Baixar aplicativo
1.12% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 14: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (2)

Capítulo 14: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Betul tu." Yun Luo tersenyum sinis, "Datuk telah berbakti untuk kerajaan, tapi dulu, ketika datuk dalam bahaya, Tuanku tidak memberikan pertolongan. Semasa datuk meninggalkan Kerajaan Longyuan selama sedekad, Tuanku langsung tidak menjaga kamu dengan baik. Datuk sudah tua dan mungkin hanya dapat menjaga kamu untuk beberapa tahun saja lagi. Kalaulah pakcik kedua kamu boleh sembuh, kamu mungkin dapat hidup di bawah jagaannya."

Yun Luo tidak dapat membayangkan bagaimana gadis ini akan meneruskan hidup jika dia sudah tiada.

"Datuk cakap apa tadi?"

Yun Luofeng rasa macam dia tersalah dengar. Dia bertanya lagi, sedikit kurang percaya, "Datuk cakap Pakcik Kedua? Bukankah Pakcik Kedua telah…"

"Feng'er, kamu terlalu muda ketika itu dan ada hal yang kami tidak dapat beritahu pada kamu, jika tidak nyawa pakcik kamu akan kembali berada dalam bahaya," Yun Luo mengeluh dan menyambung, "Sebenarnya, pakcik kamu tidak mati, dia masih hidup selama ini. Tapi malangnya, selepas 'kematian' pakcik kamu, orang-orang yang cuba membunuhnya telah mengawasi keluarga Yun. Mereka hanya pergi beberapa tahun lalu. Walau demikian, datuk tidak berani membiarkan pakcik kamu muncul semula, sebab jika orang-orang itu tahu, mereka akan memburu dan cuba membunuh pakcik kamu lagi. Mereka juga tidak akan melepaskan keluarga Yun."

Hal itu bukan sahaja menyeksa hati Yun Qingya, tapi menyakitkan jasadnya juga.

Jika Yun Qingya tidak ditimpa malang dulu, keluarga Yun tidak akan berada dalam situasi sekarang!

Jangan dilihat pada kuasa yang ada di tangan Yun Luo sekarang, kerana kuasa itu di kawal sepenuhnya oleh Keluarga Diraja, jika mereka menginginkan dia keluar, dia terpaksa keluar.

"Datuk, betulkah apa yang datuk cakapkan ni? Pakcik Kedua masih hidup?" Mata Yun Luofeng bersinar sejenak.

Dia memang selalu ada rasa ingin tahu tentang pakciknya ini. Kini mengetahui pakciknya masih hidup, tentulah dia sangat teruja.

"Pakcik Kedua kamu memang masih hidup, tapi tubuhnya telah dilumpuhkan. Kalau tabib diraja sudi membantu dulu, dia tidak akan berada dalam keadaan sekarang. Sekarang, dia tidak boleh berjalan, pusat tenaganya sia-sia dan dia tidak dapat disembuhkan lagi."

"Datuk, saya ingin berjumpa dengan Pakcik Kedua!" Yun Luofeng mengangkat wajah cantiknya dan berkata dengan tegas.

Dengan Kod Dewa Perubatan di tangannya, dia yakin dia akan dapat merawat sebarang penyakit yang tidak dapat diubati.

Bagaimanapun, sebelum itu, dia harus memeriksa Yun Qingya dahulu, baru dia tahu ubat apa yang sesuai!

Ruangan yang lembap, lantai yang basah dan gelap membuat Yun Luofeng mengerutkan mukanya.

Dari tepi, Yun Luo tidak melihat wajah Yun Luofeng jadi dia meneruskan kata-katanya. "Selama ini, untuk mengelak dari mata dan telinga angkatan itu, pakcik kamu telah tinggal di sini. Datuk meminta sahabat karib datuk untuk menghantarkan makanan dan minuman setiap hari."

Suaranya semakin perlahan, dan mereka sampai ke sebuah kamar batu. Yun Luo menekan butang yang tersembunyi pada dinding dan bunyi kuat terhasil dari pintu batu yang terbuka.

Bahagian dalamnya tidak sebasah bahagian luar. Ianya bersih dan berhias serta berbau wangian cendana.

Seorang lelaki duduk di atas kerusi roda sambil memegang buku. Wajahnya muram. Dengan perlahan dia mengangkat kepalanya setelah mendengar bunyi pintu terbuka. Matanya yang dingin merenung ke arah orang tua dan orang muda yang berada di pintu sebelum pandangannya bertukar lembut.

Memang seorang lelaki yang cukup anggun, mulia, dan tiada taranya.

Setelah melihat penampilan lelaki itu yang menawan, Yun Luofeng mengeluh. "Datuk, orang kata Putera Mahkota Gao Ling adalah lelaki paling tampan dalam Kerajaan Longyuan, tapi saya rasa Pakcik Kedua lebih padan dengan gelaran itu. Gao Ling tak layak jika nak dibandingkan dengan Pakcik Kedua."


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C14
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login