Meskipun di dalam fikirannya berkecamuk, ekspresinya tidak menunjukkan tanda seperti itu. Dia hanya menatap Zhixiang dengan senyuman penuh teka-teki.
Zhixiang berkelip. Mengambil kira ekspresi Meng Hao, tidak mungkin untuk menentukan apa yang difikirkannya dan dia hanya mampu mengutuk kelicikkannya di dalam hati.
"Baik, jika kamu tidak mahu memberitahu aku maka lupakan saja," sambung Zhixiang sambil ketawa. "Mari kita tukar topik perbincangan. Kita berdua ada perjanjian dan kamu berhutang bantuan pada aku." Pandangan licik muncul di wajahnya yang cantik.
"Sebenarnya," jawab Meng Hao sambil ketawa santai, "kebenarannya, kita tidak memiliki perjanjian formal antara satu sama lain. Namun, memandangkan bagaimana kamu telah menolong aku selama bertahun-tahun, aku tidak keberatan untuk membalas budi kamu. Aku boleh membantu kamu sedikit, tetapi mengenai perkara yang terlalu rumit, aku tidak yakin aku boleh."