh tak lah. Saya tak sambung belajar pun. Saya pergi untuk melawat kawan. Dia tinggal dekat sana. Lagipun ini kali pertama saya ke sana", kataku dengan senyuman di bibir. Tidak mahu wanita itu menyangka ku sombong. Memang benar, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Itupun kalau sampai. InsyaAllah selamat sampai. Aku bukan setakat pergi ke sana untuk mengembara, aku pergi untuk menemui sahabat-sahabat ku yang dah lama tak jumpa.

"Oh, saya ingatkan pergi sambung belajar. Maklumlah awak nampak muda lagi",katanya. Aku pun apa lagi, senyum-senyum kucing lah.

Tapi aku rasa, umur aku lebih kurang sebaya dia. Kenapa pula kata aku muda.

"Rasanya, umur kita ni pun tak jauh beza. Jadi tak adalah muda sangat", kataku lagi. Pesawat tiba-tiba berlepas ke udara. Keadaan sunyi seketika sementara menanti kapal terbang itu dalam keadaan stabil. seketika kemudian wanita itu kembali bersuara.

"Tak mungkin kita sebaya. Awak nampak muda. Saya umur dah 30 lebih", terbeliak mata aku mendengar kata-kata wanita itu. Aku ingatkan dia sebaya dengan aku. Rupanya lagi tua dari aku. Tapi gaya dia tak ubah seperti anak dara. Dia tergelak melihat reaksi aku.

"Kenapa buat muka macam tu. Hahaha, Awak ni comel lah", katanya sambil menggelengkan kepala. Lantas aku menundukkan kepala. Nampak sangat aku ni tak pandai berfesyen sangat.

"Takdelah. Kakak nampak muda dari saya. Itulah saya ingat kakak sebaya saya", automatik caraku berbahasa dengannya berubah. Hormat weii. Dia pun satu, tak tegur.

"ermm, kakak pergi London nak pergi melancong ke?", aku cuba juga bertanya dia kesana buat apa. Jangan nanti tak manis pula.

"Taklah, akak jumpa someone", oh aku dah tahu sangat tu. Kalau dah ada anak ni, memang jumpa laki dia lah alamatnya. Aku ni pun satu. Itu pun susah nak teka. Hentuk kang!! Aku mengangguk faham. Selepas itu dia membetulkan tempat duduknya dan segera mengeluarkan telefon pintarnya dan headphone untuk mendengar lagu.

"Kalau ada paramugari datang nak tanya akak makan ke tak, tolong akak cakap akak taknak makan apa-apa. Aiman pun tak makan apa-apa. Akak nak bagi dia tidur. Takut nanti dia penat. Akak pun nak rehat", katanya sambil menunjukkan wajahnya ke arah kanak-kanak kecil yang sedang bermain permainan itu. Oh nama budak ni Aiman. Aiman comel. Hehehe. Bagus wanita itu, anaknya tidak dibesarkan dengan tablet di tangan.

Aku segera mengangguk agar dia segera berehat. Ibu-ibu ni memang kena banyak berehat. Lebih-lebih yang ada kanak-kanak kecil ni. Aku segera merehatkan badanku sambil segera melihat kamera di tangan. Aku mengeluarkan earphone ku dan segera memutarkan lagu kegemaran ku. Aku cuba melihat semula gambar-gambar yang telah ku ambil sebelum bergerak ke lapangan terbang sampailah wajah si comel Aiman. Aku ingin menjadikan gambar itu sebagai kenangan.

Selesai meneliti semua gambar, aku menyimpan semula kamera tersebut dan segera membuka buku novel. Haa, ni lagi satu hobi aku. Aku ni kan, bukan jenis yang berdrama ke apa. Tapi novel ni lah yang banyak mengisi masa lapang aku kalau aku tak pergi buru tempat-tempat menarik. Selalunya kapal terbanglah tempat novel aku selalu dikeluarkan untuk dibaca. Acap kali mama aku keluarkan bebelan DJ dia untuk hentikan tabiat membaca novel aku ni. Dia kata, baca novel boleh buat aku lupa diri. Haa, tu aku setuju. Aku kalau membaca, satu apa pun aku tak ingat nak buat. Maklumlah tengah syok. Tapi apa boleh buat. Aku suka.

Ketika pramugari datang, aku segera menunaikan amanah wanita yang berada di sebelahku. Dia rasanya dah masuk alam mimpi dah. Dan oleh sebab itulah, selepas aku memberitahu pramugari itu yang mereka tidak mahukan apa-apa, aku segera merehatkan diri dan memejamkan mata ku untuk tidur seketika. Lagu yang di mainkan ketika itu memang lagu yang selalu buatkan aku mengantuk.

~Could you found the way to let me down slowly... A little sympathy I hope you can show me...

Sepanjang perjalanan ke London, gadis bernama Lavendar Aumiel binti Hisyamudin itu terlentok tidur di buai mimpi. Buku novel yang dibukanya tadi pun tidak dibaca. Wanita di sebelah dia pun masih tidur. Rasanya bilalah mereka hendak bangun. Hanya beberapa orang di dalam kapal terbang itu yang masih dalam dunia realiti. Yang lain semuanya sudah terjunam ke dalam alam mimpi. Maklumlah perjalanan mereka agak panjang.

Seperti keindahan namanya, Lavendar Aumiel seorang yang agak cantik tetapi tidak menonjol. Saiz kecilnya membuatkan dia kelihatan lebih kepada comel berbanding cantik. Semua ahli keluarganya cukup menyayanginya kerana dia anak bongsu dalam keluarga. Abangnya sendiri akan tiba-tiba berubah seperti ahli kongsi gelap jika adiknya didekati lelaki. Tetapi dia sangat matang dalam setiap perkara. Sikapnya yang terbuka walaupun tidak seberapa peramah orangnya, membuatkan orang berasa selesa ketika duduk dengannya.

Lebih-lebih lagi dia seorang yang terpelajar tetapi suka bekerja sendiri memang memeningkan kepala otak keluarganya. Saudaranya yang lain kebanyakannya tidak sukakan dia kerana dia jarang sekali menunjukkan wajahnya ketika ada majlis keluarga. Sebab apa? Sebab dia selalunya berada di negara orang. Menimba pengalaman itu sememangnya sesuatu yang Lavendar kejar.

6:45 petang|London

Setibanya aku di airport London, aku segera mendapatkan bagasi ku. Wanita yang duduk di sebelah ku tadi pun berjalan keluar bersamaku. Setibanya di luar, dapat ku lihat wajah keseronokan di setiap inci rupa paras wanita itu. Sepertinya seorang lelaki. Tinggi. Nak kata handsome ke tak, aku pun tak tahu. Tak jelas. Samar-samar.

"Eh, akak pergi dulu. Bye, hati-hati balik", Dia segera bergerak setelah aku melambainya. Dia mendekati lelaki itu dan memeluknya. Si comel Aiman pun sukakan lelaki itu. Sah itu suami dia. Aku segera mencari pari-pari kesayangan ku pula. Mana dua ekor kawan aku ni? Tak muncul-muncul.

Ketika aku berpaling ke arah kanan kelihatan dua orang gadis datang berlari ke arah ku dengan wajah ceria mereka dan segera memeluk ku. Nasib baik tak tergolek dekat situ. Kalau tak beri malu je. Dahlah ramai orang.

"Sayang rindu kau!!!!"

"Ha'ah!! ", aku seperti anak patung di peluk sampai berpusing-pusing di situ. Mata-mata memandang kami bertiga di situ seperti kami ini kucing yang kehilangan ibu, tapi dah jumpa balik. Semuanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dah biasa dengan perkara itu. Airport kan.

"woi woi, dah dah lah tu. Sesak nafas aku, aku ni baru sampai, jangan nanti bilik tidur aku malam ni nanti dekat hospital", aku sengaja berkata begitu agar mereka melepaskan aku. Mereka memang lepaskan dan memandangku dengan senyuman. Rindu lah tu. Dah macam kembar dua orang ni aku tengok. Sedangkan kawan baik je. Hanis Zulaika dan Lia Amina. Sahabat sekolah menengah sampailah sekarang. Ni nak berjumpa buat reunion lah ni.

"Ala kau ni..spoil mood betul lah", kata Hanis sambil memuncungkan mulutnya. Aku memang dah lasak sangat dengan perangai Hanis ni. Lia pula hanya tergelak.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C1
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login