Baixar aplicativo
4.83% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 60: Jemputan Ke Jamuan (2)

Capítulo 60: Jemputan Ke Jamuan (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah meninggalkan Dunia Kod Dewa, Yun Luofeng tersedar di dalam biliknya semula. Dia terasa ada tangan membelai pipinya, jari yang hangat itu membuat dia terus membuka matanya. Tangannya lantas menangkap tangan orang itu, dan matanya mengecil dengan kilauan bahaya.

"Yun Xiao, apa kamu sedang lakukan?"

Jika orang itu bukan Yun Xiao tetapi lelaki lain, Yun Luofeng sudah pasti menghalau lelaki itu keluar!

"Saya ingin melihat kamu."

Mata lelaki itu merenung tepat pada Yun Luofeng. Pandangan matanya yang jelas ialah seperti gelombang kejutan elektrik, berdentum keras ke dalam hati Yun Luofeng.

Lelaki ini tidak tahu apa-apa tentang hubungan lelaki dan wanita, jadi bagaimana dia boleh berfikiran penuh berahi seperti itu?

Jelas sekali, Yun Luofeng terlalu banyak berfikir.

"Yun Xiao," Riak wajah Yun Luofeng perlahan-lahan kembali normal, lalu dia tersenyum menggoda. "Kamu senyap-senyap datang ke sini, saya fikir kamu datang untuk menghangatkan katil saya."

Renungan lelaki itu terhadap Yun Luofeng kelihatan jujur dan tegas. "Jika kamu takut kesejukan, saya akan hangatkan katil untuk kamu setiap hari."

"..."

Ekspresi Yun Luofeng kaku seketika dan dia mengeluh tidak bermaya. "Yun Xiao, kamu pernah menyentuh wanita?"

Lelaki itu menggeleng dengan jujur.

"Bagaimana pula dengan hamba suruhan?"

"Tidak."

"Kamu mesti pernah membaca Chungong Tu1?"

"Chungong Tu? Apa tu?"

Lelaki itu mengerutkan dahinya, jelas sekali tidak tahu apa yang Yun Luofeng maksudkan.

Yun Luofeng menggosok dahinya. "Jadi selain dari bertapa, apa yang kamu selalu lakukan?"

"Bunuh orang."

Nada suara lelaki itu sangat bersahaja, seolah-olah membunuh orang itu semudah menjamah makanan dan seperti perbuatan itu sebahagian yang penting dalam kehidupan hariannya.

"..."

Yun Luofeng terdiam dan tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia tidak menyangka di benua ini, ada seseorang yang tidak pernah menyentuh wanita sepanjang hidupnya! Di mana dia tinggal selama ini?

Lagipun, benua Long Xiao ini bukan Huaxia1. Di Huaxia, walaupun kamu cuma duduk di rumah, kamu masih tahu dan faham tentang dunia.

"Yun Xiao," Yun Luofeng menaikkan hujung bibirnya, wajahnya yang cantik dihiasi senyuman menawan, "apabila seseorang yang tidak tahu menahu tentang hubungan di antara lelaki dan wanita seperti kamu berjalan keluar, bagaimana tubuh dan hati kamu mengelak daripada tunduk dengan godaan wanita?"

Hati Yun Luofeng penuh rasa ingin tahu tentang Yun Xiao. Yun Luofeng tidak tahu apa yang lelaki ini lalui selama ini, sehingga membuatkan dia menjadi sebegini...polos?

Lelaki itu mengerutkan keningnya. "Wanita yang cuba mendekati saya, mereka semua saya bunuh!"

Dia benci bauan tubuh wanita lain. Apabila wanita-wanita itu cuba mendekatinya, dia akan mencampakkan mereka semua untuk jadi makanan serigala. Terutamanya, emosi pada mata mereka ketika mereka melihatnya membuat dia memberontak tanpa sebab.

Cuma Yun Luofeng...

Di sisi gadis ini, bukan sahaja dia tidak merasa jijik, malah dia juga rasa ingin lebih mendekatinya!

"Cik."

Ketika ini, Qingyan bergegas masuk dari luar rumah, bercakap sambil tercungap-cungap, "Baginda Putera Mahkota telah menghantar seseorang ke sini, mengatakan Baginda ingin berjumpa dengan Cik Sulung."

Sejak Yun Luofeng tinggal di belakang gunung itu, hanya Qingyan dan Yun Xiao yang boleh datang ke situ! Namun, walaupun kepada mereka berdua, dia tetap tidak akan mendedahkan tentang Pak Cik Kedua kepada mereka...

"Putera Mahkota?" Yun Luofeng menggeliat dengan malas, melangkah turun dari katil. "Saya sebenarnya ingin tahu kenapa Putera Mahkota ini datang mencari saya."

"Baik, Cik."

Qingyan dengan gembiranya menyusul di belakang Yun Luofeng, menuju ke luar pintu.

Setelah dua susuk tubuh itu hilang dari pandangan, Yun Xiao menegerutkan keningnya dan dengan nada dingin dia memanggil, "Lin Qiong."

  1. Nama buku yang berisi gambar-gambar erotik.
  2. Nama yang lain untuk China

next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C60
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login