Baixar aplicativo
1.81% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 18: Lebih Berkemampuan Daripada Yang Dia Sangkakan

Capítulo 18: Lebih Berkemampuan Daripada Yang Dia Sangkakan

Editor: EndlessFantasy Translation

Kawan lamanya ini tak pernah segan untuk membuat permintaan. Sebagai balasan, dia memilih tajuk yang paling susah. Junting bimbang Xia Zhi tidak dapat memahami buku-buku ini, tapi Xia Zhi sendiri yang memberitahu bahawa dia mahukan tajuk yang paling susah yang dia miliki.

Junting terkejut dengan peningkatan Xia Zhi dalam masa yang begitu singkat.

Dia tidak tahu pula Xia Zhi meminjam buku itu untuk orang lain.

"Kamu dengar perbualan kami tadi, kan? Buku-buku adalah untuk kawannya." Junting memberitahu Mubai.

Mubai mengangguk dan membalas, "Orang yang kamu bagitahu mempunyai kemahiran mengekod yang sempurna?"

"Ya. Ianya cuma untuk permainan mini tapi kamu boleh lihat kecekapan pengatur caranya. Kamu sendiri sudah melihatnya. Ianya salah satu hasil kerja yang terbaik kamu pernah lihat, kan?"

"Betul tu, tapi itu cuma beberapa baris kod sahaja. Mungkin kamu terlalu memandang tinggi pada pengatur cara ini. Masih ada banyak benda lain dalam atur cara daripada sekadar menulis kod," Mubai berkata, "Walau apa pun, saya biarkan awak urus hal menaik taraf sistem keselamatan. Sila siapkan sebelum Pertandingan Penggodam."

Junting bergegas kembali membuat kerja.

Dia sudah terbayangkan beberapa malam tanpa tidur pada masa akan datang. Hal ini kerana walaupun menaik taraf sistem nampak mudah di atas kertas, ia sebenarnya sesuatu yang sangat rumit.

Ini kerana sistem terbaru telah berkembang dengan sasaran untuk bertahan daripada serangan penggodam.

Itu adalah perkara utama Pertandingan Penggodam dan dia terdengar penggodam yang terlibat tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Saingan dalam perniagaan atas talian telah bertambah dengan pesat sejak beberapa tahun lepas.

Setiap syarikat mencuba sebaik mungkin untuk memasang perisian pertahanan mereka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan bermulanya kejatuhan syarikat itu.

Junting perlu memastikan dia membantu syarikat Mubai bertahan sehingga akhir Pertandingan Penggodam untuk mengekalkan nama syarikat itu.

Lagipun, syarikat itu adalah perniagaan bersama keluarga Tang dan keluarga Xi.

Xinghe berpuas hati dengan buku yang dibawa oleh Xia Zhi.

Namun, dia masih juga dapat menghabiskannya dengan sekelip mata sahaja.

Xia Zhi sudah terbiasa dengan kebolehan luar biasa kakaknya itu jadi dia tidak lagi terkejut.

Orang yang betul-betul terkejut ialah Junting. "Dia dah selesai dengannya?" Junting terperanjat ketika Xia Zhi memulangkan buku-buku tersebut.

"Begitulah nampaknya, dia kata buku ini bagus tapi dia terfikir. Kamu ada buku yang lebih susah tak?" Xia Zhi menghabiskan soalannya dengan bisikan kerana dia sendiri merasa kakaknya itu agak berlebihan.

Malah dia mula mengesyaki kakaknya itu bukan manusia.

Bagaimana boleh wujud perbezaan yang begitu besar dalam bakat mereka sedangkan mereka berkongsi darah keluarga Xia yang sama?

Dia pastinya anak angkat.

Soalan tidak masuk akal itu mengejutkan lagi Junting. Menghabiskan buku-buku dalam masa sehari sahaja sudah cukup gila, tapi orang ini meminta yang lebih susah?

Buku-buku itu sememangnya yang paling susah dalam koleksinya.

Kawan Xia Zhi ini nampaknya lebih berkemampuan daripada apa yang dia sangkakan.

Junting menenangkan diri dan merangkul bahu Xia Zhi. "Junior, janganlah berahsia dengan senior kamu. Bagitahu lah siapa kawan kamu ini? Kamu mesti perkenalkan kepada saya."

"Senior, bukan saya nak sembunyikan daripada kamu. Cuma dia tidak mahu mendedahkan identitinya buat masa ini. Saya janji saat dia sudah menukar fikiran, kamu orang yang pertama saya bagitahu." kata Xia Zhi.

Orang genius selalunya ada perangai pelik, Junting cukup faham dengan itu.

Dia tidak memaksa Xia Zhi malah membantunya mencari buku yang lebih baik sebanyak yang boleh. Sebelum Xia Zhi pergi, Junting berpesan. "Saya terus terang sahaja, kalau kawan kamu itu memerlukan pekerjaan, suruh dia datang berjumpa saya, saya ada jawatan yang baik menunggunya."

Xia Zhi sangat gembira. Dia mengangguk seikhlasnya. "Terima kasih, saya pasti akan sampaikan berita ini padanya!"

Xia Zhi bergegas balik ke hospital. Dia tidak sabar untuk menyampaikan berita baik itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C18
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login