Baixar aplicativo
53.84% Destiny 00. / Chapter 7: Projection Gun.

Capítulo 7: Projection Gun.

(3rd Person P.o.V)

 

15 minit kemudian. Di sekitar kawasan Perkuburan Besar Gergasi Tua.

 

Kelihatan satu kompeni askar dan penyihir sedang giat bertarung melawan sekawanan besar zombie. Yang mengetuai kompeni ini adalah seorang kesatria berpangkat kapten yang lengkap menyandang baju perisai hitam keemasan. Serta juga seorang penyihir wanita yang berambut auburn cerah panjang yang diikat kemas, lengkap menyandang baju perisai hitam kemerahan. Penyihir muda ini bernama Lorelei.

 

"Rasakan. Dark Orb.", Lorelei berjaya meletupkan seekor zombie menjadi kepingan-kepingan dengan sihirnya.

 

Ketika semuanya asyik bertarung, tiba-tiba mereka jelas telah mendengar bunyi-bunyi dentuman tanpa henti, bunyi tembakan telah dilepaskan berulang kali diiringi oleh bunyi jeritan undead di atas bukit, 1,200 meter di hadapan mereka.

 

"Apa kejadah pula!? Semua orang! Tengok atas sana itu!", jerit seorang askar kepada mereka semua. Semua tumpuan langsung terarah pula ke atas puncak bukit di hadapan itu. Kelihatan beribu-ribu ekor undead yang sangat besar sedang meluru ke arah mereka semua seperti gerombolan massa kerbau gila.

 

"Undead Gergasi!? Ini tak baik, ini tak baik!", kata Lorelei. Nampaknya gerombolan undead gergasi itu sedang diserang hebat oleh sesuatu, lebih tepat lagi oleh seseorang.

 

"Rempuhan Undead Gergasi!", teriak beberapa orang askar.

 

"Semua orang, cepat! Bentuk formasi pertahanan!", kapten kompeni mereka memberi mereka arahan dengan suara lantang.

 

Lantas sebuah formasi bulatan dibentuk oleh pasukan mereka.

 

"Milady Lorelei, lihat sana. Ada orang yang sedang melawan mereka semua!", kata seorang askar sambil mengarahkan telunjuk kirinya. Individu yang dimaksudkan itu ialah Rimyuel yang tidak henti-henti melepaskan tembakkan sambil melompat ke sana sini.

 

"Makan ini, Hexa-Cast, Fiery Missile!", jerit Rimyuel sambil menembakkan sihir api nya kepada sekumpulan Skeleton yang cuba menyerangnya. Bunyi ledakkan-ledakkan yang kuat terhasil. Ianya telah menghapuskan sebahagian daripada mereka menjadi abu.

 

 "Seorang Pyromancer?", ucap seorang Healer yang berdiri berhampiran Lorelei itu. Sambil mereka jelas melihat Rimyuel sedang melawan gerombolan undead yang besar itu sendirian dengan tembakkan bertubi-tubi pistol dan serangan magik apinya.

 

"Biar betul!? Adakah Mage disana itu dia, The Demon Hunter of The West?", Lorelei menyuarakan pertanyaannya.

 

"Cepat semua. Kita mesti tolong dia!", arah Lorelei cuba mengumpulkan pasukannya untuk maju ke hadapan. Sambil kelihatan juga dia membawa beg tangan yang mengandungi sesuatu yang terus bersinar merah terang sejak dari tadi. Lorelei dan beberapa dozen askar berdekatannya mempercepatkan langkah mereka untuk mara ke arah Rimyuel.

 

 

GIANT NATIVE ZOMBIE [LEVEL 13] [RAID MONSTER]

HP: 65,000

 

 

 

GHOUL NATIVE SKELETON [LEVEL 13] [RAID MONSTER]

HP: 65,000

 

 

"Mampus!", kata Rimyuel sambil dia terus melepaskan tembakan bertubi-tubi, dan dia berjaya membunuh 4 ekor lagi Zombie gergasi. Bar EXP nya terus melonjak naik.

 

"Eh!?", kata Rimyuel sambil memandang ke bawah bukit itu.

 

Rimyuel dapat melihat dengan jelas, kurang daripada beberapa ratus meter darinya. Lorelei sedang berlari menuju ke arah atas bukit, dengan ramai askar mengekorinya. Sambil mereka membunuh semua Undead yang cuba menghalang laluan mereka.

 

Sesuatu yang di dalam beg tangan yang dibawa Lorelei tadi juga semakin bercahaya. Semakin banyak undead merangkak keluar dari dalam tanah ketika mereka cuba naik ke atas bukit untuk menghampiri Rimyuel itu.

 

"Milady, awas!", jerit seorang askar yang berada beberapa meter di belakangnya. Tanpa diduga, seekor Giant Skeleton telah muncul dari tanah tepat di bawah Lorelei sedang berpijak. Giant Skeleton ini berteriak dengan kuat.

 

"Warghhhh!!!!!", jerit Lorelei yang melatah. Dia jatuh tergolek di atas tanah tepat di hadapan Giant Skeleton yang baru muncul itu. Membuatkan kedua-dua belah kakinya cedera teruk dan berdarah. Pedang magik di tangannya juga jatuh daripada genggamannya.

 

"Lady Lorelei, tidak!!!!!!!!", jerit kapten pasukan mereka. Disebabkan kaki-kakinya cedera teruk, Lorelei tak dapat bangun berdiri untuk cabut lari tatkala Giant Skeleton tersebut bergerak menghampirinya.

 

"Tak jangan!", kata Lorelei yang menjerit kesakitan sambil menutup matanya kerana ketakutan. Giant Skeleton di hadapannya itu bersedia untuk menghancurkan Lorelei yang tidak berdaya itu dengan hempasan kedua-dua belah lengannya yang sangat besar itu.

 

BANG! BANG! BANG! Tetapi, sebelum ianya sempat berlaku, Giant Skeleton itu telah ditembak hingga mati dari belakang.

 

"Rimyuel to the rescue!", jerit Rimyuel. Sambil pistolnya melepaskan beberapa das lagi tembakkan untuk membunuh beberapa ekor undead yang cuba menyerang Lorelei itu.

 

"Skill, Quick Accel.", Rimyuel segera menggunakan skilnya. Di dalam sekelip mata, Rimyuel telah muncul di sebelah Lorelei. Kemudiannya, dengan cepat Rimyuel mengangkat lalu membawa Lorelei di pangkuannya melompat pergi bersamanya untuk berundur ke arah kawasan yang selamat. Sambil mereka dikejar oleh gerombolan besar undead.

 

"Lindungi Lady Lorelei! Bunuh semua undead bajingan itu!", jerit kapten kompeni memberikasn arahan kepada semua anak buahnya. Kemudiannya, semua askar mula menjerit dan menyerang setiap undead yang mengejar Rimyuel dan Lorelei yang sedang berundur itu.

 

"Hei Cik. Kau ok tak?", tanya Rimyuel kepada Lorelei itu. Mendengar saja soalan itu, Lorelei dengan segera membuka matanya dan menarik nafas berkali-kali.

 

"Huh, oh Tuhan, oh Tuhan, aku, aku ingatkan sudah jadi lempeng tadi. Apa, apa yang berlaku?", kata Lorelei pula.

 

"Hmmmm, jangan risau eh.", kata Rimyuel kepada Lorelei sambil membawa Lorelei kembali kepada pasukannya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

 

"Hei, aku perlukan bantuan di sini!", kata Rimyuel meminta pertolongan cemas.

 

Setelah itu, dia meletakkan Lorelei untuk duduk berehat di atas sebuah kepingan batu. Sepasukan tiga orang Healer dengan segera bergegas untuk memberikan Lorelei rawatan.

 

"Teruk juga ini. Kita kena cuci dulu luka ini dengan Air Suci untuk elak jangkitan.", kata salah seorang Healer sambil memegang sebotol cecair magik dan sehelai tuala bersih. Mereka juga menyusuh Lorelei menggigit sesuatu yang berbentuk sebatang silinder kayu. Walaupun prosedur itu terasa pedih yang agak menyeksakan. Namun Lorelei menahan saja dirinya sekuat hati untuk tak menjerit. Sambil tiga orang Healer tersebut terus menyapu ubat cecair diiringi sejenis bacaan sihir ke atas lukanya itu.

 

"Oh tidak, oh tidak, lebih banyak undead datang ke sini.", kata Lorelei dengan risau sambil dia memaksa dirinya untuk bangun. Segerombolan baru undead sedang menghampiri kumpulan mereka itu dari arah kanan dan kiri.

 

"Milady, tolong duduk diam dan jangan bergerak. Kami masih belum selesai merawat lagi.", salah seorang Healer mengarahkan Lorelei untuk terus kekal duduk diam.

 

"Relax Cik. Biar aku saja urusan benda ini. Skill, Create Pistol.", kata Rimyuel pula sebelum dia menyeru dua pucuk pistol magik di tangan kiri dan kanannya.

 

Tanpa membuat masa, dia langsung menembak hingga mati setiap ekor undead yang cuba menghampiri dan menyerang mereka tersebut dengan dua pucuk pistolnya itu.

 

"Em…terima kasih Encik. Terima kasih.......kerana tolong saya tadi.", kata Lorelei pula. Mukanya merah padam seperti udang bakar kerana sangat malu dan segan melihat diri Rimyuel yang hanya memakai kain cawat dan juga jubah daripada kain bendera yang buruk sedang berdiri di hadapannya itu.

 

"Mhmmmm, minta maaflah atas keadaan aku yang daif sekarang ini.", kata Rimyuel kepada Lorelei sambil terus menembak setiap undead di sekeliling mereka.

 

"Tidak, tidak Encik yang baik hati, Encik tidak perlu minta maaf pun. Sayalah yang sepatutnya berterima kasih dan telah terhutang budi dengan Encik sebab telah selamatkan nyawa saya tadi.", kata Lorelei pula kepada Rimyuel. Tiga orang Healer yang merawat Lorelei itu juga menyatakan terima kasih mereka kerana menyelamatkan Lady mereka.

 

"Alah, kecil punya hal saja itu.", jawab Rimyuel pula.

 

"Maaf sebab bertanya. Tetapi apakah sebenarnya yang Elf seperti awak lakukan di sini? Hanya dengan berpakaian sebegini? Adakah awak sesat atau, mabuk?", salah seorang Healer wanita disitu telah bertanyakan kepada Rimyuel beberapa soalan.

 

"Oh ya, tentang itu kan. Hmmmm. Aku tahu ini kedengaran agak bodoh. Adakah kau orang semua akan percaya, jika aku kata yang aku baru sampai di sini tadi. Jatuh terhempas secara lebih tepatnya. Aku terhempas tepat di tengah runtuhan di atas bukit sana itu, tanpa apa-apa baju ke seluar.", jawab Rimyuel kepada soalan mereka sambil menembak musuh.

 

"Jatuh, jatuh terhempas, di atas bukit sana itu!?", balas Lorelei dan tiga orang Healer tersebut pula sambil berpandangan sesama sendiri dengan wajah tak percaya.

 

"Aha, betul itu. Korang pula, buat apa dekat sini?", tanya Rimyuel kepada mereka.

 

"Oh Tuhanku, oh Tuhanku. Aku dah agak. Aku dah agak dah! Tak salah lagi. Awak mesti dia kan, kan, kan. Betul tak!?", kata Lorelei dengan suara kuat dan gembira teramat sangat kepada Rimyuel.

 

"Kejap? Maaf, apa maksud Cik eh?", tanya Rimyuel yang keliru itu.

 

"Izinkan saya bertanya satu perkara ini untuk kepastian. Ada, adakah tuan ini Lord Avatar, Lord Sentinel? Betulkan tekaan saya ini, betulkan!?", tanya Lorelei dengan sangat teruja dan penuh dengan senyuman gembira kepada Rimyuel. Ianya membuatkan Rimyuel semakin tidak selesa.

 

"Mhmm ya, betul. Aku memang Lord Sentinel.", angguk Rimyuel.

 

"Nanti dulu milady. Apa buktinya yang tuan bercakap benar?", tanya seorang Healer.

 

"Oh, tengok ini. Nama aku Rimyuel.", Rimyuel terus memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan Lorelei dan tiga orang Healer tersebut Skrin Menu Avatarnya tersebut kepada mereka sebagai bukti.

 

"Ya! Saya tahu! Saya tahu! Awak ini benar-benar Lord Sentinel! Lord Sentinel!", ucap Lorelei dengan hatinya melompat-lompat sangat teruja kepada Rimyuel.

 

Suasana tiba-tiba berubah. Mereka semua segera melutut di hadapan Rimyuel.

 

"Eh, apa pula ini?", kata Rimyuel yang merasa semakin tidak selesa sekarang.

 

"Wahai perwira kardinal yang berkuasa, Demon Hunter of The West, Lord Sentinel. Mohon maafkan segala ketidaksopanan kami ini. Nama saya Lorelei Von Adelfeld. Kami telah menantikan ketibaan Lord Sentinel di Empayar Mahawangsa kami ini.", kata Lorelei sambil masih menundukkan kepalanya.

 

"Mhmm ok...selamat berkenalan Lorelei. Eh, kejap eh…..", balas Rimyuel.

 

"Lorelei…..Lorelei…..Lorelei…..Lorelei huh. Kejap eh, rasanya aku pernah tengok nama Lorelei sebelum ini, tapi dekat mana, bila eh? Lorelei….Lorelei....", kepala Rimyuel mula buffering untuk seketika.

 

"Um, ada yang salah dengan nama saya ke milord?", tanya Lorelei pula kehairanan.

 

"Aha, ingat sudah. Kalau tak silap aku lah. Kau, Lorelei ialah orang, eh Apostle yang Si Aiwass tak guna itu minta aku cari.", kata Rimyuel kepada Lorelei.

 

"Nampaknya milord sudah tahu tentang diri saya. Betul itu, saya adalah Lady Apostle bagi Lord Sentinel. Ianya satu penghormatan ulung.", kata Lorelei yang sangat teruja itu.

 

"Aha sudah tentulah, Lorelei. Ini sudah memudahkan kerja aku. Hmmm baguslah macam ini. Objektif pertama aku telah pun selesai.", balas Rimyuel pula kepada Lorelei itu. Bagaimanapun, perbualan mereka tersekat di tengah jalan kerana masalah baru telah muncul dari dalam tanah.

 

"Hei, hei, hei! Apa benda pula lah sekarang!?", tanya Rimyuel.

 

Tanpa disangka oleh mereka, seekor Undead bersaiz gergasi berbentuk seperti kelawar telah merangkak keluar dari sebuah lubang yang muncul tidak terlalu jauh dari Rimyuel dan Lorelei. Kelawar Undead yang ganas dan liar itu mula menyerang askar-askar berhampirannya dengan serangan magik semburan api sambil terbang di udara.

 

"Binatang haram jadah apa pula itu eh!?", tanya Rimyuel kepada mereka.

 

"Oh tidak, berita buruk Milady. Itu adalah Undead yang sangat kuat!" beritahu salah seorang bawahannya kepada Lorelei.

 

Kelihatan ramai askar dan penyihir kewalahan melawan undead kelawar gergasi itu. Mereka diasak hebat. Ada yang cedera parah, dan juga ada yang telah tewas.

 

"Milady Lorelei. Kapten mengarahkan kalian semua bawa Lady Lorelei dan cepat pergi daripada sini!", minta seorang kesatria yang baru tiba kepada mereka berlima.

 

"Tapi Leftenan Johan. Kalian semua macam mana?", balas Lorelei.

 

"Kami akan lakukan sedaya upaya yang kami boleh untuk halang undead itu. Jangan buang masa, cepat lari sekarang!", arah Leftenan Johan dengan tegas.

 

GIANT ZOMBIE BAT [LEVEL 35] [RAID MONSTER] [CLASS: EPIC]

HP: 490,000,000

 

 

 

"Huh, maaf Lorelei. Aku minta diri kejap. Aku ada benda nak diuruskan sekarang. Korang duduk diam-diam saja dekat sini, capeesh?", kata Rimyuel dengan satu senyuman.

 

Sambil dia terus melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kelawar undead itu untuk memancing perhatiannya.

 

"Hei Leftenan. Suruh semua orang kau untuk stand down. Biar aku saja yang uruskan binatang kelawar itu untuk korang semua!", minta Rimyuel. Sebelum Rimyuel berlari pergi untuk membantu askar-askar Lorelei itu.

 

"Ja, jangan Lord Rimyuel, itu undead yang sangat bahaya!", kata Lorelei pula yang cuba menghalang. Tetapi ditegah keras oleh empat orang bawahannya itu.

 

"Shit, pistol ini ambil masa selama-lamanya. Kalaulah Firearm Skill aku yang lain itu boleh diguna pakai sekarang?", Rimyuel mengeluh. Kelihatan dia sedang diasak hebat oleh kelawar undead tersebut.

 

Tubuh raksasa tersebut secara kendiri mampu untuk menyembuhkan dirinya sendiri dengan kadar yang sangat laju. Lebih laju dari jumlah Damage yang diterima olehnya.

 

"Oh Tuhanku. Penyembuhan kendiri ke? Undead kelawar itu mesti gunakan tenaga magik yang ada dekat sini untuk heal badan dia?", jelas Leftenan Johan kepada Lorelei.

 

"Tak bagus itu, sangat tak bagus.", kata Lorelei. Lorelei baru sahaja teringat bahawa dia telah membawa sesuatu yang penting di dalam begnya untuk diberikan kepada Rimyuel.

 

"Tunggu sebentar. Saya rasa Lord Rimyuel perlukan senjata magik ini." kata Lorelei sambil mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Kemudian, Lorelei mengeluarkan sebuah objek, berbentuk seperti sepucuk pistol jenis Desert Eagle dengan aura yang merah menyala. Lalu dia berlari sambil membawanya ke arah Rimyuel.

 

"Lord Rimyuel!", jerit Lorelei. Sambil dia berlari ke arah pertarungan yang masih lagi sedang berkecamuk itu.

 

"Jangan. Kembali ke sini!", orang-orang bawahannya itu cuba menghalang Lorelei.

 

"Ini adalah Artifak milik Lord Sentinel!", jerit Lorelei. Lalu dia melemparkan dengan sekuat tenaga Artifak tersebut kepada Rimyuel.

 

"Artifak aku sendiri?", kata Rimyuel setelah dia menyambut pemberian itu daripada Lorelei. Tiba-tiba, Rimyuel dapat merasakan aliran deras tenaga magik dari Artifak, Gungnir itu mengalir ke seluruh sistem sarafnya. Dan bersatu dengan dirinya.

 

"Syncronization Complete. Projection Gun, Gungnir is online. Greeting my master.", satu suara yang misteri dari Artifak Gungnir yang dipegangnya itu mula berbicara dengan Rimyuel secara telepati terus.

 

"Eh?!", Rimyuel terkejut seketika.

 

"Tahniah, Anda telah memperolehi Meta Codex yang baharu. GUNGNIR.", tiba-tiba beberapa notifikasi muncul pada Skrin Menu milik Rimyuel itu.

 

"Tahniah. Anda telah memperolehi satu set Personal Ability yang baharu. MASTER MARKSMAN (Exclusive Perk). Tolong semaknya!", kata notifikasi kedua pula.

 

"Tahniah. Anda telah memperolehi satu set Personal Ability yang baharu. PROJECTION MAGIC (Unique Perk). Tolong semaknya!", kata notifikasi ketiga pula.

 

"All function, updated.", kata suara Gungnir di dalam kepala Rimyuel itu.

 

"Tahniah. Anda telah unlocked (14) 'Firearm Skill' baharu. Tolong semaknya!", kata notifikasi yang keempat pula.

 

"Hehehe, sangat menarik. Terima kasih eh!", ucap Rimyuel kepada Lorelei.

 

"Um, milord. Saya rasa lebih baik milord cepat-cepat hapuskan raksasa kelawar itu, seperti sekarang juga?!", gesa Lorelei kepada Rimyuel dengan wajah yang agak risau melihat Undead kelawar gergasi itu kembali membantai orang-orangnya.

 

"Huh ya, ya. Aku akan uruskan sekarang.", balas Rimyuel pula.

 

"Skill, Panzerschreck.", kata Rimyuel dengan pantas menggunakan salah satu Firearm Skill yang baru diperolehinya.

 

"Yes, master.", dengan serta-merta, pistol Gungnir di tangan kanannya itu berubah bentuk, membesar dan menjadi selaras pelancar RPG 7.

 

"Lord Rimyuel. Adakah senjata besar itu sejenis tombak magik!?", tanya Lorelei yang bingung melihat rupa baharu senjata Rimyuel tersebut.

 

"Yeah, ubat khas untuk raksasa terbang tak guna itu.", jawab Rimyuel. Dia pantas menghalakan muncung senjata RPG 7 itu tepat ke arah undead kelawar raksasa itu. Pada masa yang sama juga, kepala senjata RPG 7 tersebut sudah pun mula dipenuhi dengan tenaga magik Holy Fire yang sangat panas.

 

"Target Locked. Fire in the hole!", jerit Rimyuel sambil menembak senjata RPG 7 itu. Dari jarak 200 meter, dengan sangat laju tiga biji roket berapi terbang ke arah sasarannya. Tiga biji roket tersebut menghentam kuat undead kelawar gergasi itu lalu meledak. Serta-merta memusnahkannya di udara menjadi abu dengan tiga letupan yang kuat.

 

"Sihir apa itu?", kata Leftenan Johan.

 

"Wow, dasyatlah.", kata Lorelei dengan wajah yang terpegun.

 

"Dia dengan mudahnya mengalahkan Undead tahap tinggi itu. Dengan satu serangan sahaja. Sungguh tak disangka!?", kata kapten kompeni mereka juga terpegun.

 

"Hehehehehe. Enemy Down.", kata Rimyuel sambil Gungnir nya kembali semula ke bentuk asal pistol Desert Eagle.

 

"Siapa lelaki itu. Senjata magik apa yang dia gunakan itu!?", tanya perajurit yang lain juga dengan rasa hairan.

 

"Tahniah. Anda telah mengalahkan Giant Zombie Bat (Level 35) × (1). Anda telah menerima 56,000,000,000 jumlah EXP.", notifikasi yang baru muncul pada Skrin Menu milik Rimyuel.

 

"Tahniah, anda kini telah mencapai LEVEL 35. Anda telah memperolehi satu set Personal Ability yang baharu. ANTI-SPIRIT COMBAT (Extra Perk). Tolong semaknya!", kata notifikasi yang kedua pula.

 

"Itu sangat menakjubkan…terima kasih, terima kasih banyak-banyak Lord Rimyuel.", puji Lorelei kepada Rimyuel yang sedang berjalan menghampirinya itu.

 

"Mhmm, hal kecil sajalah..........", balas Rimyuel. Tetapi sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya, Lorelei langsung meraih lengan Rimyuel lalu membawa Rimyuel bersamanya untuk berkumpul semula dengan seluruh ahli pasukannya tersebut.

 

"Hei, Kapten! Kapten Henry. Di sinilah. Kita telah jumpa dia!", kata Lorelei sambil berlari sambil menarik lengan Rimyuel tersebut.

 

"Syukur kepada Tuhan. Satu berita yang sangat bagus, Milady Lorelei.", balas Kapten Henry. Lelaki ini, Kapten Henry adalah Kapten bagi pasukan ini.

 

"Tunggu kejap Lorelei.", minta Rimyuel tetapi tidak diendahkan oleh Lorelei.

 

"Semua orang. Ini adalah Lord Sentinel saya. Hero yang baru saja membunuh raksasa kelawar yang menakutkan tadi dengan tombak magik…...", dengan wajah yang gembira, Lorelei memperkenalkan Rimyuel kepada pasukannya.

 

"Ahem, Cik Lorelei?", Rimyuel langsung mencelah sambil matanya memandang tepat pada lengannya sendiri yang dipegang kuat oleh Lorelei sejak tadi.

 

"Oh, maafkan saya.", dia segera melepaskan pegangannya pada lengan Rimyuel itu. Semua orang kecuali Lorelei segera melutut di hadapan Rimyuel dan Lorelei itu.

 

"Demon Hunter of The West yang berkuasa, Lord Sentinel. Ini adalah penghormatan seumur hidup kami untuk bertemu dengan hero legenda seperti Lord Sentinel. Kami semua ucapkan terima kasih sebesar-besarnya kerana membantu kami mengalahkan raksasa durjana tadi.", kata Kapten Henry yang sedang melutut itu.

 

"Nama aku Rimyuel. Panggil sahaja aku Rimyuel.", Rimyuel mula memperkenalkan dirinya kepada mereka. Sambil mereka berehat sebentar. Sebahagian dari askar-askar tersebut sedang sibuk menguruskan rakan-rakan mereka yang tak berdaya. Manakala beberapa orang Healer juga sedang sibuk merawat rakan-rakan askar mereka yang mengalami kecederaan dengan Healing Spell mereka.

 

"Dengar sini, kepada sesiapa yang masih mampu, kita akan bergerak pergi untuk membantu Kompeni Kapten Haas dan Lady Theresia di Hutan Pohon Kabus itu. Yang tak mampu, sila berundur ke bandar!", jerit Kapten Henry memberi arahan kepada pasukannya.

 

"Eh, tunggu kejap ya. Sebelum itu. Boleh tak sesiapa pinjamkan aku baju seluar tak. Tolong?", kata Rimyuel meminta bantuan.

 

Beberapa minit kemudian.

 

"Um, milord, Lord Rimyuel? Saya.....", kata Lorelei sambil meraih lengan Rimyuel. Lorelei berniat meminta sesuatu kepada Rimyuel. Kini Rimyuel memakai seluar panjang, berbaju labuh dan berkasut but panjang.

 

"Ya Lorelei, ada apa-apa masalah ke?", tanya Rimyuel.

 

"Saya tak rasa kaki saya boleh terus berjalan di dalam jarak yang jauh. Jadi, bolehkah Lord Rimyuel untuk bawa saya seperti waktu tadi itu?", minta Lorelei kepada Rimyuel.

 

"Huh, apa-apa jelah. Sini, mari aku tolong.", balas Rimyuel kepadanya. Lalu mereka semua berangkat pergi. Sementara Rimyuel sambil dia mendukung Lorelei dengan kedua-dua lengannya, mereka berdua bergerak dengan pantas mendahului pasukan mereka.

 

<😊Terima kasih atas segala sokongan anda. Jangan lupa untuk berikan VOTE dan tinggalkan jejak COMMENT anda dibawah. Apa saja komen yang membina amat dihargai. 😊>

Lampiran:

 

ID NAME: RIMYUEL

ID NUMBER: USA-M03-G04-131-CHW

ID LEVEL: 35 (EXP: 56,0 47,379,150 / 68,719,476,736)

[HP: 177,000,000,000]

[MP: 7,080,000,000,000]

AVATAR: AVGRUND THE SENTINEL [MARKSMAN/ MAGE]

GENDER: MALE

RACE: LIGHT ELF

 

Fiery Missile [CD: 10] [MP Cost: 30,000] [AOE]

[Salah satu sihir elemen api Tier-4. Pengguna menghasilkan sebiji peluru mortar api yang marak menyala, lalu menembakkannya ke arah musuh. Apabila ia mengenai sasaran, ianya akan meletup dan serta-merta membakar semua musuh yang berada di dalam radius letupannya. Memberikan semua musuh sejumlah 1,000 (+160% daripada jumlah Magic Power) sebagai AOE Burning Damage (Radius Letupan: 6 meter) dan memberikan penalti (-40%) terhadap Movement Speed mereka selama 2 saat.]

 

 

 

Projection Magic

[Tier-9]

[Unique Perk]

[Properti magik peringkat tertinggi di dalam memanipulasi bentuk. Satu kemahiran magik yang unik tertanam di dalam properti enjin senjata Gungnir. Ianya adalah sinergi gabungan antara Extra Skill, Construct Item, Domain Enforcemant dan juga Summoning. Seperti yang dicadangkan oleh namanya, ianya membolehkan pemiliknya untuk memancarkan tenaga magik (Mana) mereka sendiri ke dalam sebarang bentuk jirim yang mereka inginkan (gas, cecair ataupun pepejal) di dalam masa yang sangat singkat.]

[Pada kebiasaannya, Gungnir akan menggunakan Projection Magic ini bersama Mana (Holy Fire) milik Sentinel untuk kekal beroperasi secara automatik. Dengan giat ia menghasilkan pelbagai jenis dan bentuk ammunisi yang diperlukan seperti sebuah kilang magik.]

[Efek bonus. Semua serangan dari Firearm Skill aktif yang digunakan oleh Sentinel boleh mencapai sehingga (+3,000%) lebih Efektif berdasarkan momentum projektilnya.]

 

 

 

Firearm Skill: Panzerschreck

[CD: 75]

[Kos MP: 450,000,000]

[Anti-Tank]

[Radius Letupan: 5]

[Jarak Max: 1,000]

[Ammo: 3]

[Level: 1/10]

[Gungnir berubah bentuk menjadi selaras pelancar RPG 7. Pelancar RPG 7 ini boleh melancarkan sebanyak (3) biji roket dari Holy Fire. Setiap biji roket ini akan mengakibatkan sejumlah (30,000) (+200% jumlah Physical Attack) (+800% jumlah Magic Power) sebagai Holy Physical Damage yang Ignore (50%) jumlah Physical Armor targetnya.]

[Apabila ianya mengenai sasaran ataupun telah terbang pada jarak maksimum, setiap roket berapi ini akan meledak dan mengakibatkan sejumlah lagi (20,000) (+300% jumlah Damage awal yang dihasilkan) (+10% jumlah HP Target yang hilang) sebagai Holy Burning Damage yang Ignore (50%) jumlah Magic Defense kepada semua target. Serta penalti terhadap jumlah Physical Armor dan Magic Defense mereka sebanyak (-3,000,000) selama (5) saat.]

[Segala Damage oleh Panzerschreck ini boleh menjadi Critical Damage.]

[Segala Damage oleh serangan ini juga akan Ignore (100%) jumlah Shield yang dimiliki oleh semua target.]

 

 

 

Anti-Spirit Combat

[Tier-8]

[Extra-Perk]

[Mereka ini adalah pakar di dalam bab menentang makhluk halus dan raksasa mayat hidup.]

[Apply Special Attack (Undead and Ghost). Setiap serangan Sentinel akan mengakibatkan (+600%) lebih Damage terhadap segala anasir bersifat (Undead, Evil Spirit).]

 

 

 


PENSAMENTOS DOS CRIADORES
Zlavizrap Zlavizrap

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Load failed, please RETRY

Status de energia semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Pedra de Poder

Capítulos de desbloqueio em lote

Índice

Opções de exibição

Fundo

Fonte

Tamanho

Comentários do capítulo

Escreva uma avaliação Status de leitura: C7
Falha ao postar. Tente novamente
  • Qualidade de Escrita
  • Estabilidade das atualizações
  • Desenvolvimento de Histórias
  • Design de Personagens
  • Antecedentes do mundo

O escore total 0.0

Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
Vote com Power Stone
Rank NO.-- Ranking de Potência
Stone -- Pedra de Poder
Denunciar conteúdo impróprio
Dica de erro

Denunciar abuso

Comentários do parágrafo

Login