Baixar aplicativo
27.97% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 249: Niat yang Tidak Diluahkan (3)

Capítulo 249: Niat yang Tidak Diluahkan (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar jaminan Jun Wu Xie, Bai Yun Xian mengeluh lega.Dia sudahpun memutuskan hubungan dengan Kumpulan Qing Yun. Sesiapa sekalipun mampu berfikir yang Bai Yun Xian telah bersubahat dengan Jun Wu Xie untuk menyebabkan kematian Qin Yu Yan serta ahli delegasinya. Tak mungkin Bai Yun Xian boleh kembali semula ke Kumpulan Qing Yun.

Selama beberapa hari ini, Bai Yun Xian telah memerhatikan cara Jun Wu Xie mengendalikan masalah dan menyedari sesuatu. Dia mendapati selagi dia tidak menentang kehendak Jun Wu Xie, hidupnya boleh jadi agak tenang.

Selain racun yang ada dalam badannya, Bai Yun Xian tidak merasakan ada kekurangan dalam hidupnya di Istana Diraja.

Memandangkan tiada tempat lain lagi dia boleh pergi, Bai Yun Xian telah belajar untuk berpuas hati.

"Ada dua belas puncak gunung yang dikawal oleh Kumpulan Qing Yun. Puncak yang utama berada di bawah pemerintahan Pemerintah kami, manakala sebelas puncak yang lain setiap satunya dikawal oleh mereka yang berpangkat Tuan Tua. Dikatakan setiap puncak itu mempunyai kelebihan dalam kemahiran tertentu. Dalam kalangan mereka, Tuan Tua Puncak Menjejak Awan ialah yang paling muda dan dia merupakan anak kepada Pemerintah terdahulu. Pemerintah sekarang bukan datang daripada keluarga yang sama, tetapi merupakan anak murid Pemerintah terdahulu. Tiada siapa yang tahu bagaimana tampuk pemerintahan Kumpulan Qing Yun jatuh ke tangan seorang pengikut. Namun umum mengetahui yang Pemerintah sekarang ini tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Tua Puncak Menjejak Awan. Pemerintah terdahulu masih mendapat sokongan ramai dan Pemerintah sekarang ini tak mampu berbuat apa-apa. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pemerintah kami telah mengambil langkah untuk menyingkirkan kebanyakan penyokong itu dan Tuan Tua Puncak Menjejak Awan berada dalam situasi yang suram. Kalau tujuan Cik ialah untuk pergi ke tempat Kumpulan Qing Yun, Puncak Menjejak Awan ialah tempat terbaik untuk memulakannya perjalanan. Nama Tuan Tua Puncak Menjejak Awan ialah Mu Chen. Kumpulan Qing Yun membuka pintu untuk merekrut bakat baru setiap bulan. Bakat Cik yang hebat dalam bidang perubatan akan membolehkan Cik menyelinap masuk dengan mudah sebagai rekrut baru Kumpulan Qing Yun."

Memandangkan Bai Yun Xian sudah membuat keputusan untuk berada di pihak Jun Wu Xie, dia memberikan semua maklumat yang dia tahu dan tidak menyembunyikan apa-apa. Dia juga sebenarnya dalam diam menaruh harapan yang Jun Wu Xie akan mampu menghapuskan seluruh Kumpulan Qing Yun bagi mengelakkan berlakunya sebarang perbuatan balas dendam ke atasnya nanti.

Jun Wu Xie mengangguk sedikit. Nampaknya dia puas hati dengan cerita Bai Yun Xian yang mengandungi banyak maklumat itu.

Orang yang mementingkan diri seperti ini, mudah dimanipulasi. Selagi nyawa mereka terancam, mereka akan memberi kerjasama apabila perlu.

Jun Wu Xie membiarkan Bai Yun Xian hidup kerana dia mahu menggunakan maklumat yang diperolehinya untuk menentang Kumpulan Qing Yun.

Melihatkan Jun Wu Xie berpuas hati, Bai Yun Xian seolah-olah menerima galakan dan dia terus menambah sebarang maklumat yang dia ada tentang Kumpulan Qing Yun. Dia benar-benar telah mendedahkan segala-galanya dan langsung tidak menyembunyikan apa-apa.

Pemerintah Kumpulan Qing Yun, Qin Yue, adalah yang paling kuat di antara mereka. Dia sudah mencapai roh tahap indigo. Selain para pengikut Kumpulan Qing Yun, ada beberapa penduduk tetap yang tinggal di situ sebagai pegawai jemputan. Orang-orang ini juga mempunyai roh tahap indigo. Mereka selalunya kekal tersembunyi melainkan ada yang menimbulkan kekecohan di dalam kawasan Kumpulan Qing Yun. Dalam situasi tersebut, mereka akan muncul dan menangani masalah yang timbul.

Kumpulan Qing Yun membuka pintunya dalam masa satu hari setiap bulan, untuk tujuan merekrut. Orang yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang perubatan boleh memohon untuk menyertai Kumpulan Qing Yun pada hari tersebut. Kalau mereka lulus ujian yang ditetapkan, mereka akan dimasukkan ke dalam Rumah Luaran untuk belajar bidang perubatan. Mereka yang bertaraf elit boleh mencapai kemajuan dalam tahun kedua dan akan dimasukkan ke Rumah Dalaman untuk mempelajari teknik perubatan khusus Kumpulan Qing Yun. Kalau bernasib baik, mereka akan dipilih oleh salah seorang Tuan Tua daripada dua belas puncak atau oleh Pemerintah sendiri. Mereka akan dinaikkan pangkat dan dimasukkan terus ke Rumah Dalaman untuk berlatih dan memajukan diri mereka.

Jun Wu Xie tidak berniat mahu membazirkan masa satu tahun di Kumpulan Qing Yun, Paling lama sekalipun, dalam masa tiga bulan dia mahu Kumpulan Qing Yun itu dihapuskan sepenuhnya daripada muka bumi ini!

"Berapa hari bulan?" tanya Jun Wu Xie.

Bai Yun Xian menjawab tanpa ragu-ragu, "Lima belas hari bulan setiap bulan. Itulah harinya mereka membuka pintu untuk menerima pengikut yang berbakat."

Jun Wu Xie mengangguk sambil berfikir.

Bai Yun Xian tiba-tiba terfikirkan sesuatu dan ekspresi wajahnya menjadi muram, "Ada satu perkara yang Cik perlu ingat."

Jun Wu Xie mengerutkan mukanya.

"Di antara dua belas puncak itu, ada satu yang dinamakan Puncak Awan Tersembunyi dan Tuan Tuanya bernama Ke Cang Ju. Puncak Awan Tersembunyi ini kelihatan mahir dalam penyelidikan herba, tetapi sebenarnya penyelidikan mereka lebih tertumpu kepada racun. Puncak Awan Tersembunyi selalu meletakkan syarat penerimaan anak murid atau pengikut yang paling rendah. Mereka juga selalunya menerima jumlah pengikut yang paling banyak. Tapi….pengikut-pengikut itu juga selalunya mati tanpa sebab," kata Bai Yun Xian dengan serius..


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C249
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login