Bapa Syaitan Darah membuka mata dan memandang ke arah Gaung Putera Darah.
Di luar Sekta Syaitan Darah, semua orang hairan.
"Aura apakah itu?"
"Menyegarkan! Aku rasa sangat hebat!"
"Aku rasa seperti asas Pertapaan aku meningkat sedikit…"
Di Gaung Putera Darah, Meng Hao menarik nafas dalam. Dia mula meletakkan mantera pengunci ke atas roh Dewa sebenar dengan menggunakan teknik yang ditentukan oleh Mantera Aksara Diri. Dia tidak melakukannya dengan ganas dan sebaliknya, dia melakukannya dengan lemah lembut. Ini bukan proses gabungan roh dengan tubuh, tetapi proses untuk terus mengekalkan roh itu di dalam tubuh dan mengelaknya daripada meronta-ronta ataupun melawan balik.
Meng Hao meletakkan mantera pengunci ke atas roh itu dengan berhati-hati dan kemudian, dengan penuh keseronokan, dia pun memasukkan roh itu ke dalam diri sebenar keduanya dengan penuh teliti.
Kepada semua pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!