Baixar aplicativo
50% Dikhianati? Bukan masalah saya / Chapter 2: Kereta api Victoria

Capítulo 2: Kereta api Victoria

Arcland, 2045

Pernah tak terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tujuan hidup?

Mungkin semua orang mempunyai tujuan dan hala tuju hidup mereka masing-masing. Bahkan mereka yang tidak mempunyai apa-apa masih mempunyai tujuan hidup mereka.

Ada yang mahu menjadi seperti Hero yang mengalahkan seorang villain yang mereka minati sejak kecil, ada yang mahu menjadi seorang penyanyi terkenal yang dapat menggembirakan orang hanya dengan mendengar lagunya dan ada yang mahukan segala-galanya asalkan dapat memenuhi kesenangan hidup mereka.

Tetapi... apakah tujuan hidup yang mereka inginkan akan memberi manfaat atau akan mendatangkan sebuah malapetaka kepada orang lain.

Apa yang akan mereka cuba lakukan jika seseorang cuba menghalangi tujuan mereka?

Adakah mereka dapat menerima serta menyelesaikan perkara itu dengan baik dan melupakannya atau... mungkin memilih untuk menghancurkan segala perkara yang menghalangi jalannya dalam menggapai impian?

Di sinilah terletaknya di mana seseorang secara sedar atau tidak mereka akan jatuh ke dalam jurang kegelapan yang mereka sendiri ciptakan.

Kembali ke jalan asal bukan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan tapi... Kebanyakan akan mengambil arah ke jalan yang salah jika tersilap, iaitu putus asa.

Perkara yang tidak mungkin dapat dihindarkan bagi mereka yang sudah terjatuh ke dalam jurang kegelapan.

Tetapi bagi saya, tujuan hidup itu hanya satu.Lakukan apa yang betul, jangan terlibat dangan perkara yang boleh mendatangkan masalah. Dan... itu saja.

Yah. Hanya semudah itu. Sebenarnya, semestinya tidak.

Kamu tahu yang kita,manusia tidak mungkin akan dapat mendiami bumi semudah itu jika ingin tetap hidup di dalam zon selesa kita.

Mungkin akan sentiasa ada halangan walaupun kamu sudah berjuang sehabis baik untuk menghindarinya.

Sehingga akan sampai pada satu tahap.

Satu tahap dimana kamu terpaksa mengorbankan sesuatu jika kamu lemah.

Saya ulang, jika, kamu, lemah.

Kerana perkara itu telah berlaku kepada saya beberapa kali setiap kali saya sudahpun berjuang sehabis baik.

Sehingga sampai pada satu tahap, saya yang menjunjung tinggi rasa keadilan terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat berharga bagi hidup saya buat selama-lamanya.

kerana itu saja solusinya. Kerana saya lemah. Terlalu lemah untuk disebutkan sebagai makhluk yang bernyawa.

Dunia tidak akan pernah sesekali menampakkan keadilan kepada mereka yang berpihak kepada kebenaran secara terang-terangan mahupun bukan. Jadi hiduplah seperti mana yang kamu mahu dan laluinya dangan bahagia. Kerana dunia ini masih aman dan boleh lagi untuk didiami, jadi hiduplah dengan baik selagi boleh.

Ah. Jika difikirkan balik. Kenapa saya memikirkan perkara seperti ini. Perkara ini membuatkan saya teringat kembali tragedi tersebut.

Semasa saya telahpun kehilangan harapan, bahkan tempat untuk bergantung dan hanya mengandalkan diri saya sendiri.

Perasaan seperti ini, saya pernah merasakannya. Kejadian bencana itu. Tempat kali terakhir saya berjumpa dengan mereka yang dianggap sebagai keluarga dan tempat saya untuk memulakan kehidupan kedua saya.

***

Bilalah kereta api ini hendak sampai ke pusat utama Arcland. Sudah satu jam berlalu. Terasa waktu seakan melambat. Setiap detik yang berlalu membuatkan saya tertunggu-tunggu.

Sudah pasti saya tertunggu kerana ia merupakan peluang kedua saya untuk menjadi Hero. Dan memulai hidup baru di Arcland.

Saya mendapat tawaran dan terima kasih kepada kawan saya yang merekomendasi saya untuk membolehkan saya menyertai pemilihan hero baru yang akan berlangsung di Arcland.

Dengan menaiki kereta api yang telah dia tempahkan, saya berharap dia baik-baik saja. Mungkin kerana dia telah mengeluarkan wang dengan jumlah yang banyak untuk menempah tiket kelas atas hanya untuk saya sampai di pusat Arcland.

Walaupun dia seorang hero.

Tiket kelas atas di kereta api Victoria merupakan kelas teratas selepas tiket kelas menengah. Rasanya terlalu istimewa untuk berada di tempat seperti ini. Semua keperluan lebih lengkap berbanding kelas rendah dan kelas menengah.

Arcland.

Tak silap saya, kawasan Arcland dipegang dan ditadbir oleh keluarga bangsawan Victoria yang terkenal hebat dalam menggunakan pertempuran magik jarak dekat mahupun jarak jauh. Keluarga Magician.

Kereta api ini juga dibina oleh keluarga Victoria selepas selesai berperang melawan Villain. Tujuannya bagi menghubungkan laluan perhubungan di antara bandar yang berada di kawasan Arcland. Lagipun Arcland ini merupakan wilayah yang luas dan terbahagi kepada beberapa wilayah.

[ sekarang, kita telah memasuki kawasan Hilton Mountain. Penumpang diharap berhati-hati kerana kita berada di kawasan pergunungan. Diharapkan penumpang sekali lagi menjaga diri dan orang di sekitar kalian. Sekian, terima kasih ]

Hilton mountain. Gunung-ganang yang bertebaran di kawasan seperti ini membuatkannya kelihatan sangat cantik sehingga jurufoto sanggup datang ke sini untuk mengambil peluang menangkap beberapa gambar. Saya rasa saya juga sepatutnya keluar dari ruangan ini untuk melihat keindahan yang sering mereka katakan.

Keindahan Hilton Mountain.

Walaupun ada tingkap di ruangan saya yang membuatkan saya dapat melihat secara langsung tanpa perlu keluar, saya lebih suka duduk di luar untuk melihat keindahan yang dikatakan kerana saya suka keindahan alam jika dilihat dari dekat dan menghirup udara segar di pagi hari..

Semasa saya keluar dari ruangan, saya hampir terlanggar seorang kanak-kanak perempuan yang menuduk di hadapan saya seperti mencari sesuatu kepunyaannya dengan wajah cemas.

Saya terfikir.

Kenapa ada seseoarang menunduk di hadapan saya. Apatah lagi ia merupakan seorang kanak-kanak perempuan.

Belum sempat saya memegang bahunya untuk menegurnya dan menanyakan apa yang sedang berlaku, Sebatang pensel bergolek perlahan-lahan dan berhenti tepat di hadapan kaki kiri saya.

Pensel itu dihiasi dengan baik sekali dan mempunyai rantai kunci kecil di atasnya. Saya rasa saya sudah faham apa yang sedang terjadi sekarang.

Saya menunduk dan mengambil pensel tersebut dan memandang ke arah kanak-kanak perempuan tersebut yang kelihatan memandang ke arah pensel yang di pegang oleh saya.

"Err... Kamu punya?" Kanak-kanak itu mengangguk dengan laju sambil menghulurkan kedua-dua tangannya.

saya bagi pensel kepadanya dengan tangannya yang sedang menadah.

"Terima kasih tuan!" Kanak-kanak itu melompat kegembiraan apabila mendapat kembali pensel tersebut. Kelihatan pensel itu sangat berharga baginya.

Saya tersenyum.

"Kenapa kamu sendirian? dimana keluarga kamu." Agak hairan melihatnya keseorangan, saya memandang kanak-kanak perempuan itu dengan tatapan kasihan sebelum kanak-kanak itu menunjuk ke arah seorang perempuan yang sepertinya sedang mencari sesuatu.

"Itu kakak kamu?" Saya bertanya dan dengan cepat dia mengangguk laju.

"kakak!" kanak-kanak itu menjerit dangan kuat hingga dapat didengar oleh kakaknya.

Perempuan yang dikenali sebagai kakanya dengan cepat menoleh dan pergi ke arahnya. Hanya dalam hitungan detik.

Kecepatan kakaknya tidak dapat dilihat oleh penglihatan orang biasa.

"Adakah ini, adik kamu?"

Saya bertanya walaupun saya sudah mengetahui jawapannya.

Perempan yang berambut emas itu memandang ke arah saya selepas melihat keadaan adiknya yang baik-baik sahaja.

Kakak Kanak-kanak itu mengangguk.

"Ya. Apakah... kamu yang menjumpainya?" Perempuan itu memandang ke arah saya dengan rasa ingin tahu dan gelisah tapi disembunyikannya dengan sempurna.

"Bukan begitu, semasa saya keluar dari ruangan saya, dia sudahpun berada di hadapan ruangan ini sambil sedang mencari sesuatu."

"Ah, begitu ya." Suaranya tenang tetapi perempuan itu sepertinya khuatir akan sesuatu perkara.

"Apa kata kalian masuk ke ruangan saya dahulu, boleh kita saling kenal."

Saya tidak tahu kenapa saya mengajak mereka masuk ke dalam ruangan, tapi saya merasakan ada sesuatu yang aneh dari mereka berdua.

Perempuan itu memandang ke arah adiknya seperti menanyakan pendapat. Kanak-kanak itu kemudiannya tersenyum dan mengangguk.

"Baiklah kalau begitu." Perempuan yang memakai Kameez berwarna kuning emas memegang adiknya masuk ke dalam ruangan selepas saya.

Semasa kami bertiga duduk di ruangan saya, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kereta api ini. Seakan-akan ada seseorang sedang memerhatikan kami... tidak. Saya silap. Sepertinya seluruh kereta api ini sudah lama diawasi.

"Siapa kamu? " Perempuan itu mula berbicara sambil menyelak rambut yang menutup matanya.

"Eric. Kamu? "

Muka perempuan berambut emas seperti berada dalam gelisah. Mungkin dia tidak selesa dengan soalan saya.

Adiknya dari tadi memerhatikan kami berdua sambil memakan gula-gula yang diberikan kakaknya.

Perempuan itu memandang adiknya seperti meminta pendapat sebelum adiknya hanya mengangguk sahaja.

Dia mengeluh. Ada rahsia diantara mereka yang tidak saya ketahui. Dan perempuan itu kelihatan sedikit aneh perlakuannya terhadap adik perempuannya.

"Ah, sepatutnya saya tidak mengatakan soalan seperti itu. " Saya cuba mengalih topik.

"Eh, aaa tidak mengapa. Nama saya... Emilia. "

boom!!!

Belum sempat kami berjabat tangan,

letupan yang sangat besar kedengaran di bahagian belakang gerabak kereta api dan memecahkan tingkap kereta api di ruangan yang sedang kami berada.

Kami dengan cepat menunduk.

Reflek mereka lebih cepat dari saya.

Seperti keadaan sudah berubah dan berbalik kepada 180 darjah.

Gerabak belah belakang yang menempatkan kelas bawah telah terpisah kerana letupan itu. Motif mereka tidak lain tidak bukan ingin menargetkan golongan kelas atas.

"Lebih baik kita duduk diam di sini. " Saya mula bersuara.

Pertunjukannya akan bermula tidak lama lagi.Ia sedikit mengejutkan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C2
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login