Baixar aplicativo
58.33% Indah yang sementara / Chapter 7: BAB 7 : KEINDAHAN DILALUI SEKETIKA

Capítulo 7: BAB 7 : KEINDAHAN DILALUI SEKETIKA

Percintaan yang aku harap kini terjalin kembali selepas dia pernah kembali dengan ex dia.Aku tetap tolak ke tepi dan membutakan mata aku sebab aku sayang kan dia.

Pada cuti semester,aku dapat panggilan daripada dia yang menyatakan dia akan kembali ke kampung halamannya dengan menaiki bas daripada kuantan ke jerantut.Aku dapat tahu dia akan berhenti rehat di Bandar Temerloh.Aku yang tengah kerja di bandar maran aku terus bergegas sehingga ke temerloh.

Aku memecut laju motor aku daripada maran ke Temerloh demi bertemu dengan kesayangan saya itu.Ketika dalam perjalanan itu aku berhenti di perhentian genting maran.Aku memeriksa keadaan motor aku dan aku mendapati terdapat benjolan di tayar hadapan saya.

Terdetik di dalam fikiran saya sekiranya ada benjolan pada tayar hadapan secara amnya ia akan menjadi berbahaya sekiranya saya terus memecut dengan laju.Seorang pak cik yang menjual air di situ tanya kepada saya kenapa saya kelihatan resah.Saya pun berkata:

"Pakcik saya perlu ke Temerloh dengan segera untuk berjumpa seseorang yang saya sayang tapi tayar motor saya sudah berbenjol di bahagian depan"

" Dik tayar berbenjol ni,jangan bawa laju motor ni sebab berbahaya dik"

" tak apa lah pakcik asalkan saya dapat berjumpa dengan dia pakcik"

Aku pun terus memecut dengan laju motor saya sebab saya risau akan terlepas peluang berjumpa dengan si dia.Ketika aku memandu motor,aku terasa akan tayar hadapan aku sudah tidak dapat grip dan mula bergoyang.

Sepanjang perjalanan itu aku tidak memikirkan tentang tayar kendaraan aku .Aku hanya memikirkan si dia.Alhamdulillah aku tiba juga di stesen bas temerloh awal daripada ketibaan bas tersebut.Aku terus menelefonnya dan bertanya dia berada di mana.

" Assalamualaikum awak dah sampai mana?"

" Waalaikumsalam, saya baru masuk bandar temerloh.Kenapa?"

" Ada suprise untuk awak dekat stesen bas temerloh nanti"

" Apa dia?"

" Tengok je lah nanti."

dia tidak mengetahui yang aku menunggunya di stesen bas temerloh untuk berjumpa dengan nya.

15 minit kemudian

Bas yang dinaiki olehnya tiba di stesen bas temerloh.Aku pergi berjalan ke arah lorong bersebelahan bas yang dinaiki olehnya berhenti.Aku melihat tingkap itu dan aku nampak dirinya.Aku menelefon dirinya.

" Assalamualaikum awak"

dia membalas " Waalaikumsalam"

"Cuba pandang ke luar tingkap"

Dia pun memandang ke luar tingkap dan dia tersenyum sebab dia tidak sangka aku akan datang ke temerloh untuk berjumpa dengannya.Ketika aku melihat senyumannya tu aku terasa diri aku ni bahagia sangat.

Aku mengajak dia turun ke tepi bas untuk mengajak dia tangkap gambar. Dia tidak mahu turun sebab dia malu.Aku faham perasaan dia itu dan aku bertanya dia nak makan apa apa sebab aku ingin membelikan untuk dirinya.

Dia kata tidak mahu dia cuma ingin melihat diri aku.Aku pun berdiri dan melihat dirinya di dalam bas.Memang terasa di dalam hati nak bergambar dengan si dia tapi aku pendam sahaja sebab menghormati keputusannya.

Tiba -tiba telefon aku berdering, aku pun mengangkat panggilan itu.Rupanya bos aku yang menyuruh aku terus ke triang untuk pergi ke lokasi projek yang baru.Aku pun mematikan panggilan tersebut dan memandang tepat ke wajah si dia.

Setelah 10 minit berhenti bas itu pun mula bergerak keluar dari stesen bas itu.Ketika bergerak keluar aku melambai ke si dia dan dia kembali melambai kepada aku.

Aku pun mula berjalan ke arah motor aku.Aku mengeluarkan sebatang rokok dan mencucuh rokok tersebut.Aku pun menghidupkan motor aku dan meneruskan perjalanan aku untuk ke triang.

Ketika motor aku meluncur jalan temerloh ke triang aku merasa tayar aku makin tidak grip dan tak rata.Tiba tiba tayar bahagian hadapan aku meletup aku pun tersungkur di atas jalan raya dan kereta di belakang aku berhenti .Pemandu kereta itu memberi kan bantuan untuk menarik motor aku ke bahu jalan.

Aku melihat siku dan lutut aku yang telah bercucuran dengan darah yang berwarna merah pekat mengalir dengan banyak.Aku teringat akan bengkel rakan ku yang berhampiran aku berjalan dan menemui rakan ku disitu dan aku menukarkan tayar motor aku yang pecah. Aku duduk di kedai rakan aku terus mengeluarkan rokok dan mencucuh rokok tersebut.

Memang terasa pedih dan sakit sangat ketika itu tapi aku tetap menahan sakit tu sebab aku tau yang diri ini perlu kuat.Telefon aku berbunyi ,Aku pun mengeluarkan telefon bimbit aku dan melihat nama si dia sedang menelefon aku.Aku pun mengangkat telefon itu .

"Awak dah sampai mana?" dia bertanya

" baru gerak dari temerloh ke triang" aku menjawab

"awak okay?" dia bertanya

Aku tak berniat untuk menipu dia tapi aku tidak mahu dia rasa bersalah atau risau atas perkara yang baru terjadi pada aku.Aku pon menjawab aku okay dan akan menelefon kembali setelah tiba di triang.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C7
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login