Baixar aplicativo
85.28% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 759: Rumah Lelong Roh Api (2)

Capítulo 759: Rumah Lelong Roh Api (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Haruman itu hanya terdapat pada Jun Wu Xie.

Tanpa ada sebab lain, hanya kerana haruman ini milik gadis itu, Jun Wu Yao menyukainya.

Jun Wu Xie menggeleng kemudian mengangguk.

Eliksir itu bukan sesuatu yang dia perlukan, tetapi sesuatu yang dia perlu lakukan.

Mengakui Yan Bu Gui sebagai Tuan Guru adalah sesuatu yang diputuskannya sendiri. Walaupun dia tidak lama berada di Akademi Phoenix dan tidak banyak berinteraksi dengan Yan Bu Gui, di dalam hatinya Jun Wu Xie tetap menganggap lelaki berpakaian selekeh itu sebagai Tuan Gurunya. Sebagai pelajar, tentulah dia perlu menanggung kerisauan Tuan Gurunya.

Tanpa perlu menyebutkan hal lain, hanya pemberian Kelalang Syurga dan Beg Kosmos itu sahaja sudah amat berguna untuk Jun Wu Xie.

Jika orang lain berbuat baik dengannya, dia mungkin tidak selalu mengucapkan terima kasih secara lisan. Namun perasaan berterima kasih itu sering terselindung di sebalik tindakannya.

Ketika memandang tindakan bertentangan dari gadis kesayangannya itu, Jun Wu Yao hanya merasakan perbuatan ini amat comel. Mengingatkan kembali sewaktu pertama kali dia bertemu dengan Jun Wu Xie, gadis itu seperti anak kucing yang garang dan sering berwaspada dengan semua orang di sekelilingnya. Renungan dinginnya sering memandang Jun Wu Yao dengan penuh curiga. Bila-bila sahaja Jun Wu Yao mendekatinya, Jun Wu Xie terus akan membalas dengan "cakaran".

Tanpa sedar, mereka kini dapat membina hubungan yang "harmoni".

Sikap gadis kesayangannya ini terhadapnya perlahan-lahan semakin lembut sejak akhir-akhir ini. Jun Wu Yao sering berasa senang hati. Tidak kiralah jika setiap hari dia hanya memiliki masa yang amat singkat untuk menyelesaikan masalah peribadinya, dia sanggup berbuat begitu.

Kalau tiba harinya sikap gadis kesayangannya ini semakin baik terhadapnya, Jun Wu Yao langsung tidak peduli jika keadaan semakin sukar untuk dirinya sendiri.

Kerumunan orang ramai itu hampir menelan susuk tubuh Jun Wu Xie yang kecil molek. Disebabkan tidak suka menyentuh orang lain, tanpa sedar Jun Wu Xie semakin merapatkan jarak di antara dia dan Jun Wu Yao. Disebabkan perbezaan ketinggian, apabila Jun Wu Xie semakin merapati Jun Wu Yao, dia kelihatan seolah-olah sedang masuk ke dalam pelukan lelaki itu. Senyuman di wajah Jun Wu Yao semakin melebar dan dia dengan bersahaja mengangkat sebelah tangannya untuk menarik gadis kecil itu ke dalam dakapan untuk melindungi gadis tersebut. Pada mulanya, dia mahu melepaskan sedikit kuasa rohaninya untuk membuatkan kerumunan orang ramai itu menjauhinya. Tetapi dia cepat-cepat menyingkirkan idea itu kerana hatinya sedang berasa gembira. Tangannya memeluk Jun Wu Xie dan mereka berjalan menuju arah Rumah Lelong Roh Api.

Rumah Lelong Roh Api terletak di satu kawasan yang luas. Memandangkan Jun Wu Xie hanya pernah pergi ke Rumah Lelong Chan Lin sebelum ini, perbandingan di antara kedua-dua rumah lelong itu dari segi saiz memang amat jelas dapat dilihat.

Berdasarkan saiz keluasan tanah itu, ruang yang menempatkan Rumah Lelong Roh Api adalah sepuluh kali ganda lebih besar berbanding kawasan Rumah Lelong Chan Lin. Di pintu masuknya, orang ramai tidak putus-putus masuk ke dalam rumah lelong itu. Ramai di antara mereka merupakan anak-anak muda yang memakai pakaian seragam dari pelbagai akademi. Mereka tertarik untuk ke situ disebabkan reputasi rumah lelong itu yang terkenal.

Para pemuda yang datang untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Pertempuran Roh itu kebanyakannya berharap untuk mendapatkan kebanggaan dan kejayaan. Mereka berkeliaran sambil memakai pakaian seragam masing-masing kerana mereka tahu ada ramai peninjau bakat yang bersembunyi di bandar ibu negara ini, menanti untuk menarik bakat-bakat baru. Disebabkan para pelajar ini tahu tidak ada harapan untuk mereka mencapai kedudukan sepuluh teratas berbanding para pelajar dari tiga akademi elit terbaik itu, mereka tidak ada pilihan selain mempamerkan identiti mereka secara terang-terangan sepanjang masa. Mereka sentiasa menunjukkan yang terbaik, dalam diam berharap ada peninjau bakat yang akan menyedari potensi mereka.

Jun Wu Xie tidak memakai pakaian seragam Akademi Zephyr dan hanya mengenakan pakaian biasa. Walaupun rupa parasnya boleh dianggap agak menawan, dia tidak begitu menonjol. Ditambah pula dengan susuk tubuhnya yang kecil molek, dia sering tidak dipedulikan jika berada di dalam kerumunan orang ramai...

Namun kali ini Jun Wu Xie tidak akan begitu mudah diabaikan. Bermula ketika dia meninggalkan rumah tumpangan sehinggalah sampai di Rumah Lelong Roh Api, tidak terkira berapa pasang mata yang telah menelitinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Tetapi mereka bukanlah tertarik padanya, sebaliknya semuanya disebabkan oleh...


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C759
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login