Keesokan Harinya di Guild Advanture. Akira,Yoshihiro, Shinji dan Kaito ditempatkan disatu ruangan yang terdapat di dalam Guild. Disana keempat pemuda itu sedang menghadapi ujian bertulis yang disediakan oleh Guild Advanture.
Sejujurnya, ujian kemasukan dipertanggungjawabkan oleh Menara Sihir. Guild Advanture hanya menjadi orang tengah diantara Menara Sihir dan para peserta. Khususnya kepada ahli baru dan orang yang ingin menaikkan tingkat rank.
Seperti keadaan sekarang, keempat pemuda itu ditempatkan didalam tempat yang nyaman semasa menjawab ujian bertulis. Manakala untuk ujian fizik (perlawanan) mereka akan ditempatkan di sebuah gerangang yang telah disediakan oleh pihak Guild yang terletak di belakang bangunan Guild.
Di meja bahagian hadapan, terlihat Hikaru dan Rose yang menjadi wakil dari Guild. Manakala wakil bagi Menara Sihir, dihadiri oleh satu sosok tubuh yang berbalut dengan jubah berwarna putih.
Di pintu masuk, berdirinya sosok Putera Mahkota dari kerajaan Rull Magic iaitu Ryunosuke Nishimura yang secara tidak langsung menjadi perwakilan dari Menara Sihir. Ryunosuke memejamkan matanya. Dia menyandar di sebelah pintu masuk sambil memasukkan kedua tangannya di dalam kocek seluar.
Hari ini dia berpenampilan kasual dengan menggunakan kemeja lengan panjang berwarna royal blue. Kedua lengan kemeja di lipat sehingga ke paras siku. Dan tidak lupa gayanya yang membiarkan dua butang baju dibahagian atas terbuka sehingga memperlihatkan dada bidangnya. Kakinya yang berbalut seluar slek berwarna hitam disilangkan.
Selang beberapa minit dia akan membuka mata untuk melihat jam yang berada di atas meja yang terdapat para juri. Lalu dia kembali memejamkan matanya setelah melihat para sahabatnya yang masih serius menjawab soalan.
Sejam kemudian, Shinji dan Yoshihiro mengakat tangan keatas. Menandakan mereka telah menyelesaikan ujian yang diberi sebelum masa tamat.
"Kalian berdua boleh mengambil tempat dibahagian belakang. Kalian akan dibenarkan keluar dari dewan setelah tempoh ujian tamat. Sila bergerak dari tempat anda setelah kertas ujian diambil oleh pemeriksa." Kata sosok berjubah putih. Suara milik wanita dalam nada tegas.
Seperti yang diarahkan, Shinji dan Yoshihiro bergerak ke bahagian belakang setelah kertas ujian mereka diambil oleh Rose. Mereka berdua mengambil kerusi yang telah disediakan oleh pihak Guild. Mereka berdua duduk dengan diam tanpa mengeluarkan satu suara.
"Berehatlah sebentar, sebelum ujian terakhir." Bicara Ryunosuke yang secara tiba-tiba mengambil tempat di sebelah Yoshihiro. Shinji dan Yoshihiro mengganggukkan kepala tanpa mengeluarkan suara.
Mereka agak terkejut bila mendengar perkataan UJIAN TERAKHIR. Mereka ingat ujian lisan merupakan ujian terakhir, tetapi masih ada satu lagi ujian yang akan mereka hadapi. Entah kenapa keduanya dapat merasakan bahawa ujian kedua itu merupakan ujian fizikal (perlawanan). Kalau iya, mereka perlu merehatkan tubuh mereka serta aliran mana.
"Mesti Kaito orang terakhir." Bicara Shinji dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh kedua temannya. Ryunosuke mahupun Yoshihiro tersenyum sinis. Mereka berdua memiliki pemikiran yang sama.
"Aku boleh beri jaminan!!! Dalam masa 5 minit lagi. Kaito akan angkat tangan. Sebaliknya Akira yang akan menjadi orang terakhir." Bicara Yoshihiro dengan nada berbisik.
"Tapi kenapa pulak! Saya rasa Kaito yang akan jadi yang terakhir?!" Bicara Shinji, sambil melirik kearah Yoshihiro yang tersenyum manis kearah nya.
"The answer is simple. Akira tu bodoh dalam hal yang berkaitan dengan fakta dan teori. Dia hanya hebat dalam hal fizik manakala akademik. Dia tidak terlalu pandai." Balas Ryunosuke dengan santai.
"Macam tak percaya pulak!!" Shinji masih meragukan bahawa sosok putera mahkota merupakan seorang yang lemah dalam akademik, khususnya bahagian fakta dan teori.
"Tak percaya. Tengok je kejap lagi." Sambung Ryunosuke dan Yoshihiro secara serentak dalam nada perlahan.
Tepat 5 minit kemudian, Kaito mengakat tangan. Manakala Akira masih terlebih sedang menjawab soalan dengan wajah yang tertekan.
Shinji tergamam manakala kedua temannya tertawa kecil bila melihat wajah Shinji yang jelas terkejut melihat Kaito yang kini sedang berjalan kearah mereka dengan wajah penatnya.
"Huisss nasib aku boleh jawap!! Tapi itu pun, kepala aku hampir nak meledak. Aku rasalah!! Ujian di academy lagi senang dari ujian kemasukan Guild." Luah Kaito lalu mengambil tempat disebelah Shinji. Sahabatnya itu masih menatap kagum kepadanya.
"Kau asal pandang aku macam tu?!" Soal Kaito yang menatap hairan kearah Shinji. Pemuda itu masih memperlihatkan wajah yang sama.
"Aku tak sangka yang otak kau berfunction hari ini! Selalunya slow." Bicara Shinji lalu menepuk bahu sahabatnya dengan bangga. "Syabas!! Kau berjaya menjawab walaupun masa kau tinggal 5 minit lagi. Itu dah menunjukkan satu peningkatan yang bagus!" Sambung Shinji dengan penuh pujian.
"Entah kenapa! Aku rasa pujian kau tu dalam masa yang sama kau menghina aku sekali." Kata Kaito dengan lelah. Hatinya baru nak merasa bangga tapi dimusnahkan dalam masa yang sama bila mendengar kata awal dan terakhir daripada sahabatnya itu.
"Ya...Sekurang-kurangnya kau dah mula pandai. Tapi kau kene usaha lagi lah untuk jadi lebih pandai!!" Kata Shinji kembali lalu fokus kearah Akira. Manakala Kaito, pemuda itu mencebik bibirnya. Seperti biasa mulut Shinji memang tidak pernah menyenangkan untuk didengar.
Menjelang tengahari, Ryunosuke mengajak teman-temannya untuk bersantai di bar guild yang terletak di lantai satu. Pada mulanya, keempat sahabatnya itu menolak dengan alasan tidak meminum alkohol. Tetapi setelah Ryunosuke menerangkan bahawa di bar masih terdapat hidangan yang tidak mengandungi alkohol. Jadi mereka bersetuju untuk mencuba masakan di bar.
Dan hasilnya, mereka menikmati hidangannya dengan penuh selera. Sehingga menimbulkan riak hairan di seluruh penghuni yang hadir di guild. Gelagak lucu ke empat pemuda itu telah menimbulkan suasana lucu bagi setiap pengujung yang ada di guild. Apatahlagi, Ryunosuke tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Pemuda itu hanya mengabaikan dan turut menikmati hidangannya bersama dengan haiwan peliharaannya.
Nyam..nyam!! Grrr!! Shirou bergumam sambil menikmati sepinggan daging rusa panggang dengan penuh selera. Si kecil itu melahap makanan itu dengan penuh semangat. Tidak dihiraukan bulu halusnya yang telah melekat dengan sisa BBQ sos.
"Hey makan tu elok sikit Shiro!! Habis kotor badan kau. Kau tu dah le susah nak mandy!!" Bicara Ryunosuke kesal melihat kearah haiwan kesayangannya yang tidak menghiraukan keadaan tubuh kecilnya yang telah berbalut BBQ sos.
"Maaf mengganggu!!" Tegur satu suara lembut milik seorang gadis muda yang secara tiba-tiba muncul di meja mereka berlima.
"Ya, kenapa?" Tanya Ryunosuke mewakili mereka berlima. Keningnya terangkat bila melihat sikap malu-malu yang ditunjukkan oleh gadis itu kepada mereka. 'Dah kenapa budak ni?' bisik Ryunosuke yang menatap hairan kearah gadis itu.
"A..apa kah kalian semuanya datang dari ibu kota?" Bicara gadis itu dengan penuh semangat. Matanya bersinar kebahagiaan dan itu menimbulkan tanda tanya kepada mereka berlima.
"Ya itu betul." Balas Shinji bila melihat Ryunosuke tidak berminat dan menghiraukan sosok gadis misteri itu. Yang lain hanya diam dan meneruskan makanan mereka dan membiarkan urusan gadis itu kepada Shinji yang telah selesai terlebih dahulu dari mereka berlima.
"Masud kalian. Kota yang ada istana dan jugak academy sihir yang terkenal itu bukan??!!" Kata gadis itu dengan penuh semangat dan menatap kearah mereka dengan tatapan kagum. Khususnya kearah Ryunosuke yang terlihat lebih menarik perhatian daripada yang lain. Simple dan elegan. Ohh tidak lupa dengan penampilannya yang terlihat cukup kacak dan sexy!!
Merasa diperhatikan, Ryunosuke melirik sekilas ke arah gadis itu yang kini sedang tersenyum menggoda ke arahnya. Mungkin di mata yang lain senyuman itu cukup mempesonakan. Akan tetapi bagi Ryunosuke, senyuman itu cukup MENGELIKAN apatahlagi nampak MENJIJIKKAN.
Ryunosuke mengenakan kesemua butang kemejanya dengan betul sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Agar tidak dipandang oleh semua orang. Sungguh dia tidak selesa bile dilihat dengan pandangan gatal. Seperti sekarang!!
"Heii tidak perlu membutang kesemuanya. Penampilan anda yang tadi cukup menggoda!!" Bisik gadis itu dengan gedik tepat di telinga kiri Ryunosuke. Gadis itu sempat menggigit manja telinga itu dengan penuh hasrat seksual.
Akibat dari itu, tubuh Ryunosuke menegang kaku. Apatahlagi dia dapat merasakan tubuhnya dipeluk dari arah kiri dengan erat dan tidak lupa dengan telinga kirinya yang sempat di gigit manja. Sungguh dia merasakan jijik dan marah. Sehingga dia mengeluarkan aura hitam disekitarnya dan itu dapat dirasai oleh semua orang.
Tapi aura gelap itu tidak di hiraukan oleh sosok misteri itu. Malah tubuh Ryunosuke dipeluknya makin erat dan itu menjadi perhatian orang ramai khususnya kepada empat pemuda yang sama meja dengan mereka berdua.
'Aku tak boleh bayang kan kalau Aiko lihat pemandangan yang macam ini!!' bisik hati Akira dah Yoshihiro.
Merasa rimas di peluk! Akhirnya Ryunosuke bangkit dari kerusinya. Dia mencapai tubuh Shiro dengan wajah datar. Dia bersuara kearah rakan-rakannya tanpa menoleh kearah gadis misteri itu yang sedang duduk manis disebelah nya. Oh dan tidak lupa dengan wajah yang terkejut bila mendapat penolakan darinya. "Masa dah tamat. Kita ke belakang sekarang. Jangan bagi mereka menunggu kita."
"Baiklah!!" Bicara Akira, Yoshihiro, Shinji dan Kaito secara serentak. Mereka berdiri lalu melangkah mengikut langkah Ryunosuke yang telah jauh kedepan.
Melihat kelima pemuda itu yang telah menjauh, satu senyuman hadir di wajah gadis itu. "Sangat sombong. Tapi...menarik." bicaranya dengan pandangan yang penuh kagum kearah pemuda yang dipeluknya tadi.
Sungguh paras rupa lelaki muda itu telah berjaya menawan hatinya. Apatahlagi dia yakin bahawa pemuda itu datang dari orang yang berduit. Seketika hasrat untuk memiliki hadir di hatinya. "Suatu hari, kau pasti dalam genggaman aku sayang." Sambungnya dalam hati.
"APAAA!!!" Jerit Akira dan Kaito bersamaan. Mereka berdua terkejut dan tidak terima bila mendapat tahu bahawa ujian terakhir adalah ujian fizik. Sebenarnya mereka berdua menerima ujian tersebut. Tetapi yang tidak diterimanya adalah, lawan mereka berempat adalah master guild. Hikaru Takashima.
Seorang ketua guild yang berada di atas level mereka dan mereka yakin bahawa kekuatan ketua itu melebihi kemampuan mereka. Sudah pasti ujian ini akan menjadi cabaran berat untuk mereka berempat.
" Baiklah kami menerimanya." Bicara Yoshihiro dan Shinji secara serentak. Dan itu mengejutkan Akira dan Kaito yang berdiri di samping kiri dan kanan kedua temannya.
"Are you kidding me?" Kata Akira dengan tidak percaya, menatap kearah Yoshihiro dan Shinji.
"You're not crazy enough, are you?" Kaito turut menatap kearah Yoshihiro dan Shinji dengan wajah ketakutan di wajahnya.
Tapi yang ditatap hanya beriak biasa. Malah Yoshihiro dan Shinji terlihat lebih santai dan semangat. Jelas itu membingungkan kepada Akira dan Kaito.
"Aku Nak Jadi Lebih Kuat! Jadi...aku anggap ini sebagai satu langkah pertama untuk jadi yang lebih kuat." Bicara Yoshihiro sambil membuat senaman pemanasan badan. Dengan tujuan untuk meregangkan otot-ototnya sebelum perlawanan dimulai.
"Aku pun sama. Aku tertarik untuk jadi Ahli Guild. Apatahlagi salah satu syarat untuk bekerja dengan Ryu adalah diwajibkan menjadi ahli di mana-mana Guild Advanture. Jadi aku kene buat yang terbaik." Bicara Shinji. Dia turut melakukan hal yang sama seperti Yoshihiro.
"Kalau korang berdua rasa TAK BOLEH!! Baik duduk tepi jadi penonton. Tapi tulah..rugi je jadi anak jantan." Kata Yoshihiro kembali sambil menatap hina ke arah keduanya.
"Bagi aku, biar ketua guild yang jadi lawan untuk kita berempat. Sekurang-kurangnya, kita ada peluang untuk menang. Cuba fikir kalau lawan kita berempat adalah Ryunosuke?! Aku yakin!! Sekali serangan, tempat kita dekat hospital." Kata Shinji lalu menatap kearah Kaito.
Akira mahupun Kaito terdiam. Apa yang dikatakan keduanya adalah benar. Mereka anak jantan dan mereka beruntung yang menjadi lawan mereka bukannya Ryunosuke. Jadi peluang untuk menang masih ada walaupun peratusnya sedikit. Jika itu Ryunosuke. Hmm diaorang tahu pengakhirannya macam mana.
"Baiklah aku setuju. Aku pun tak sanggup kene bantai dengan Ryu-Chan. Cukup lah aku masuk hospital hari tu. Aku tak nak masuk lagi." Pasrah Akira lalu mengganggukkan kepalanya.
"BAIKLAH!! AKU AKAN SEMANGAT. mari semua kita berkerja sama untuk lulus ujian!!" Kata Kaito dengan semangat yang berkobar-kobar.
ketiga rakannya yang lain mengganggukkan kepala. Semangat Kaito turut dapat dirasakan oleh mereka. Mereka berempat akan sedaya upaya menyelesaikan ujian dengan penuh semangat juang.
Dihujung gelanggang, Ryunosuke berdiri bersama dengan dua sosok gadis. Mereka adalah Rose dan gadis berjubah putih. Rose merasa gugup bila berdiri di sebelah Ryunosuke. Kadangkala matanya akan melirik ke arah Ryunosuke.
Baginya, penampilan Ryunosuke hari ini sangatlah bergaya dan segak. Belum lagi bau wangian yang mencirikan sosok seorang lelaki bangsawan kelas atas. Sungguh memanjakan mata dan hidungnya!!
Bukan sahaja Rose yang tergoda, malah gadis berjubah putih merasakan hal yang sama. Tetapi tindakannya itu dapat ditutupi dengan jubah yang menutupi seluruh tubuhnya.
"Apakah ada yang pelik dengan penampilan saya hari ini? Sedari tadi ramai yang memerhatikan saya. I don't like that kind of thing." Bicara Ryunosuke sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar.
Kedua gadis di sampingnya terkejut bersamaan. Keduanya terbatuk-batuk kecil agar dapat menormalkan emosi dan wajah mereka.
"Ti..tidak ada yang pelik dengan penampilan anda Tuan Nishimura. Penampilan anda sangat sempurna. Seperti biasa." Suara Rose dengan rona merah di wajahnya.
"Itu benar. Tuan Nishimura sentiasa berpenampilan kasual dan itu sangat sempurna pada pandangan saya." Suara gadis berjubah itu dengan nada yang dibuat tegas. Tetapi masih terdengar malu di pendengaran Ryunosuke.
Ryunosuke hanya menggelengkan kepalanya. Lalu meminta keduanya kembali fokus kearah perlawanan yang kini telah berlangsung. Perlawanan yang sangat menarik di matanya. Kedua-dua belah pihak terlihat serius dan tekun dalam segala pergerakan yang mereka ambil. Semua itu dapat dibaca oleh Ryunosuke.
'Nampaknya, mereka dah mula ada peningkatan setelah penyerangan tempoh lalu. Nampaknya ini akan menjadi perlawanan yang cukup menyenangkan bagi kamu ya Hikaru?!' bisik hatinya.
Anak matanya tidak lepas memandang kearah perlawanan 4 lawam 1. Dilihatnya, keempat sahabatnya itu melawan Hikaru dengan penuh usaha. Malah strategi mereka untuk melawan Hikaru sangat menguntungkan bagi mereka berempat. Tiada celah untuk Hikaru berfikir. Tapi dia sedar, Hikaru belum lagi serius untuk bertarung. Mungkin dia sedang melihat kemampuan keempatnya terlebih dahulu.
Seperti yang dijangkakan, setelah setengah jam pertarungan. Perlawanan dipegang semula oleh Hikaru. Dia menyerang keempatnya dengan sekali serangan sehingga keempatnya jatuh satu persatu. Malah Yoshihiro dan Shinji terpelanting keluar dari gelanggang. Keempatnya mendapat luka yang cukup serius setelah Hikaru menyerang titik penting ditubuh mereka berempat.
Tapi perlawanan itu tidak berhenti di situ. Keempatnya kembali bangkit dan mula melancarkan serangan. Mereka memanfaatkan sisa tenaga dan aliran mana mereka agar dapat menjatuhkan Hikari dalam sekali serangan besar yang mereka rancang bersama.
Impaknya terlalu besar, sebilangan gelanggang musnah tetapi dapat dikawal dengan bantuan daripada Ryunosuke yang berada di luar gelanggang.
Hikaru tersenyum kecil bila melihat tingkat usaha keempatnya untuk menjatuhkannya. Tapi malangnya, serangan terakhir mereka tidak mampu menjatuhkannya. Tetapi itu telah berjaya menghancurkan jubahnya sehingga meninggalkan sisa pakaiannya yang jelas terbakar akibat menerima serangan dari keempat calon ahli barunya.
Tidak dinafikan, anggota yang dipilih oleh Ryunosuke tidaklah mengecewakan. Dia sangat yakin. Jika kebolehan mereka berempat diasah dengan betul. Maka keempatnya akan menjadi penyihir yang lebih kuat. Mungkin dapat menggantikan rakan-rakan yang telah guguh di medan perang.
"Pertarungan yang menarik! Walaupun kalian gagal mengalahkan aku dalam perlawanan 5 lawan 1. Tapi aku sangat yakin para juri akan mempertimbangkan permohonan kalian semua. Berehat lah dulu di bilik rehat. Keputusan akan dinyatakan sekejap lagi." Bicara Hikaru sambil tersenyum menatap ke mereka berempat.
Dia memanggil Rose dan meminta untuk merawat keempatnya sehingga pulih di bilik kesihatan. Dia memberitahu kepada mereka berempat untuk berehat terlebih dahulu sebelum memberi tahu keputusan yang akan dibuat sekejap lagi.
Dengan patuh, mereka berempat beredar bersama dengan Rose menuju kearah bilik kesihatan. Mereka akan merehatkan diri dan berdoa agar mereka diterima. Mereka akan merasa kecewa jika gagal dalam ujian ini. Harapan mereka kesini adalah menjadi ahli Guild Advanture. Itu tujuan mereka berada disini.