Baixar aplicativo
35.28% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 314: Ketegasan Mu Chen (1)

Capítulo 314: Ketegasan Mu Chen (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Sementara Hua Yao yang menyamar sebagai Ke Cang Ju membuat kekecohan dan menyalakan api kebencian serta ketakutan ke seluruh Kumpulan Qing Yun, Jun Wu Xie tidak hanya duduk diam. Dia menggunakan waktu malam untuk memupuk kuasa rohaninya menggunakan Manik Kayu Berukir dan memilih tumbuhan herba di dalam Puncak Awan Tersembunyi yang sesuai dijadikan pelbagai jenis eliksir.

Sambil melakukan semua ini, dia keluar dari Puncak Awan Tersembunyi untuk menyerahkan ubat-ubatan dan herba kepada Rong Heng untuk memperbetulkan serta menyembuhkan masalah berkaitan urat darah dan arterinya.

Rong Heng menyangkakan pemuda yang diiringinya ke Puncak Awan Tersembunyi berminggu-minggu yang lalu sudah mati. Sewaktu dia menerima bungkusan ubat-ubatan itu, dia hanya mampu berterima kasih. Sebelum dia berlalu, dia tak lupa mengingatkan Jun Wu Xie untuk lebih berwaspada di dalam Puncak Awan Tersembunyi dan memberitahunya yang Ke Cang Ju sudah membuat kacau di puncak-puncak lain. Jadi dia menasihatkan Jun Wu Xie agar hanya duduk di dalam Puncak Awan Tersembunyi untuk mengelak perbuatan balas dendam daripada puncak-puncak lain.

Para pengikut puncak-puncak lain semuanya takut dan membenci Puncak Awan Tersembunyi. Oleh itu, mereka mungkin membalas dendam pada mana-mana pengikut Puncak Awan Tersembunyi yang merayau sendirian.

Jun Wu Xie mendengar peringatan Rong Heng yang berniat baik itu tetapi tidak berkata apa-apa. Dia gembira yang kekecohan sedang meliar di seluruh puncak-puncak gunung itu.

Hanya setelah seluruh Kumpulan Qing Yun diselubungi ketakutan barulah rancangannya ini boleh berjalan lancar!

Selang beberapa hari, dia akan pergi bersama-sama dengan Hua Yao dan Qiao Chu untuk menjalankan "perbuatan jahat". Jun Wu Xie dapat memahami situasi berbeza bagi setiap puncak serta mengenali personaliti berbeza barisan Tuan Tua kumpulan itu. Ada yang tenang, marah dan muram. Tetapi mereka semuanya menjadi mangsa kekejaman Hua Yao yang membawa panji kebenaran Pemerintah ke atas perbuatannya. Reputasi barisan Tuan Tua ini yang amat dihormati, dicarik-carik sehingga hampir lenyap.

Gelombang kekecohan ini melanda dan menyelubungi seluruh Puncak Berawan. Semua pengikut dan Tuan Tua juga tidak dapat tidur lena akibat kacau-bilau yang sedang berlaku.

Selepas menyemai benih ketakutan di pelbagai puncak milik Tuan Tua lain, Jun Wu Xie menetapkan sasaran terakhirnya. Puncak Menjejak Awan milik Mu Chen!

Puncak Menjejak Awan ini yang paling kurang menonjol di antara dua belas puncak lain dan juga merupakan puncak yang mempunyai jumlah pengikut paling sedikit. Di dalam seluruh kawasan pergunungan ini, jumlah pengikutnya hanya lebih sedikit daripada dua puluh orang. Puncak yang luas ini hanya menempatkan Mu Chen dan lebih dua puluh orang pengikut sepanjang tahun. Biasanya tempat ini kelihatan lapang dan tidak berpenghuni.

Berbanding dengan puncak lain di mana mereka dengan mudahnya boleh mengumpulkan beratus-ratus orang pengikut, jumlah pengikut Mu Chen kelihatan amat menyedihkan.

Mu Chen jarang menerima pengikut. Dia lebih rela tidak mempunyai pengikut daripada menerima calon yang tidak sesuai. Kalau calon-calon itu tidak menepati kehendaknya, dia tak akan mengambil mana-mana rekrut. Tambahan pula, Qin Yue sering menyekat kuasa Mu Chen dalam diam. Ini menyumbang lagi kepada keadaan Puncak Menjejak Awan yang suram.

"Tuan Tua Mu Chen nampaknya berbeza kalau dibandingkan dengan Tuan Tua lain." Qiao Chu berkata sambil menggosok-gosok dagunya. Dia sudah hidup mewah dan menikmati kekejaman Hua Yao sewaktu mereka membuat kekacauan di puncak-puncak lain. Kini dia merasakan yang dagunya sudah semakin bulat.

"Mmm, kalau ada sisi bersih di dalam Kumpulan Qing Yun, Puncak Menjejak Awan itulah tempatnya. Tuan Tua ini mungkin amat muda, tetapi dia pemuda yang berpendirian teguh dan boleh diharap. Dia juga bersikap adil. Semua yang saya dengar tentangnya tidak mwnunjukkan yang dia terlibat dalam sebarang kegiatan tidak bermoral atau jahat. Berdasarkan apa yang saya tahu tentang puncak-puncak lain, dia saja yang terkecuali." Hua Yao mengangguk setuju sambil berkongsi pandangan baiknya terhadap Mu Chen.

Jun Wu Xie berdiri di kaki Puncak Menjejak Awan lalu mendongak untuk memandang ke kemuncaknya.

Di kemuncak itu, dia terlihat satu susuk tubuh berpakaian biru. Jubah biru itu berkibaran ditiup angin,

Lelaki itu nampaknya sedang memerhatikan mereka.

"Boleh ke kita gunakan Mu Chen?" Hua Yao memandang Jun Xie yang diam saja itu. Giliran penyeksaan barisan Tuan Tua telah dipilih oleh Jun Xie dan dia meletakkan Mu Chen di kedudukan akhir sekali. Sewaktu dalam perjalanan ke situ, Jun Wu Xie telah memberi petunjuk yang membuatkan Hua Yao faham bahawa Mu Chen dianggap berbeza dengan Tuan Tua Kumpulan Qing Yun yang lain.

Sama ada dari segi personaliti atau keadaannya, Mu Chen tidak sesuai dengan Kumpulan Qing Yun yang sekarang ini.

"Dia berguna atau tak, itu pilihan dia." Jun Wu Xie menundukkan kepalanya sambil berfikir.

Hua Yao tersenyum. Dalam diam dia bersetuju.

Qiao Chu ketawa dengan kuat lalu berkata, "Mari kita buat muka sombong serta kejam dan teruskan!"

Satu-satunya jawapan yang dia dapat dengan kata-katanya yang penuh bersemangat ini ialah dua pandangan dingin yang dihalakan ke arahnya!


next chapter
Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C314
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login