Waktu senja menyelubungi Tanah Hitam. Meng Hao meluncur dengan laju di langit, seperti tahi bintang hijau yang lenyap di ufuk.
Hari ini ialah hari pengembaraannya yang ketujuh selepas dia keluar dari bandar itu. Dia tidak berhenti terbang dan hanya mengikut peta pada manuskrip jednya. Portal rentas jarak jangka panjang merupakan sesuatu yang jarang dijumpai di Tanah Hitam. Kalau seseorang itu mahu mengembara ke suatu tempat, dia perlu menggunakan kuasanya sendiri untuk sampai ke sana.
Sepanjang tujuh hari itu, petir menyambar tanpa henti, diikuti oleh jeritan Bapa Puak Li. Meng Hao tidak tercedera langsung. Pada masa ini, dia sedang terbang di di atas reruntuhan yang dahulunya merupakan sebuah bandar yang dikuasai oleh satu kuasa kecil. Di dalam reruntuhan itu, Meng Hao dapat melihat beberapa mayat bergelimpangan di atas tanah.