Baixar aplicativo
58.82% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 10: Volume 1-06

Capítulo 10: Volume 1-06

Di kawasan perumahan milik pengemis Lombong Pembuangan Sampah, kelihatan seorang budak sedang bermain tanah dibelakang rumah yang dibina dari bahan buangan.

Budak itu sedang tersenyum polos dengan wajah yang comel.

Jika dilihat tubuhnya boleh dikatakan budak itu baru berusia 5 tahun.

Dia memiliki rambut yang berwarna hitam kemerahan. Jika ada orang yang pernah melihat keturunan bangsawan Ariastle melihat warna rambut yang dimiliki oleh budak lelaki itu pasti akan terkejut kerana hanya keturunan dari darah bangsawan Ariastle saja yang mempunyai warna rambut seperti itu.

Namun jika melihat matanya pula mereka akan mulai berasa syak sama ada dia dari keturunan bangsawan Ariastle ataupun Kerabat Diraja Orblian. Hal ini kerana warna matanya berwarna oren keemasan. Warna mata yang hanya dimiliki oleh kerabat Orblian.

Cuma saja rupa paras budak lelaki itu tidak mewarisi wajah sesiapa dari keturunan bangsawan Ariastle mahupun Kerabat Orblian.

Meskipun comot kerana bermain dengan tanah dan merupakan penduduk di kawasan perumahan pengemis di Lombong Pembuangan Sampah itu, namun tetap tidak dapat menyembunyikan rupa parasnya yang indah.

Hanya dia seorang sahaja yang bermain. Jauh darinya pula ialah sekumpulan kanak-kanak yang turut sekitar umurnya sedang bermain bersama. Tiada sesiapa yang bermain dengannya kerana wajah yang dimiliki oleh budak lelaki itu. Bukan hodoh tetapi disebabkan terlalu indah, sehingga menyebabkan mengundang cemburu dihati kanak-kanak itu semua. Hatta lelaki mahupun perempuan.

Selain cemburu mereka juga takut mendekati budak itu kerana takut dengan ibubapa budak lelaki itu yang begitu garang sekali. Malah ibubapa mereka juga menghalang mereka dari bergaul dengan budak lelaki itu.

"Ahuan!!! Balik!!"

Petang yang indah dengan dihiasi oleh gelak ketawa kanak-kanak yang bermain dengan riang diganggu dengan jeritan nyaring milik seorang wanita yang kedengaran begitu marah.

Budak lelaki yang sedang bermain seorang diri itu terus terkejut.

Dia cepat-cepat bangun dan berlari pulang ke rumah usang dan dindingnya pula ditampal oleh kotak-kotak untuk menutup lubang yang disebabkan dinding kayu yang sudah reput dan dimakan anai-anai.

"Mana juga budak kurang ajar ini?! Dari tadi batang hidungnya tidak kelihatan! Dah nak gelap pun tak pandai-pandai nak balik! Memang nak makan penampar!!"

Sebelum sampai lagi di rumah dia sudah mendengar bebelan marah suara milik wanita itu buat muka budak lelaki itu pucat terus.

Dia mulai berbelah hati sama ada mahu masuk ke dalam rumah mengikut arahan wanita itu dan dipukul sebab sudah membuat wanita itu marah atau dia bersembunyi diluar menunggu Ayah Huang pulang dari lombong sampah?.

Dia merasa sangat susah hati terus.

"Ah...kan bagus kalau Atuk Huang masih hidup"

Keluh budak lelaki itu. Kecil-kecil sudah tahu mengeluh semuanya disebabkan selalu didera oleh wanita di dalam rumah itu!. Hatinya merasa panas terus seperti mahu membakar sesuatu...bakar?.

Riak wajah keliru terpamer diwajah comel dan polosnya buat dia kelihatan seperti hilang arah.

"Ahuan! Kurang ajar!! Aku kata balik, baliklah!!!"

prang!!!

Jerit suara itu lagi dalam masa yang sama juga pintu dibuka dari dalam dengan kasar dan hampir mengenai budak lelaki itu yang sedang berdiri diluar pintu.

"Ibu Huang...."

Suara ketakutan budak lelaki itu kedengaran.

Ms. Huang memandang budak lelaki yang berwajah pucat itu yang berdiri di depannya dengan muka ketakutan.

Kulit wajah budak lelaki itu yang putih dan pucat buat marah dalam hatinya semakin menggunung. Merasa benci kerana walaupun dia berusaha melukakan kulit wajah dan tubuh budak ini, semua luka itu akan hilang dalam sekelip mata! Tiada parut yang tinggal! Malah Kembali sempurna seperti biasa!. Buat dia yang begitu benci dengan budak ini sejak bayi lagi mulai menderanya dengan melukakan kulit budak lelaki ini dengan pisau setiap kali suaminya pergi ke lombong sampah.

Lagipun tiada siapa yang tahu setiap apa yang dia lakukan.

"Budak tak guna! Aku jerit panggil kau tak menyahut-nyahut ah! Kau memang nak melawan dengan akukan?!!"

Pang!

Dia menampar pipi Ahuan membuatkan dia pening dan hampir rebah dari tempatnya berdiri.

"Masuk! Kau ingat kau dah buat aku marah, kau akan aku lepaskan hari ini?! Jangan harap budak Devil! Memang patut kau dibuang oleh keluarga kandung kamu! Hidup hanya menyusahkan orang! Membawa malang kepada orang!! Masuk cepat! Masuk!!"

Tengkingnya lagi. Risau sahaja anak tekak wanita yang sudah memasuki umur 30 tahun itu dari melompat keluar dari mulutnya.

Meskipun usia manusia boleh mencapai 150 tahun bagi manusia biasa yang tidak mempunyai magic seperti mereka namun Ms. Huang yang baru 30 tahun itu sudah kelihata seperti wanita mahu memasuki umur 60 tahun ke atas. Wajahnya yang merah menyala itu hampir menyerupai nenek kebayan di mata Ahuan.

Masa atuk Huang masih hidup, dia selalu menceritakan kisah dongeng kepadanya. Namun semua cerita dongeng itu seram dan menakutkan buat Ahuan tidak suka mendengar cerita kerana baginya amat menakutkan. Boleh dikatakan semua cerita seram Atuk Huang telah menjadi mimpi buruknya di mana dia selalu bermimpi dia diseksa dan dimakan. Dia juga kadang bermimpi ingin membunuh dan memusnahkan sesuatu namun tidak tahu apa.

Dia berharap Ayah Huang balik cepat kerana dia tidak dapat melarikan diri hari ini ah dari di dera oleh Ms. Huang.

Mata oren keemasannya berair terus mahu menangis.

Sakit....

Dia benci sakit ah....

Pang!

Pintu ditutup dan dikunci oleh Ms. Huang setelah dia masuk.

"Ibu Huang, Ahuan minta maaf.."

Dia merayu dengan takut ketika melihat rotan berduri ditangan wanita itu. Menggigil ketakutan dia. Tidak mahu menanggung sakit disebabkan oleh rotan itu!.

Tidak mahu!...Sakit!

Jeritnya dalam kepala namun tidak tahu berbuat apa selain pasrah dipukul.

Pas!!

Pas!!

Pas!!

Pas!!

Pas!!

Dia dilibas oleh rotan berduri itu tanpa henti. Mungkin kerana luka-luka diseluruh tubuhnya boleh sembuh dalam sekelip mata membuatkan Ms. Huang tidak teragak-agak memukul banyak kali wajah terutama pipi budak lelaki itu.

"Ah!! Sakit Ibu Huang! Sakit..!"

Jerit Ahuan sambil berusaha melindungi wajahnya namun tangannya pula yang menjadi mangsa.

Darah mengalir diluka-lukanya. Air mata jatuh mengalir dipipinya dengan suara dia menjerit merayu kedengaran begitu kasihan sekali. Namun sayangnya, tiada sesiapa pun yang mahu masuk campur dalam urusan keluarga orang lain. Penduduk di kawasan perumahan pengemis itu tidak pernah mahu ambil peduli akan apa yang menimpa keluarga orang lain apalagi apa yang dibuat oleh mereka. Kerana bagi mereka, keluarga dan urusan rumah orang lain tiada kaitan dengan mereka.

Oleh sebab itu walaupun mendengar jeritan budak lelaki itu merayu meminta tolong agar ada yang menyelamatkan dia dari di dera oleh ibu angkatnya namun tiada yang menghulur bantuan.

Pas!! Pas!!

"Ah! Lain kali kalau aku panggil kau balik, balik cepat! Dasar anak terkutuk! Kenapa kau tak mampus saja! Hidup menyusahkan sahaja!!"

Pas! Pas!

Tidak lama kemudian budak lelaki itu akhirnya dilepaskan. Dia berlari bersembunyi di dalam biliknya yang dulu dikongsi bersama Atuk Huang semasa masih hidup.

Dia menggigil menahan kesakitan.

Darah menitik-nitik dilantai dan juga bajunya. Baju yang sudah banyak kesan jahitan itu kembali koyak lagi kesan dari duri rotan yang digunakan untuk memukulnya tadi.

Sakit...

Sakit....

Sakit....

Dia mengetap giginya kuat sehingga berbunyi. Matanya yang ceria ketika bermain sendirian tadi menjadi kosong.

Sejuknya....

Hati dia rasa sakit....dan sejuk...

Arh...! Sakitnya....!

Dia merintih dalam hati kerana tidak berani menangis mengeluarkan suara. Takut jika ms. Huang terdengar, dia akan kembali memukulnya lagi.

Dia memandang benci ke arah luka-lukanya yang perlahan-lahan menghilang.

Kenapa?!

Kenapa dia begitu berbeza dengan orang lain?!

Kenapa dia tidak sama dengan kanak-kanak lain yang seumuran dengannya?!

Kenapa dia mesti berbeza dengan orang lain!

Dia juga merasa sakit ah...kenapa semua orang mahu menyakiti dia?!

Apa salah dia?...

Benci...!

Benci...!

Matanya semakin kosong dengan suara hatinya menjerit menghasut dia melakukan sesuatu yang sepatutnya dia harus lakukan.

Namun ketika dia sudah berdiri dan mahu membuka pintu biliknya, dia berhenti secara mengejut dan mendadak dengan riak wajah yang keliru.

Dia keluar mahu buat apa?

Apa yang sepatutnya dia harus lakukan?

Dia menyoal hairan sebelum berpatah balik dan duduk dikatil kayunya yang sudah usang dan berlapikkan kotak. Dia duduk dengan kepala tunduk memandang lantai. Sebelum mengangkat kembali kepalanya dan memandang ke suatu arah dengan senyuman sinis perlahan-lahan mekar dibibir merah mungilnya.

"Belum tiba masanya lagi...."

Bisiknya dengan mata yang berubah hitam gelap. Sesiapa sahja yang melihat matanya itu pasti akan merasa jiwa mereka seperti disedut masuk ke lohong hitam. Gelap dan penuh kekosongan yang boleh membuatkan mental seseorang terganggu dan kesannya boleh membuatkan seseorang yang lemah semangat menjadi gila.

Dari arah yang direnungnya itu ialah tempat di mana Ms. Huang sedang berdiri memyambut kepulangan suaminya, Ayah Huang.

Tanpa sesiapapun nampak dan sedar ada sesuatu yang sedang berlaku dibilik dimana Ahuan sedang berada. Dimana disetiap celah lubang di rumah usang dan kecil itu ada aura hitam yang berlumba-lumba masuk dan mengelilingi budak lelaki itu yang sedang tersenyum sinis dan kejam serta penuh kebencian, sebelum semua aura hitam itu diserap masuk ke dalam tubuhnya, membuatkan semua luka-lukanya yang masih lambat sembuh kerana terlalu dalam lukanya hilang dalam masa yang singkat. Malah tiada bekas lukapun yang tinggal termasuk bekas merah dan lebam.

Meskipun aura hitam itu begitu banyak dan tebal sehingga membuatkan suhu di kawasan perumahan di kawasan lombong pembuangan sampah itu berubah sejuk dari suhu yang normal, namun tiada sesiapapun walau mempunyai level Magic dan sihir yang tinggipun namun tidak akan berjaya mengesan fenomena ganjil itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C10
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login