Baixar aplicativo
5.15% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 64: Menunjukkan Kasih Sayang Secara Umum, Matilah Cepat (2)

Capítulo 64: Menunjukkan Kasih Sayang Secara Umum, Matilah Cepat (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jelingan gadis muda ini sangat gelap, seperti langit malam yang tidak berpenghujung.

Jelas sekali dia sedang memandang kamu, tetapi dia membuatkan kamu berasa seolah-olah dia sedang memandang rendah terhadap kamu!

Perasaan menghina seperti itu selalunya hanya ada pada mereka yang berada dalam kelas atasan! Namun, Yun Luofeng memberikan mereka perasaan ini...

"Kamu datang?"

Hati Mu Wushuang gementar sedikit. Setelah menenangkan mindanya, tingkah-lakunya kembali anggun dan ayu. Bukan sahaja gerak-gerinya menyelindungkan perasaan cemburu dalam hatinya, tetapi juga tidak menunjukkan kemesraan terhadap Yun Luofeng. Sebaliknya, dia menggunakan nada suaranya ketika bercakap dengan Yun Luofeng sama seperti nada yang orang berkedudukan akan gunakan apabila berhadapan dengan orang biasa, "Kamu lewat."

Yun Luofeng mengangkat hujung bibirnya. Jelingannya berpindah ke arah Gao Ling, senyuman pada bibirnya sangat licik dan menggoda. "Masa yang tertulis pada jemputan yang Putera Mahkota hantarkan kepada saya ialah waktu sekarang, mungkinkah Putera Mahkota sengaja menulis masa yang salah?"

Mu Wushuang sudah tentu tidak boleh mengatakan Putera Mahkota tersalah tulis masa, jadi dia terus meletakkan kesalahan pada dirinya sendiri.

"Rasanya kami semua teringat masa yang salah, jadi kami datang awal. Saya minta maaf, saya tidak patut menegur kamu kerana datang lewat sebentar tadi."

Pernyataan ini menimbulkan konflik di antara Yun Luofeng dan orang lain.

Betulkah cuma masanya seorang yang betul dan mereka semua teringat masa yang salah?

"Yun Luofeng, jangan melampau!" Penampilan yang tampan itu tiba-tiba menjadi gelap. Gao Ling merangkul Mu Wushuang dalam dakapannya, matanya yang seperti pedang itu merenung tajam ke arah Yun Luofeng. "Masa yang Beta tulis tepat youshi satu suku1, kamu lewat tetapi kamu cuba menyalahkan Wushuang. Wushuang, kamu tidak perlu meminta maaf kepada si sampah ini!"

Dalam pelukan Gao Ling, Mu Wushuang mengambil kesempatan atas perhatian semua orang yang teralih lalu tersenyum.

Sudah tentu, Putera Mahkota menulis waktu youshi satu suku. Namun, sewaktu perhatian Putera Mahkota terganggu, dia menukar masa itu kepada youshi tiga suku...

"Putera Mahkota," Mu Wushuang bergelut cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Putera Mahkota, dan keningnya yang terukir cantik, berkerut. "Tolong lepaskan Patik, berbuat seperti ini secara umum di hadapan ramai orang sungguh tidak elok. Tambahan pula, Yun Luofeng itu bekas tunang Tuanku."

Mendengar kata-kata itu, Gao Ling memeluk tubuh Mu Wushuang dengan lebih erat dan menyatakan dengan megah, "Tidak lama lagi kamu akan menjadi isteri Beta yang sah, kenapa pula tidak boleh? Kamu, Mu Wushuang, bukan sahaja anak perempuan kebanggaan syurga1, tapi juga anak murid Jing Lin, memiliki kebolehan perubatan yang sangat tinggi pada usia muda. Bagaimana Yun Luofeng boleh dibandingkan dengan kamu?"

Wajah Mu Wushuang kemerah-merahan dan dia tidak lagi bergelut. Dia bersandar pada dada Gao Ling yang bidang, dan bibirnya terangkat dengan senyuman puas hati dan bahagia.

Di hadapan pasangan anjing itu yang sedang berpeluk intim, Yun Luofeng dengan malasnya menggeliatkan tubuhnya, mata hitamnya yang licik berkilau dengan perasaan terhibur. "Saya akan memberikan kamu cuma satu ayat; "Menunjukkan kasih sayang secara umum itu mengundang kematian yang cepat!"

Penampilannya yang tampan menjadi semakin hodoh, Gao Ling hampir membuka mulutnya untuk mengecam Yun Luofeng, namun pada ketika itu, Mu Wushuang menarik tangannya.

"Lupakanlah, Tuanku. Walau apapun, dia pernah menjadi tunang Tuanku. Wajarlah jika dia berasa tidak senang hati melihat Tuanku berbuat begini," Mu Wushuang menggelengkan kepala kepada Gao Ling. Matanya yang cantik berpaling kepada Yun Luofeng, tingkah-lakunya anggun menawan, "Yun Luofeng, saya dengar baru-baru ini kamu berminat dengan ubat? Apa kata kita mengkaji herba bersama-sama?"

"Haha!"

Belum habis Mu Wushuang berkata-kata, anak lelaki Menteri Perang itu tidak dapat menahan diri daripada ketawa mengejek. "Cik Wushuang, jika kamu ingin mencari seseorang untuk bersama-sama belajar seni perubatan, kamu mengajak orang yang salah. Bagaimana Yun Luofeng boleh dibandingkan dengan kamu? Kamu anak murid Jing Lin dan memiliki kebolehan perubatan yang hebat. Dia pula? Pemboros yang memboroskan hartanya demi membeli ubat herba untuk dibakar dan bermain-main! Saya sungguh ingin tahu, dengan bilangan ubat herba yang dia telah beli, dia belum lagi meracuni sesiapa sehingga mati?"

  1. Jangka masa 5-7 petang dalam sistem masa China. Youshi satu suku sama dengan 5:30 petang. Youshi tiga suku pula 6:30 petang.
  2. Seseorang yang sangat berbakat, dengan penampilan dan latar belakang keluarga yang elok juga.

next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C64
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login