Baixar aplicativo
31.79% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 283: Tamparan Kelima (5)

Capítulo 283: Tamparan Kelima (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie, yang dimasukkan ke dalam Puncak Awan Tersembunyi hanya untuk menyakitkan hati Mu Chen, kini menjadi kejutan yang besar kepada Ke Cang Ju.

Kemahiran dan ketepatan pemuda itu dalam penggunaan jarum terbang, setara dengan Ke Cang Ju!

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Serangan jarum terbang gelap beracun yang tersembunyi Ke Cang Ju itu tidak dapat dipatahkan dalam serangan hendap. Serangan senyap ke atas lawan ini telah berjaya mengalahkan ramai pakar roh senior bertahap tinggi, tetapi digagalkan oleh budak muda ini?

Hakikatnya, Jun Wu Xie berjaya melakukannya!

"Kamu benar-benar…..membuatkan saya berasa jijik." Jun Wu Xie, yang selama ini diam sahaja, mengerutkan wajahnya. Imej Ke Cang Ju yang berdiri di hadapannya ini bertindan dengan lelaki syaitan dalam kehidupannya terdahulu. Kedua-duanya menggunakan alasan penyelidikan untuk melakukan perbuatan yang kejam dan menggerunkan. Orang-orang seperti mereka tidak harus dibenarkan hidup!

Di bawah pandangan dingin itu, Ke Cang Ju berasa seram sejuk di seluruh tubuhnya yang bongkok itu.

Satu penghinaan ke atasnya apabila renungan budak kecil ini boleh menyebabkan dia berasa takut!

"Budak tak guna! Biadab mulut kau ya! Tak kira siapa kau, sekali kau sudah melangkah masuk ke Puncak Awan Tersembunyi, jangan harap kau boleh keluar hidup-hidup!" Ke Cang Ju ketawa, berpura-pura berani. Dia tidak mahu percaya yang dua budak muda ini boleh mengakibatkan banyak kekecohan di situ!

Puncak Awan Tersembunyi ini kawasannya!

"Bolehkah kamu menghentikan saya?" Jun Wu Xie mendongak sambil bibirnya menguntum senyuman jahat.

Entah bagaimana, muka Jun Wu Xie yang kelihatan biasa saja tadi bertukar disebabkan oleh senyuman jahatnya dan kini kelihatan cantik!

"Cubalah nasib kau kalau nak tahu! Jangan risau, aku akan biarkan kau hidup lebih lama berbanding yang lain, supaya kau boleh menikmati sepenuhnya seksaan yang aku akan sediakan khas untuk kau!" Bunyi ketawa kejam Ke Cang Ju kedengaran nyaring. Kebenciannya yang tidak terkawal itu menjadi semakin menggila melihatkan wajah Jun Wu Xie yang sedang tersenyum jahat itu nampak menawan.

Semua yang cantik perlu dimusnahkan sepenuhnya!

Qiao Chu berdiri dengan wajahnya berkerut. Dia mahu meluru masuk dan mengajar raksasa hodoh itu.

Tetapi Jun Xie tiba-tiba mengangkat tangannya dan menghentikan langkah Qiao Chu.

"Berundur." Jun Wu Xie mengecilkan matanya, senyumannya semakin berseri-seri.

Qiao Chu berhenti sejenak dalam keadaan teragak-agak. Dia merasakan Jun Xie yang berada di hadapannya ini sudah menjadi orang lain. Jun Xie sedang tersenyum dengan menawan, tetapi senyuman itu membuatkan Qiao Chu gerun. Perasaan ini membuatkan Qiao Chu menurut sahaja arahan Jun Wu Xie dan berundur.

"Budak, kau memang cari nahas." Ke Cang Ju tidak menganggap Jun Wu Xie sebagai ancaman. Di hadapannya ini hanya seorang budak muda. Kalau budak muda ini berkebolehan sekalipun, semuanya tidak bermakna. Kepakaran Ke Cang Ju bukanlah pada kebolehan dia berlawan, tetapi kemahirannya dalam penggunaan racun!

Racun yang mampu membunuh musuhnya tanpa disedari. Racun yang tidak mempunyai bentuk!

Selain dirinya, tidak ada orang yang lebih arif tentang pembunuhan menggunakan racun. Kalau dia mahu, dia boleh membunuh sesiapa pada bila-bila masa sahaja dan orang itu akan mati tanpa mengetahui apa yang telah membunuhnya!

"Kau berdua hanya budak tak guna, kau tak akan mempunyai peluang. Di dalam Puncak Awan Tersembunyi, satu angkatan tentera sekalipun tak boleh mengalahkan aku. Kau hanya mencari maut dan tak lama lagi kau akan tahu apa maksud seksaan sebenar!" Wajah Ke Cang Ju herot-berot menjadi hodoh sewaktu dia tersenyum. Wajahnya yang hodoh itu menjadi semakin menakutkan, seperti raksasa hodoh yang baru merangkak keluar dari jurang neraka!

Loceng gangsa di hujung jubah Ke Cang Ju berbunyi kuat dan asap hijau keluar daripada loceng-loceng berkenaan lalu tersebar ke seluruh pelusuk ruang itu.

Asap hijau itu mula merebak. Hua Yao, yang masih tergantung di dinding itu dan selama ini kelihatan tenang sekalipun telah didera, menunjukkan riak wajah terkejut yang jarang dapat dilihat. Dengan suara yang panik, dia tiba-tiba menjerit, "Pergi! Cepat lari! Itu Asap Tunggal yang beracun!"

Bunyi ketawa Ke Cang Ju semakin menggila. Dia berdiri sambil mendepakan tangannya dan merenung kejam ke arah Jun Wu Xie dan Qiao Chu.

"Sampah kelas bawahan, kau patut rasa berbangga dapat mati disebabkan Asap Tunggal maut ini!"


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C283
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login